Artikel ke 10 Bagaimana jadi ibu yang lebih gembira?

Lama betul saya tak menulis di sini.

Sebenarnya artikel ini disiarkan pada 23/9/2015 yang lepas. Tetapi sebab sibuk sangat, saya memang tak sempat nak menaip. Macam sekarang, baru balik dari family day, saya on juga laptop ni walaupun dah sangap 5 kali haha.

Memang ke laut dalam penulisan saya sekarang.

Artikel ini yang ke 10. Tak sangka juga sampai ke nombor 10. Saya selalu rasa saya tiada bakat menulis, cuma suka menulis. Cuma saya mungkin ada sifat konsisten dalam sesuatu. Buat kerja biarlah sampai habis. Biarlah menangis, meroyan ke, berehat sebulan ke, tapi siapkan. Orang lain tak perlu tahu masalah kita, cuma siapkan sahaja.

Berapa kali saya putus asa dalam menulis?

Beribu-ribu kali.

Artikel ini adalah seperti saya menulis surat kepada diri saya sendiri. Begitu banyak perkara yang berlaku tahun ini, ada yang tidak saya ceritakan di sini. Ada point-point di dalamnya saya buat seperti point *Me Time, saya ke library baru-baru ni. Kadang-kadang point *Run Forrest Run, pergi jogging. Sekarang dah rindu pula nak pergi library lepak dan jogging ni.

Peringkat menulis artikel saya begini:

Hari pertama, tulis Tajuk. Save. Ok reward diri sendiri boleh blogging. Minum kopi yeahoo.

Hari kedua, senaraikan Point. Biasa dapat separuh aje. Ok boleh rehat dah tengok movie di Diva Channel.

Hari ketiga dan seterusnya. Proses taip, delete, taip, delete x 3000 kali. Buat kopi bergelas-gelas.

Hari kelima, buat pendahuluan. Ini pitam sebab kena cari hook. Kadang-kadang melilau-lilau di fb dan google image, quotes berkaitan. Selalu saya hentam aje hook.

Hari keenam, buat penutup. Biasa saya doa Ya Allah biarlah saya dapat penutup yang ok ok sikit. Sebab kalau saya sendiri menyampah dengan penutup saya tu saya takkan hantar artikel tu.

Kesimpulannya:

Artikel ini adalah artikel saya yang paling tersusun bahasanya di Tazkirah net. Ia telah diedit dengan baik oleh guru saya. Jasa beliau saya kenang sampai bila-bila. Tidak ramai orang yang sudi menegur dan membetulkan kesalahan kita. Kadang-kadang orang takut tegur nanti kita terasa, sedangkan teguran itu sebenarnya akan membentuk kita menjadi lebih baik dari semalam.

Oh, lagi satu imej/ gambar di dalam artikel ini saya suka sangat. Ia kartun yang moden. Sedikit sebanyak menggambarkan diri saya yang tidak berapa serius pun. Saya menulis biasanya dalam keadaan mood baik dan ketawa sorang-sorang juga selalunya —> macamkan kelakar sangat haha. Semua imej artikel saya di sana saya suka, especially beberapa gambar artikel yang terakhir seperti artikel Ich Liebe Dich (macam mat saleh i loike sangat). Terima kasih kepada semua editor saya. Terima kasih atas ketabahan menerima artikel-artikel syok sendiri saya tu hehehe.

Nak baca artikel saya Ingin Jadi Ibu Yang Lebih Gembira? KLIK SINI!

Kalau nak lihat gambar-gambar pautan ke artikel lain yang saya suka tu, KLIK SINI JUGA!

Bye!

4 thoughts on “Artikel ke 10 Bagaimana jadi ibu yang lebih gembira?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge