Ada apa dengan 95174?

Saya tak tahu kenapa saya masih ada di sini, bertemankan secawan kopi susu.

Sekejap lagi askar-askar saya akan pulang dari perbatasan/ rumah atuk dia haha, jadi saya ambil quick nap di sini.

Semalam saya pergi set up party di MRSM Jasin, Melaka. Party ini ditempah beserta photobooth sekali. Ia adalah satu job yang saya tak mampu kata tidak. Sebab saya sendiri bekas pelajar MRSM, dan saya tahu annual party block adalah perkara yang paling happening untuk pelajar asrama perempuan.

Mula-mula saya ingat yang order warden/ cikgu, tapi saya salah, dia student. Junior lagi. Cool kan student adik-adik ni omey angat order dessert buffet dan photobooth online je hehe. Ada sesetengah job saya terima atas x factor, macam dinner matrikulasi (rindu member uni), dan dinner ni sebab saya ada BFF dari MRSM juga. Ada geng-geng asrama baik dengan saya sampai sekarang. Bila jumpa asyiklah ulang cerita lama, simbah orang dengan air nila masa birthday dan pelbagai lagi 😉 .

Zaman party saya dengan MK dulu dia ada simpan gambar kitorang. Macam beauty and the beast (dia beauty). Dia cantik sangat yang saya ni tembam comot aje haha. Saya pun tak pasti kenapa dia nak kawan dengan saya. Sebab tu agaknya saya takde gambar berdua dengan dia, sebab saya segan kot hehe.

95174 adalah no maktab saya di MRSM Muar. 95 – tahun 1995 saya masuk Form 4. 174 adalah no pendaftaran saya iaitu yang ke 174. Jadi nombor maktab saya, 95174.

Dari 1995- 2015, selepas 20 tahun saya kembali ke dorm, walaupun bukan dorm yang sama.

Saya lihat koridor tempat kami bersidai ketawa sampai terduduk-duduk kadang-kadang. Public phone. Dulu public phone adalah super maha penting, tapi sekarang student dah boleh bawa handphone.

Saya beritahu diaorang saya bekas student MRSM diaorang cakap:

Patutlah akak faham aje cerita pasal blok, tempat set up, asrama semua.

Saya senyum aje.

Dalam hati:

Ye dik. Akak pernah tinggal 2 tahun di tempat macam ni. Homesick, ketawa, menangis masa nyanyi lagu- Bertemu dan berpisah….

Enjoy your day. Satu hari nanti, kita cuma berharap kita boleh masuk semula ke sini melihat wayang lama kita diputarkan semula.

Bye.

P/s : By the way lagu tema blok saya dulu Warisan Wanita Terakhir by Teacher’s Pet. Kellas gitu. Entah apa yang terakhir sangat pun tak faham haha. Darah remaja uols 😉

5 thoughts on “Ada apa dengan 95174?

  1. 95079!!!

    & tak…ko tak comot seorang..kita sesama comot! OMG!!

    doakan semangat menulis aku kembali Ana!!!! Aku hampir tewas!

  2. Titan : SBP juga ya Cikgu hehe.

    Diana : Iyelah. Orang-orang dah tak ada. Kita semakin tua. Eh!

    Emalin : Yelah. Orang yang hidup dengan kita begini memang unforgettable

    MK : Atan ye ke. Jadi kau di belakang aku sewaktu daftar. Kellas no kau tahun kelahiran gitu hehe.

    Oh aku doakan Tuhan tlg paksa Atan tulis semula. Dia kelakar. Hehe
    dalin ali recently posted…Candy buffet dan deko party PrincessMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge