Jadi, kenapa saya tak update facebook?

Saya kan, mungkin dah beberapa tahun tak post status di fb.

Bagi saya, fb adalah tempat saya meninjau kenalan yang saya suka. Menyakat kawan-kawan saya haha.

Membaca quotes yang saya gemari.

Saya tak kesah orang nak post berapa status satu hari pun, sebab itu hak dia kan.

Recently, profil penulis di Tazkirah net pun saya dah tak linkkan ke sana. Ini adalah kelemahan saya yang introvert/ tidak sukakan perhatian.

Jadi ada kenalan yang tanya-tanya juga tentang fb saya ni. Terpaksa nak feeling retis eh nak kena update ke?

Kes 1

Dia kawan lama, baik. Senior sikit, panggil kakak.

Diana, akak benci Diana.

Motif nak benci saya?

Iyalah sombong. Update gambar kat fb pun tak. Gambar raya pun tahun lepas.

Ala, akak kan dah jumpa saya ni. Nak tengok gambar lagi nak buat apa pulak?

Ala, akak nak tengok anak-anak Diana semua.

Ala, akak sebenarnya nak tengok saya dah gemuk ke tak, kan?

Perangai sangat tau perempuan suka tengok kawan dah gemuk ke maintain haha.

Kes 2

Dia bukan kawan baik. Memang bukan.

Ana, aku ni dalam friend list fb kau ke?

Yep.

Tapi tak pernah nampak kau post gambar, status pun?

Oh, saja malas. Tak cantik —> tiba-tiba sangat!

Nampak sangat saya malas nak jawab T_T.

 

Actually, saya suka menulis panjang-panjang.

Lepas tu saya malas nak scroll down nak baca tulisan balik semua.

Saya tak update di fb sebab saya kenal juga orang-orang di sana. Segan.

Di sini saya tak kenal, seperti bercakap sorang-sorang aje.

Kadang-kadang saya tulis di sini, ketawa ada, nangis pun ada.

Ia memory book saya. Lebih-lebih lagi tentang menulis. Kalau saya malas, saya baca semula tag Kenapa Menulis.

Jadi, kenapa saya tak update facebook?

Sebab saya ada blog! 

Tak semua orang tahu saya ada blog. Itu saya suka. Sangat.

Itu aje nak cerita. Artikel saya dah bergerak 40% yeahoo.

Bye 😉 .

4 thoughts on “Jadi, kenapa saya tak update facebook?

  1. Senior Ana: “psl apa akak tak tau ttg anak2 Ana?”

    Sebab akak tk special kooottt….

    saya tau je byk cerita update ttg Ana….mihmih…(perasan special)

  2. Aretikz: Ya Allah muncul jugak kau dik. Kau janganlah menakutkan akak haha.

    MK: Betul3x. Sebab dia tak mengambil tahu. Nasib dia tak tahu blog ni haha

    MJ: Ok je MJ kalau rajin tulis tu. Saya ni mengacau orang aje kat sana. Meh sini apa acc fb MJ??? hehe
    dalin ali recently posted…Candy buffet dan deko party PrincessMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge