Kau kata kau cinta….

Wah korang kalau bab cinta pantas aje nak baca ya.

Suka aje nak baca kisah cinta monyet akak yang tak kesampaian haha.

Sejak saya merepek-repek semakin ramai pula unique visitor. Asalkan korang bahagia kat sini sudah.

Bukanlah cinta apa, saya ni kan jatuh cinta pada menulis. Kononnya.

Selesai kes terakhir saya tu, saya decide untuk ambil cuti separuh hari untuk selesaikan kerja-kerja saya yang terbengkalai.

Nak cuti terus tak boleh sebab ada kerja yang perlu saya datang office setelkan setiap hari.

Tahun lepas, bulan Febuari saya cuti begini selama sebulan, buat website.

Bulan Mac, sama juga, pulun buat ebook.

Boss saya ingat saya ambil Master hehe. Alhamdulillah, hasil cuti-cuti tu masih berikan saya income sehingga hari ini.

Kalau kita sukakan sesuatu, kita akan buatnya tanpa merasa jemu. Dan penuh kasih-sayang.

Oleh kerana saya ada banyak kerja menulis yang belum selesai, saya mula cari port baru untuk menulis.

Sekarang dah jumpa, di library. Library mana? Rahsia —> bajet ada stalker wakaka.

Sampai hari pertama, saya cuma baca majalah Pengantin dan Reader’s Digest. Motif baca majalah Pengantin? Hello, dalam tu ada banyak contoh candy buffet dengan photo booth ok. Saya kan party planner gittew.

Hari kedua sampai, bawa laptop, tapi tak tulis apa-apa sampai petang. Oh my.

Bila sampai sana, baru saya tahu saya rindu sangat pergi library. Library ni tidaklah sebesar, secosy perpustakaan Tun Seri Lanang di UKM atau fakulti. Saya pun taklah rajin sangat ke sana. Cuma, saya memang suka suasana tu. Saya bersendirian, berdepan buku. Kadang-kadang saya tenung buku, mestilah buku tenung saya kan.

Kadang-kadang dalam hidup ni kita terlupa apa yang kita suka.

Library tu panas juga aircond tak kuat. Jadi kena pandai-pandai cari port yang jauh dari masyarakat, dekat dengan plug nak caj laptop, dan…. kipas di tepi uols. Boleh lunjurkan kaki atas kerusi depan. Ya saya memang begini, kalau nampak jangan tegur haha.

Hari ketiga, saya berjaya siapkan artikel saya. Di meja itu. Tenggelam dalam dunia yang paling saya suka. Menulis. Saya tak pasti apa saya buat peguam-ambil-cuti-pergi-library-taip-artikel-kau-takde-life-ke. Tapi takpelah, kita tak perlu faham sangat pun kenapa, apa, percayalah semua ada sebabnya. Yang penting saya sangat sukakannya.

Artikel kali ini istimewa juga. Ia seperti saya menulis surat kepada diri saya sendiri. Tunggu ya nanti boleh baca.

Saya harap saya mampu tulis 2 artikel lagi hingga bulan 11 jadi ia akan jadi 12 artikel, selama setahun (November 2014 hingga November 2015). Saya rasa saya sudah beritahu berkali-kali Tazkirah net ini sangat istimewa bagi saya. Mungkin saya akan menulis di tempat lain suatu hari nanti, tetapi kita tidak akan lupakan orang yang menerima kita sewaktu kita tiada apa-apa.

Just in case uols tertanya-tanya ke mana nak membawa diri, cuba ke library.

Atau cuba ingatkan, apakah perkara yang mungkin kita suka, tapi dah lupakannya….

Bye uols 😉

2 thoughts on “Kau kata kau cinta….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge