Ada apa dengan tudung neelofa Thumbelina?

Pelawat unik blog ini, ramai datang dari post tudung neelofa. Post neelofa ni telah dibaca lebih 1000+ pelawat mengikut Google Analytics (jangan ingat akak tak install GA okeh). Jadi, saya rasa korang pun dah nak pengsan baca post tudung neelofa babes basic tu, kali ni saya ada terbeli tudung neelofa Thumbelina pula.

# Google analytics/ GA – perisian yang dipasang pada blog untuk melihat statistik pengunjung. Sebenarnya saya install aje, reti/ faham 20% aje T_T

Thumbelina tahu kan? Watak makhluk kenit di dalam bunga tu. Agaknya lupa pulak hehe.

Biasalah baru-baru ni nak pergi orang kahwin. Asal nak pergi je nak tudung baru. Perangai sangat okeh. Bukan apa, kan kat luar semua comey-comey belaka, maka haruslah kita pun bercomel-comel juga. Takde orang kata comel pun takpelah, janji kita rasa yakin boleh, oklah tu T_T.

Sebenarnya suami pun suka lihat isteri cantik juga. Betul tak? Cuma isteri pun janganlah over sangat. Kenalah tahu batasannya.

Ok, tudung neelofa Thumbelina ni adalah jenis 2 muka/ 2 faces. Percayalah, saya pun mula-mula dengar jenis tudung ni rasa ngeri. Kau ni dah kenapa nama tudung jenis bermuka-muka begini. I hate it —> tetiba! Saya tak pernah berniat nak beli tudung bermuka-muka begini, sampailah Sabtu lepas.

Biasalah kelam-kabut selalu, beli barang sendiri selalu last minute, saya ke butik vendor Yours Truly di Bukit Baru, Melaka. Saya bukan minah butik tau, saya tak pandai pilih baju, kain semua. Cuma butik ni dia cosy sangat. Ada banyak pilihan dari tudung harga RM30 sampailah dekat RM100 pun. Baju pun macam tu. Selalu kita macam oh butik, mesti RM200+ ke atas kan. Tak…. takde duit pun boleh pergi hehe.

Saya sebagai ratu introvert kebangsaan yang suka menyendiri, saya suka sorang-sorang pilih barang, tiada salesgirl mengekori dan terangkan. Saya hargai kedamaian dalam pembelian begitu. Jadi, saya pilih tudung neelofa Thumbelina ni. Tudung neelofa ni banyak pattern ya, jadi kena cuba. Bila cuba, omg, kenapa 2 muka, oh pakai satu, masukkan lagi satu muka. Adjust, done. Oleh kerana, cermin itu membiaskan (haha), saya pun beli satu tudung neelofa Thumbelina ini.

Secara asasnya, beginilah tudung yang ada 2 muka ya. 2 kepingan bahagian muka siap dijahit di kiri dan kanan. Satu bahagian besar, untuk lapisan pertama. Dan, satu lapisan kedua, lebih besar, untuk luar. Perkara paling best adalah ia siap terbentuk sahaja, tidak melekat di dahi. Mudah sangat.

tudung neelofa thumbelina
tudung neelofa thumbelina ada 2 muka/ bahagian untuk disarung

Ia dihias dengan tag besi neelofa, sedikit manik swarovski (katanya), dan kepingan leather lembut berbentuk bunga. Katanya leather ya uols. Tidak dapatlah iols memastikannya.

tudung neelofa thumbelina
tudung neelofa thumbelina ada bunga dari soft leather

Ia memang mudah sangat, sarung kali pertama, kemudian kali kedua, adjust, pin dan siap. Muka saya kan bulat, jadi kalau ia terbentuk dan tak melekap tu saya suka.

Harga aje tak berapa nak menggembirakan iaitu RM83 T_T —> neelofa please take note! Bajet neelofa nak terbaca post ni haha.

Kalau sukakan keselesaan, atau ada majlis penting bolehlah cuba ya.

Cara pakai patutnya begini, macam neelofa ni:

tudung neelofa thumbelina
cara neelofa pakai tudung neelofa thumbelina

Ini pula kalau lawak geng saya, ini bukan neelofa, ini neemintakpelempang haha:

tudung neelofa thumbelina
saya pakai tudung neelofa thumbelina

Perasan tak neelofa gayakan tudung tu senget, tak nampak pun bahagian tengah tu. Saya pula main sarung aje, patutlah rasa pelik aje. Nak google pun tak sempat haha. Takpelah, asalkan ok aje sudahlah, motif nak jadi neelofa??? Patutnya bahagian tengah tu disengetkan ya uols ke tepi telinga.

Oh muka saya bulat sebenarnya, ada freckles, 2 lapisan eyebags etc. Pipi terlebih. Ini angle tepi, angle selamat T_T. Spek cokelat beli di Vincci Accessories aje uols RM35. Kualitinya baik, tak sakit kepala walaupun power mata 100+. Ha mana nak carik perkongsian tips begini. Ini zaman kemelesetan uols, jangan membazir. Saya jarang beli tudung harga RM50 ke atas pun, kali ini terrbeli…. Itu pun sebab dah tak sempat sangat.

Oh ya tudung ni labuh juga ya, kain jenis chiffon. Tidaklah begitu jarang, bila dah 2 lapis tu ok juga. Tapi, kena pakai anak tudung. Kalau tak dia gerak-gerak juga.

Nak beli, kena google ya. Si Normah ni takde stok pulak. Normie, sila take note, manalah tahu ada orang nak order.

Ok, sampai jumpa lagi. Saya personally suka juga tudung neelofa Thumbelina ini. Ini ajelah sehelai yang ada pun T_T. Bye!

One thought on “Ada apa dengan tudung neelofa Thumbelina?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge