Orang yang terakhir

Orang yang lama mengenali saya akan tahu saya ada resdung.

Dalam bahasa sainsnya, sinusitis.

Tahun 2012 saya operate hidung under pakar bedah Ear, Nose, Throat (ENT) kerana chronic sinusitis. Dari laporan pakar, keterukan sinus saya itu tidak menyebabkan kanser. Tetapi, ia boleh sebabkan kanser hidung jika dibiarkan berlanjutan.

Tapi, lain kali saya akan cerita tentang pembedahan tu.

Sejak akhir-akhir ni, sinus saya dah kembali. Orang ada sinus ni ada alergik kepada sesuatu. Macam saya, alergi kepada habuk, belacan, cencaluk dan seafood yang tidak fresh. Saya juga tak boleh pakai mekap beria atau alat mekap sembarangan. Nanti muka akan merah-merah dan bengkak. Mata terlebih sensitif tak boleh pakai eyeshadow semua tu. Tak semestinya guna yang mahal, lipstik saya brand Nyx harga belas ringgit aje. Saya ada guna produk Mary Kay, rasanya ianya ok untuk yang sensitif sebab eyeliner dia tak sebabkan ketakselesaan pada mata gitu. Mungkin akan cuba produk dia yang lain juga nanti.

Selain tu, saya juga tak boleh letih atau stress. Tapi, siapalah yang tak letih dan stress kan.

Hari ni juga kadar jerebu di Melaka antara yang tertinggi di seluruh negara. Ini menambah ramuan secukup rasa kepada sinus saya.

Pagi ni teringat pula masa nak operate hidung, selepas dibius, kita akan hilang kesedaran secara berperingkat. Pakar bius akan bercakap dengan kita tanya soalan, dan kita jawab. Saya pernah dioperate pada 2008 disebabkan keguguran, jadi saya pernah lalui situasi ini.

Keadaan semasa dibius adalah seperti kita berada dalam satu dewan, dengan lampu ditutup satu persatu-satu.

Dari pandangan mata kita, cahaya terang itu semakin berkurangan.

Siapa yang saya ingat kali terakhir sebelum saya menutup mata, mungkin sementara, atau selama-lamanya itu?

2008 – Aiman.

2012 – Aiman dan Airis.

Aiman dan Airis adalah anak-anak saya.

Orang terakhir yang kita ingat sebelum kita menutup mata antara hidup dan mati, adalah orang yang paling kita kasihi.

Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge