Mencintaiku, walau bintang ku tak terang

Saya memang suka lagu.

Ada sesetengah lagu, saya cuma suka satu baris ayatnya sahaja.

Mungkin sebab saya sangat suka subjek bahasa, menulis dan seangkatannya, lirik-lirik lagu sangat dekat di hati saya.

Semalam saya drive mungkin beberapa jam. Ayah masuk wad sebab darah tinggi. Jadi saya on the road balik kampung, ke hospital, balik rumah semula. Waktu drive panjang begini biasa saya dapat menikmati hobi saya ini, mendengar lirik lagu. Oh ayah saya dah keluar wad, dia dah ok ๐Ÿ™‚ .

Semalam dapat dengar lagu Cintailah Aku Sepenuh Hati – Ari Lasso.

Dah lama suka lagu ni, cuma lupa nama lagunya.

Ayat paling saya suka:

Mencintaiku walau bintangku tak terang.

Lirik ni macam deep, kadang-kadang sedih juga —> mulalah nak emo malam-malam ni wakaka.

Kadang-kadang saya makan burger, sos tumpah dekat tudung. Dah lapar gitulah. Tak sengaja uols. Comot sangat dah tua-tua bangka pun nak clumsy haha. Nanti Papa akan bagi sapu tangan dia suruh lap.

Menyesal tak ada isteri clumsy comot macam ni?

Tak. Sayang!

Ok boleh muntah sekarang haha….

….

Ada sekali kakak office saya bawa kereta terlanggar kereta depan. Perempuan biasalah, tayar bocor, langgar kereta ke, call suami kan. Dia cakap:

Tau tak, akak berdebar-debar sangat bila Abang Dollah kau sampai.

Lah, kenapa kak? —–> penuh sifat kepoh satu office ramai perempuan haha.

Akak nak tengok, dia risaukan kereta ke risaukan akak?

Habis tu???? —-> Menganga masing-masing.

Dia sampai, salam mamat tu, mintak maaf.

Lepas tu???? —–> still kepochi. Korang pun sama eh ๐Ÿ˜‰

Dia tanya,

You Ok?

Lega akak. Maknanya dia sayang akak dari kereta… Tak sia-sia akak masak asam pedas —> saya tokok tambah.

Tahniah kak. Cayalah!!! —>ย tepukan bergema di office.

Moral story di sini adalah, cintailah orang yang terima kita seadanya. Yang terima kita waktu kita pokai, comot, waktu kita tiada apa-apa. Sentiasa hargai orang begini yang suka kita, sewaktu bintang kita tak terang, atau berkelip pun. Ya memang tak pasti sampai bila pula akan begitu, cuma hargai dia.

Dengar lagu ini, siapa yang kita ingat. Orang tu dalam hati kita ๐Ÿ˜‰ .

4 thoughts on “Mencintaiku, walau bintang ku tak terang

  1. Tang part “Habis tu??” sesama kepochi tu lawak..hahaha…

    P/S: owwhh bilakah aku nk rajin semula ni…tolooong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge