Tentang Lulu

Saya kan, kena buat artikel. Tapi kan, takde idea. Tolong lempangkan please.

Lepas tu El takde. Kepada siapa lagi saya nak mencurah rasa saya yang takde idea ni.

Sebenarnya kan, semua artikel saya yang bernombor, katakan 7 idea, 15 cara, sewaktu submit tajuk tu, saya cuma ada separuh aje idea  tu. Kalau 21 cara saya sebenarnya ada 11 aje cara mula-mula. Itupun saya conteng di rough paper di office. Yang selebihnya saya kata dengan yakin pada diri bahawa Well I’ll figure them out later. Gittew.

Keyakinan sangat yang selalu memakan diri.

Suka paksa diri macam tu. Ada 10 idea kan, ha terus cukupkan jadi 21. Kata nak jadi professional writer 😛 .

Bila dah takde kucing ni, takde pula anak-anak kucing yang baru datang. Terpaksalah saya menumpang kasih dengan Lulu, kucing adik ipar saya. Dia pun baru dapat kucing ni bulan lepas, sebab tuan asal dia dapat baby, jadi takde masa untuk dia. Kesian pulak Lulu ni, harap dia tak tertekan nak buat perangai lari dari rumah ke. Ada juga cubaan keluar beberapa meter lepas tu masuk rumah balik.

Saya tak pernah ada kucing kacukan jadi tak berapa minat sangat. Tapi sebab rindu, Papa, Adik dan Aiman kata dia gemuk, jadi saya pergi tengok dia. Saya kan suka kucing gemuk dan debab.

IMG-20150809-WA0004 (1)

Omey angat muka masam macam tu. Bulu lembut sebab mandi hari-hari. Letak kepala atas badan dia buat macam karpet best haha. Anak-anak saya main macam kucing sendiri. Terbaring-baring tergolek main dengan dia. Aiman seperti biasa sayang sangat dengan apa jua makhluk dia jumpa. Pegang katak rilek aje. Motip nak bela haiwan begitu nak… Cubalah pelihara haiwan yang lebih comel. Belalang pun nak dibelanya. Aduhai….

Lulu, kami rindu El. Meh datang rumah pinjam satu hari boleh?

Tengah pujuk adik ipar dengan kes Aiman selalu mengigau panggil El.

Harapan agar dia benarkan pinjam Lulu kejap. Rasa memang takkan dapat.

Rindu El.

El rindu kitaorang tak?

El Mama nak tulis apa ni T_T.

2 thoughts on “Tentang Lulu

  1. Wow..
    Kagum juga tu
    Kira push diri sendiri to the limit la kan?
    Okay gak tu. Kita bersaing dengan diri kita dan bukannya orang lain.

  2. saya pulak kalau buat entry yang ada no ni contoh 5 cara atau 7 tips, mesti siap separuh je..separuh lagi akan siap dalam seminggu..hahahah..bukan senang nak dapatkan bahan untuk separuh lagi tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge