Artikel ke 9 – 15 Cara Beritahu Anda Sukakan Dia

Hai uols.

Hari ni artikel ke 9 saya disiarkan di Tazkirah.net.

Ini kali pertama saya bereksperimentasi keluar dari perkara yang sedang berlaku dalam hidup saya.

Kali ini saya menulis – bagaimana beritahu kita sukakan seseorang, merujuk kepada mereka yang masih single sebenarnya.

Susah juga, ia perlu mata saya jadi lebih panda dari biasa, dan bergelas-gelas kopi juga.

Tapi artikel ini dapat sedikit pujian dari cikgu saya, dan ketua editor.

Screenshot_2015-08-22-13-28-32_1

Setiap struktur dalam artikel seperti permulaan (hook), ending (penutup) dan hampir kesemuanya dilatih oleh beliau (cikgu saya) sebelum ini. Tazkirah net istimewa sebab terima diri saya seadanya, termasuk gaya penulisan saya itu hehe. Semua nukilan di blog ini dan lagu yang saya dengar sewaktu menulis artikel ini, menjadi sebahagian dari artikel ini. Sebab tu blog ini istimewa.

Komen cikgu saya ini, saya simpan di dalam hati. Penulisan memang menenangkan hati saya, gembira juga kalau guru saya yang membaca juga kata begitu. Kadang-kadang bila kita rasa lemah, kita terpaksa sandarkan harapan kita pada orang lain – Ulu Yam di Liverpool. Kalaulah suatu hari nanti saya hendak berhenti menulis, biarlah saya terbaca post ini 😉 .

Saya suka memberitahu semua orang yang saya suka bahawa saya sangat menghargai mereka.

Saya tak nak satu hari nanti, saya tak sempat beritahu, dan dia kata, Eh betulke dia suka saya? Appreciate saya? Macam tak aje? Kenapa saya tak tahu…

Screenshot_2015-01-27-18-51-05_2 (1)

Dan kalau nak menjadi comel, kongsikan link artikel ini dengan orang yang kita sayang di whatsApp etc, dan tulis:

Hai. Boleh berkenalan? Saya dah lama sukakan awak! 😉

Nak baca artikel 15 Cara Beritahu Anda Sukakan Dia? Klik sini!

Untuk profil penuh artikel saya di sana, Klik sini pula!

Bye.

2 thoughts on “Artikel ke 9 – 15 Cara Beritahu Anda Sukakan Dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge