Tempahan luar biasa

Sejak semalam, saya terima satu pertanyaan untuk wedding buffet.

Orangnya sopan mesej saya, Akak ingat tak, ini Mahfuzah.

Saya memang tak ingat, Sorry, Mahfuzah yang mana. Tak save number.

Dia kenalkan diri. Saya pernah buat wedding buffet abang dia 2 tahun lepas, antar job terbesar yang saya buat awal-awal dahulu.

Masakan saya lupa, orangnya baik dan cantik, keluarganya baik, mamanya pun sangat cantik.

Saya ingat lagi Mama dia jumpa saya dan kata Terima kasih ya. Nanti Mahfuzah kahwin, auntie akan order buffet yang lebih besar. Because she’s my only daughter.

Bagaimana saya boleh lupakan orang kaya yang cantik, baik dan merendah diri sebegitu.

Klien saya biasanya sabar menunggu sebutharga dari saya. Malam ini baru close deal. Seperti biasa mudah sahaja berurusan dengan klien ini.

Dia hantarkan salinan kad jemputan. Ia dibuat di sebuah dewan, di hadapannya ada sebuah rumah banglo agaknya. Dia jemput saya datang sekali majlis tunang, nikah di banglo tu. Budi bahasa sebegini tidak boleh dijual beli. Dia membuatkan saya, pembuat wedding buffetnya rasa dihargai.

Lihat pada kad jemputan, ada nama bapa dia, dan dalam bracket (suami kepada Allayarhamah …. )

Saya telan air liur yang jadi kesat tiba-tiba.

Entah macam mana, saya taip bertanya Maafkan akak ya, tapi akak nampak Allayarhamah (nama ibu dia)….

Dia tak balas. Kemudian Ooh, ibu dah meninggal kak tahun lepas.

Saya tak tahu nak taip apa. Kemudian saya taip ni:

Oh ye ke.

Patutlah akak teringatkan ibu Fuzah tadi.

Fuzah, ibu Fuzah baik orangnya.

Sudah pasti tempatnya orang baik-baik jua.

Take care ok. Hugs.

****

Orang kata jangan berbisnes dengan perasaan. Ia merugikan.

Jangan bahasakan diri akak, kakak, tak tahulah semua orang macam manja dengan saya haha. Sifat akak-akak saya tu tak dapat disembunyikan. Hmmm….

Hari ni, selesai whatsapp ayat di atas tu, saya terduduk tepi katil. Menitis juga air mata.

Ada sesetengah orang, kita akan rasa connected dengan dia, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Kita tak tahu kenapa, apa, siapa dia ni dengan kita?

Saya tahu dia rindu sangat pada ibu dia, sebab ada silent moment yang lama sebelum dia jawab soalan saya.

Dan, saya faham.

Al-Fatihah untuk ibunya dan saudara-saudara kita yang telah pergi.

 

 

 

 

 

One thought on “Tempahan luar biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge