Jadi, saya dengar anda ada Instagram?

Tajuk ni sebenarnya tiru satu entri Dr. Fatin Liyana, So I heard you got Instagram?

Bulan ni saya cuba merehatkan diri saya, terpaksa tolak tempahan-tempahan yang datang. Semuanya saya passkan kepada orang-orang yang saya percayai sahaja. Kadang-kadang, ia memang rezeki orang lain.

Bulan 9, 10 setiap tahun biasanya saya rehat sebab anak nak exam. Dan, ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan. Ada di antaranya, dah terlalu lama saya nak buat tapi tertangguh dan malas pun ada hehe.

Jadi, apa kaitan dengan Instagram?

Mengejutkan juga, bila time saya berehat-rehat ni, saya tiada idea nak update blog pula. Jadi, saya baca blog orang lain. Saya suka blog berbentuk tutorial atau DIY macam I Heart Organising ni. Rasa macam kagum orang buat tutorial online yang kemas dan cantik macam tu.

Rupa-rupanya, saya suka bekerja dalam tekanan, barulah saya dapat berkerja dengan produktif gitu. Aduhaiiii….

Tutorial yang menarik adalah di mana gambarnya jelas dan terang. Ia juga perlukan latar belakang yang kemas. Semasa saya mula biz online 3 tahun lepas, tiada sesiapa beritahu saya perkara ni. Cuma saya suka sesuatu yang kemas, cantik dan tidak messy.

Walaupun guna handphone, gambar yang kemas sangat penting jika ia untuk online. Ini kerana orang yang melihat secara online tidak kenal kita secara peribadi. Dari gambar biasanya orang boleh menilai on the surface perwatakan orang tu, bersih atau kemaskah dia. Ya memang gambar boleh menipu, ada orang nampak sempoi aje tapi bersih orangnya.

Gambar-gambar saya selama ini tidaklah bagus pun. Biarkan ia kabur, tak sharp atau sebagainya, cuma ia ada latar yang kemas dan menonjolkan apa yang ingin kita ceritakan.

Saya suka tengok blog-blog mat saleh ni sebab gambar diaorang biasanya cantik.

Contohnya, entri di Iphone Camera Instagram Tips ni. Kita boleh ambil point-point penting di situ walaupun kita tak guna Iphone.

Saya kadang-kadang share juga tip party kalau ada idea. Tak tahu kenapa tapi saya pernah melalui masa-masa tu, saya jadi mak-mak yang eager sangat nak buat party anak, lepas tu google tak jumpa apa yang dicari. Saja suka-suka berkongsi dengan orang lain walaupun terfikir juga ni karang takde orang like atau baca macamana. Reader saya ada yang pm/sms akak kenapa lama tak update blog atau akak saya dah lama tak dengar tip akak dekat page, hari-hari bukak takde. Rasa kelakar pun ada sebab apa yang saya share mungkin orang lain tak heran pun, tapi itulah dunia online kan, kita tak dapat jangka apa yang orang cari.

Lagipun saya bermula dari bawah, dari kosong, mereka nilah yang like page saya, layan aje blog-blog merapu saya tu hehe.

Bagi yang gemar ambil gambar produk atau buat tutorial, ini tip mudah dari saya, dapatkan satu backdrop yang bersih. Ia mungkin dinding yang bersih di sudut yang terang. Saya gunakan backdrop kayu palet ni.

soho

Kayu palet ada banyak jenis. Yang tebal, kusam, berat. Ia ada gred tertentu. Saya pernah guna backdrop kayu palet biasa, ia sangat berat. Kayu jenis ini bagus, warna cerah, nampak urat-urat kayu dia, boleh kena air, dan ringan. Tapaknya cuma guna sesiku L jenis besi untuk tegakkan (sebab ia ringan), jadi ia tak makan space tapak yang besar. Ia bagus juga kalau anda suka deko gaya vintage juga. Ia boleh digunakan untuk deko booth jika anda join ekspo/pameran, atau apa-apa sahaja.

soho

Saya memang suka kumpul deko macam ni. Kononnya ada kedai/ office sendiri nanti haha. Frame macam ni dibeli di Romantika Home Deko harga RM18 rasanya. Mereka ni bagus juga jual dekorasi vintage cuma kena pandai cari, kadang-kadang tersorok di celah-celah deko gambar bunga hehe.

Ok backdrop kayu palet jenis pine tu berukuran 3 kaki (lebar) x 6 kaki (tinggi). Harganya RM250. Ia boleh dicustomisedkan ikut pilihan anda. Suami saya memang dah survey harga kayu pine tu dan memang berbaloi untuk order dari buat sendiri.

Saya tempah di FB Pine Pallet di Melaka (013-4272484). Saya respect adik-adik ni diaorang ambil tempahan deko butik dengan kayu palet ni hingga ke Johor. Budi bahasa pun bagus. Income mesti mahsyuk sangat sebab palet ni tengah trending sekarang. Bagi saya deco begini tak lapuk sebab orang sentiasa suka yang lama-lama juga. Kalau nak order ada ramai juga vendor sekarang cuma pastikan ia kayu pine yang cerah, ringan dan boleh kena air.

Jadi kepada yang suka ambil gambar produk atau buat tutorial ke, boleh ada mini studio dengan kayu palet begini. Sesiapa yang suka deko kayu palet boleh google “pallet home deco”.

Bye!

p/s: Ada kaitan ke post dengan tajuk. Adoi takde idea nak update blog macam nilah haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge