Karpet buruk

Hai. Sejak hari raya lepas, saya jaga Mak yang diserang strok. Bergilir-gilir juga dengan keluarga yang lain. Mak semakin ok cuma masih perlukan jagaan rapi juga. Alhamdulillah, Allah pilih saya untuk menjaga Mak saya, lebih daripada yang lain.

The hardest part menjaga Mak adalah sewaktu mula-mula dahulu, dia dapat bersolat dengan berbaring sahaja. Selesai wuduk, dia akan mula berbaring di katil, dan saya akan pakaikan telekung. Dan, dia akan mula bersolat sambil mata terpejam-pejam. It broke my heart, sebab saya rasa dia dah nak pergi tinggalkan saya. Saya telan aje tangisan saya di dalam hati setiap kali.

Sekarang, Mak dah boleh solat duduk 🙂 .

Sejak sebulan lepas, saya banyak habiskan masa mengadaptasikan kehidupan saya dengan keadaan Mak. Sepertimana pesan doktor, dengan pesakit strok, kita yang mesti adapt dengan keadaan dia, bukan sebaliknya. Saya prioritise apa yang penting, dan mana yang tidak penting, saya tinggalkannya.

Percayalah, saya bukannya baik sangat. Saya moody at times, cucu manja datuk, anak perempuan last ayah, anak manja mak, u name it. Cuma, saya pernah janji waktu saya mula-mula kerja dahulu, jika ada apa-apa jadi pada Mak saya, saya akan menjaga dia. Saya tak tahu macamana, kerja pun baru lagi masa tu, dengan nak berkeluarga. Cuma saya percaya, bila kita berdoa, Allah itu maha mendengar.

Saya siapakan bilik tetamu di rumah untuk Mak. Bilik tu sebenarnya bilik saya simpan barang party saya. 3 tahun punya barang, bayangkan. Jadi, saya keluarkan semua, susun semula bilik tu. Sebagai manusia yang tak suka karpet sebab malas nak vakum, saya letakkan satu karpet lama warna cokelat tepi katil Mak, sebab tak sempat nak pergi beli.

Satu hari, Mak saya kata:

Ana, boleh tak tukar karpet tu. Karpet tu macam dah buruk Mak tengok.

Saya sedang letih balik kerja. Saya kata dalam hati Oh sampainya hati Mak cakap macam tu.

Tapi, Mak terus bagi duit dia dan minta saya beli masa tu juga. Saya pun pergi beli. Saya memang betul-betul letih masa tu. Saya diam aje.

Dapat satu karpet warna ungu, bulu tebal.

Letak di bilik Mak.

Malam tu sebelum dia tidur, Mak cakap,

Mak beli karpet ni untuk Ana. Kesian Ana tidur bawah. Karpet tu nipis. Sejuk badan nanti.

Saya angguk, lepas tu pandang tepi, tekup muka dengan bantal.

Menitis air mata saya. Walaupun Mak sakit, Mak tetap fikirkan saya.

Mak, kan?

Kita selalu cakap kita tahu Mak kita sayang kita, kan?

Kita tipu. Sebenarnya kita tak tahu pun, sebanyak mana, setebal mana.

Kita takkan tahu.

2 thoughts on “Karpet buruk

  1. OMG.. Aku rasa bersalah sgt dh lama tk jenguk blog favourite aku ni. Blog ni aku suka lebih drpd blog vivi yusof gitu…

    Aku nanges baca psl carpet tu. Aku bersyukuurr ko penat sgt masa emak suruh beli carpet lalu ko diam saje tk menjwb yg bukan2 sbb ko penat sgt.

    Aku selalu harapkan & doakan segala2 yg terbaik utk ko ana!! Aku syg ko. walaupun…kita jauh dan mmg ala2 impossible nk berjumpa

    Aku selalu imagine peluk ko juer bila habis baca cerita2 ko…

    I love you Ana!!! Hugs from Bkt Jalil…

  2. MK : Aku pun nak nangis pulak baca komen kau ni. Gaya kau macam Abg Naz I like sangat, Hugs from Bukit Jalil. Dia – Salam dari Liverpool. Love ya!
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge