Tentang gagal

Ingat tak Jumaat lepas saya kata nak siapkan hujahan?

Hujahan = submission. Kesimpulan kes sebelum mahkamah putuskan menang atau kalah. Oh ini bukan kes hebat sangat ya. Saya bukan macam peguam dalam cerita Hindustan atau Mat Saleh 😉 .

Well, saya gagal siapkan. Saya angkut semua balik rumah, dan pagi tadi baru saya keluarkan dari kereta, bawa naik ke office semula.

Sabtu, Ahad saya terlalu sibuk. Terlalu, sangat. Saya take nap dengar lagu di blog ni.

Bila jadi begini, saya kena buat courtesy call, minta kebenaran pihak satu lagi, untuk failkan lambat.

Dalam dunia saya, perkara begini tidak boleh dibuat main. Silap sedikit, tiada black and white, saya letak leher saya di muncung pen = kalah tanpa bertanding/ kena saman balik dengan klien. Buat nervous je kan, ingat hujung pedang ke hehe.

Kerja saya sebenarnya membentuk diri saya pada hari ini. Saya perlu menghormati masa orang lain. Due date = fatal.

Cuma, kadangkala saya gagal juga. Luckily lawyer lagi satu tu baik menyesal pulak mengata dia ari tu wakaka.

Oh tapi cikgu saya puji artikel saya yang baru hantar tu —> pujuk hati sendiri.

Oklah. Bye!

One thought on “Tentang gagal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge