Surat untuk silent reader – Kak Sue

Semalam (sebab dah pukul 12 tgh malam ni), kawan lama saya Kak Sue mesej saya.

Dia cakap dia silent reader blog saya. Bookmark website ni, dan baca every update. Balik rumah, mesti baca.

Kak Sue adalah antara orang-orang yang sangat special dalam hidup saya. Kadang-kadang tak tahu nak panggil apa, kakak ke, kawan ke -_-“.

Dah 8 tahun kot tak jumpa. Tidak dapatlah saya membayangkan betapa happynya saya kalau jumpa dia. Sebab dia baik sangat. Saya tahu dia mesti malu baca ni tapi hello ini blog saya hehe.

K sue cakap dia kagum sebab saya rajin menulis di sini, di sinun, keep in touch dengan kawan-kawan, buat party lagi. Thumbs up katanya.

Kak Sue, saya happy sangat tahu Kak Sue baca blog saya. Walaupun Kak Sue baik, saya pula tulis merapu-rapu dari ke kucing sampai ke kasut joging membawa ke rindu arwah Atuk saya, saya rasa saya dekat dengan Kak Sue.

Bila Kak Sue tengok saya rajin menulis like hari-hari ada tu adalah sama ada saya tertekan atau gembira.

Menulis sentiasa melegakan saya, sebab tu saya menulis.

Kadang-kadang saya sendiri tak faham apakah konteks penulisan saya, tapi saya tulis aje. Kita haruslah mempersyetonkan semua alasan yang menyuruh kita tidur dan jangan menulis —-> bagi saya aje ya 😉

Tentang keep in touch dengan kawan-kawan tu, saya ni whatsapp aje dengan MK dan yang lain, itu pun jarang. Kadang-kadang hanya oit buat pe tu??? lepas tu semua orang senyap. Kebanyakan yang mesej saya adalah klien/ pembeli ebook sebenarnya.

Tentang buat party tu. Setiap kali dah habis buat party saya berjanji nak rehat panjang, nak tidur awal, tapi itulah, saya masih ada mengetuk-ngetuk di sini menyiapkan kerja-kerja lain pula. Takpelah, mata memang dah panda jadi saya pasrah.

Kak Sue, terima kasih jadi silent reader. Kadang-kadang saya pun tak tahu siapa baca blog saya ni. Tahu Kak Sue baca blog saya, buat saya tersenyum.

Nanti balik Melaka kita jumpa okeh. Naik bas Patt Hupp sama-sama ke 😉 . Ada lagi ke?

# salam untuk semua reader/ silent ke tak, semua saya hargai.

3 thoughts on “Surat untuk silent reader – Kak Sue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge