Tip bagaimana atasi batuk kerana jerebu

Ya tajuk memang skema. Sekali-sekala biarlah tajuk saya serius sikit kan hehe. Antara post yang membawa pembaca jumpa blog saya adalah tip atasi batuk dengan lemon dan madu. Post lain adalah tip jaga kucing selsema. Yang ini saya stop dahululah, sebab saya pun tak jumpa pengganti Elle lagi. Kadang-kadang bila baca post di sini pasal dia, tak tahulah rasa nak nangis ke nak ketawa. Faham tak perasaan tu?

Ok jerebu kali ni memang teruk, sampai kepala saya berat, dan batuk teruk. Kerja pula menunggu, jadi saya bergantung juga kepada kopi untuk bertahan. Kebanyakannya dah selesai/ bergerak juga, jadi lega sikit kepala. Semalam pergi pasar malam beli laksam (macam pantun tak?) comel aje tengok ramai hidung merah-merah. Mesti sebab selsema/resdung kerana jerebu. Gosok-gosok hidung, merahlah dia.

Saya dah lama juga tak ke klinik. Kalau pergi pun bawa suami atau anak-anak. Saya ada amalkan makan vitamin Shaklee sejak dahulu lagi. Cuma dahulu, sebab saya ada sinus, sekali saya batuk, ia akan jadi sangat teruk, sampai kena pergi ambil antibiotik 2 kali. Jadi saya rasa tak baguslah nak bergantung kepada ubat-ubat doktor ni kan. Sampailah saya dapat petua madu dan lemon tu, amalkan, alhamdulillah, batuk memang akan kebah dalam 3 ke 4 hari.

Tapi hari pertama tu, memang akan batuk tak berhenti-henti. Nak tidur pun tak boleh. Seksa sangat rasanya.

Saya bila batuk, dia akan datang pakej dengan sakit kepala nak demam, dan selsema yang jernih tu. Ha sape geli jangan baca haha.

Tapi kan, ada kawan saya, dah 3 bulan batuk, dia cuba lemon dan madu ni, sekali dia ada apa tau…. pneumonia atau paru-paru berair ke macam tu. Ia boleh membawa maut, dia kena warded dalam 2 minggu macam tu. Maksudnya, kalau lama sangat kita batuk, kenalah pergi check betul-betul, ia mungkin penyakit yang tak kita jangkakan.

Ok tip untuk atasi batuk kerana jerebu adalah:

  1. Banyakkan minum air mineral

Bukan air masak biasa ya, air mineral. Tip ini saya dapat dari fb Dr. Zubaidi Hj Ahmad. Air mineral mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan kita juga. Saya pun malas minum air masak juga sebenarnya sebab kerja office banyak, habis asyik ke toilet, apa kesudahannya, gitu haha. Tapi kan, air mineral sebenarnya lebih sedap dari air biasa. Saya simpan stok di office dan di rumah, beli botol yang paling besar tu. Buat air kopi ke guna air mineral yang dimasak juga. Satu family boleh minum kalau simpan stok di rumah. Nak suruh anak minum, sejukkan aje dalam botol air favorite diaorang.

Minum 2 gelas sebaik bangun tidur membersihkan organ dalaman, begitu juga 30 minit sebelum makan (membantu fungsi penghadaman), sebelum mandi (turunkan tekanan darah, manalah tahu uols hangin ke hari tu), sebelum tidur (tidur lena). Korang mesti malas nak ingat kan bila nak minum, pendek kata biasakan minum bila teringat aje. Gitulah nasihat akak yang rajin ni, itu sebab akak tak jadi doktor wakaka.

P/s: Sila like fb Dr Zubaidi Hj Ahmad ni, jangan skodeng status dengan gambar orang je uols. Banyak perkongsian air detokslah, semua guna bahasa yang mudah dihadam oleh kita yang kecik-kecik berangan nak jadi doktor ni tapi tak lepas haha.

2. Makan madu dan perahan lemon

Ya. Tahu kan madu adalah sumber antibiotik. Kalau salah maafkan. Malas pulak nak google petang-petang ni. Bayangkan aje madu tu yang manis boleh bertahan sebegitu lama dalam udara biasa. Tanpa peti sejuk. Tak reti pula nak terangkan. Tapi jangan guna cooking honey, atau madu masakan. Cari di kiosk jamu, saya beli jenis Khaula ni. Beli pula di kedai yang macam tak nak meniaga. Hmmm…. Tak nak meniaga in the sense that takde senyuman langsung. Tanya sepatah, jawab sepatah. Saya selalu fikir orang meniaga kena sangat bersopan dan manis muka. Kalau anda fail yang itu, tak kira betapa besar perniagaan atau betapa bagus produk anda, customer tidak akan datang balik. Itu pendapat saya sahaja, saya pun tak pandai sangat meniaga.

tip atasi batuk kerana jerebu
Atasi batuk dengan madu campur lemon

Brand Khaula ni berharga RM40.

tip atasi batuk kerana jerebu
Cara pengambilan, cuma tambahkan perahan lemon. Campur dalam air minuman pun boleh

Tip dia jangan curah air panas dan guna sudu plastik sahaja (bukan sudu besi). Jangan tanya kenapa ikut je okey. Oh ayat-ayat dia ada salah, rasa macam nak betul-betulkan aje deskripsi pada botol tu.

3. Buat stok air mineral + madu + perahan lemon

Selain dari makan madu direct, buat juga bancuhan perahan lemon dan madu, simpan dalam peti sejuk. Perah aje lemon tu, kalau letak sepotong tu bukan apa, takut dia akan memasamkan air jadi rasa kulit lemon tu nanti.

tip ubati batuk dengan lemon dan madu
Lemon yang kuning tu ya, hijau tu limau kasturi

Air ini juga air detoks yang murah. Ada orang buat lemon campur strawberry.

4. Makan Vitamin C dengan konsisten

Makan vitamin C memang sangat penting. Saya amalkan vitamin C Shaklee. Tak kisahlah apa-apa brand pun, kalau boleh beli yang slow release (dibebaskan secara berperingkat) dan kandungan vitaminnya 1000 mg sehari.

Ok itu sahaja tip atasi batuk kerana jerebu. Guna lemon, madu, air mineral dan vitamin. So far tak perlu ke klinik semenjak saya amalkan. Cuma kena bertahan lah. Mula-mula badan kita akan berperang dengan batuk tu, jadi biarkan ia sembuh sendiri. Kalau teruk lagi dan berlanjutan, baik pergi jumpa doktor. Keluarga saya skeptikal juga kalau saya bagi tip ni. Semua macam hmmm… dah try madu + kicap, madu sahaja, tak elok pun. Tak semua orang boleh terima cara orang lain kan. Ia kena konsisten juga.

Madu ni baguslah cuba, madu lain jangan carik pasal uols hehe.

Bye 😉 .

2 thoughts on “Tip bagaimana atasi batuk kerana jerebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge