Sibuk sangat? Selesaikan dengan Trello

Hai.

Kadang-kadang masalah juga bila tak tahu nak tulis apa ni. Tapi saya jenis suka paksa diri, kalau takde idea lagilah saya paksakan diri saya menulis. Susah tau mengekalkan kekepohan menulis ni. Bila berhenti kita rasa macam Oh nak tulis apa ni? Tapi jangan mengalah, tulis aje.

Kalau di rumah, saya selalu konon-konon organized sangat ada banyak white board. Ada untuk tulis barang dapur yang dah habis, ada untuk Aiman dan Ica, ada untuk tulis pesan dekat Papa betulkan paip/ lampu. Beginilah percintaan insan bekerja ya uols, kadang-kadang terlupa atau tak sempat nak beritahu, sampai kena tulis dekat papan. Lepas tu dekat office teringat ada gosip hangat yang perlu didiskusikan, telefon sekejap, “Papa tahu tak….” Tak kiralah Papa sudi mendengar atau tidak, atas motor ke, tengah jumpa orang ke, kena dengar jugak. Kejap aje hehehe….

Iyalah nama je banyak whiteboard, tapi bercampur-aduk juga. Kadang-kadang bercampur dengan mana nak beli barang biz, bayar bil, mana yang ingat tulis aje. Sudahnya white board penuh dan akhirnya semua akan dipadam dengan jayanya = tiada apa-apa tindakan haha.

Tapi sekarang tidak lagi. Sekarang saya ada Trello.

Trello ini sejenis applikasi seperti whiteboard tau. Bezanya ia macam kita simpan bermacam-macam whiteboard di dalam poket kita. Boleh sentiasa update di pc, tablet dan handphone.

Dan, ada sesetengah board kita boleh libatkan orang lain. Contohnya kita bekerja dalam satu team, kita boleh tag orang-orang itu masuk ke dalam board itu juga. Contohnya, saya ada projek di pejabat dan saya bekerja dari rumah, saya boleh wujudkan satu board khas. Board ini boleh diletakkan attachment seperti gambar, fail word, checklist, boleh dikomen. Sama juga jika ada projek di rumah. Ia memang berfungsi sebagai whiteboard, tetapi lebih efisyen. Dan setiap board ini rahsia untuk orang-orang yang anda pilih sahaja.

Q-Macam fb group aje? Apa yang istimewanya?

Oh tidak, kalau fb group, setiap post akan turun ke bawah, kan. Jadi kita perlu scroll ke bawah untuk cari post tertentu. Ini memeningkan. Berbeza dengan Trello, setiap task ada tajuk yang disusun secara mendatar/ landscape.

Jadi sekarang saya ada beberapa board khas seperti board ThePartyKru, Diana Ali, Family, Office.

Mengaku aje, seiring dengan peningkatan usia kita memang selalu lupa. Kadang-kadang tengah drive teringat sesuatu yang super duper maha penting (tapi dah 1000x lupa nak buat) terus update dalam Trello uols. Menangis Mark Zuckerberg baca statement ni hehe.

Q-Ala, kat handphone kan ada To-Do- Task tu? Lebih kurang aje kan….

Saya guna juga to-do-task tu kalau tak sempat sangat. Tapi akan update dalam Trello kemudian sebab ia ada ruang yang lebih detail dan boleh attach gambar, fail dan sebagainya. Jadi ini akan lebih mudah. Ia macam scrap book yang moden. Tampal, attach, ada emoticon juga.

Q-Susah ke nak guna Trello ni? Saya ni tak pandai IT sangat….

Yang kau ni dah kenapa asyik buat soalan konon-konon orang nak tanya haha. FAQ (frequent asked question kaedahnya). Dulu kan saya belajar buat website ada teknik So what? So What? maksudnya kita kena sentiasa memberi solusi kepada soalan-soalan  yang bermain di fikiran pembaca. Gittew….

Oh senang aje nak guna uols. Ada emel kan? Ha daftar aje dengan emel, create password. Lepas tu nak jemput ahli keluarga, rakan sekerja ke, BFF nak buat gathering ke, silakan aje jemput melalui emel juga. Selagi korang pandai menaip kat facebook tu, memang dah cukup syarat sangat nak guna Trello tu. Oh tapi Trello takde fungsi Like ok. Jadi jangan nak berangan nak like aje kerjanya, kena tinggalkan komen hehehe.

Trello ni boleh digunakan kalau pun kita sorang-sorang aje. Saya ada satu board sahaja yang ada ramai ahli. Yang lain personal sahaja. Saya pun memang ngeri dengan inovasi-inovasi baru ni, tapi Trello mudah dan simple sahaja. Trust me 😉 .

Oklah, saya ni memang tak pandai nak terangkan sesuatu yang teknikal. Cuma suka ceritakan pengalaman gunakan aje. Tapi memang seronok rasa cam efisyen sangat guna Trello ni. Task hari ni aje ada berbelas-belas, berjaya diselesaikan 3 aje uols. Takpelah. Tak sangka pulak saya yang noob IT ni boleh guna Trello. Terima kasih kepada penjemput Trello saya. Harus bergerak seiring teknologi dan Gen Y, Z uols. Karang orang tanya, Akak ada guna Trello? Hello, akak ada 15 boards kat situ okeh —> eksyen hehe.

Ok check out Trello ni DI SINI!

Bye!

4 thoughts on “Sibuk sangat? Selesaikan dengan Trello

  1. tak penting untuk saya tapi nak cuba jugak..tag suami konon2 nak tunjuk saya lebih sikit tahu dari dia..hahahah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge