Artikel 8: Nak buat anak gembira bersolat?

Assalamualaikum.

Hari ni artikel ke 8 saya disiarkan di Tazkirah net.

Salah satu azam saya tahun ini adalah untuk menulis setiap bulan di sana. Setakat ini gagal sebab  ada satu bulan saya menjadi loser/ mengalami kecelaruan identiti haha, dan lagi satu bulan saya under training, jadi  ingat tak payah submit artikel–> loser.

Ada juga azam lain macam artikel diterbitkan di media selain online dan sebuah buku yang diterbitkan, gittew. Menulis pun bahasa caca-marba ada hati nak menulis buku haha. Itulah namanya impian uols. Kita bermimpi, kita cuba gapainya, walaupun ia jauh di awan biru. Jangan bersedih, kerana menurut buku Ulu Yam di Liverpool, impian kita, kita yang punya. Tak dapat tahun ni, tahun depan kan ada–> ayat menyedapkan hati.

Sukar juga siapkan artikel ini. Susah menulis sesuatu berkaitan agama/ solat sebab sedar diri sendiri bagaimana. Lagi susah menulis bagaimana jadikan anak gembira bersolat, sebab ia memang susah. Adakah anak kita solat kerana patuh arahan kita, atau kerana hati dia benar-benar ingin bersolat? Adakah bila dia masuk asrama, tinggal sendiri nanti, dia akan bersolat dengan erti solat yang sebenar-benarnya?

Kadang-kadang bila saya tulis artikel, BFF saya selalu ingat saya dah buat semua tip tu. Dalam artikel kali ini, ada yang telah saya buat, dan ada yang dalam perancangan. Saya ada praktikkan beberapa tip seperti Ini surau kecil kita dan beberapa lagi. Kalau sempat saya buat craft time lepas solat dan mengaji dengan segala tok nenek barang party saya tu. Saya ni pengumpul barang kraf harap maklum (even tangan keras). Kanak-kanak memang sangat suka sesi kerastangan begini. Biasanya mereka tengok tv atau majalah dan tunjuk, Mama, nanti nak buat macam ni (kraf). Jadi, silalah solat dahulu ya anak-anak. Nanti kita godek kotak Mama tu dan buat.

Ada juga tip yang saya mengingatkan diri sendiri seperti 5 minit aje! sebab saya memang terhegeh-hegeh kalau solat di luar. Lepas solat konon nak touch up, cantiknya tak jugak haha. Kanak-kanak sangat mudah bosan dengan karenah mak yang mengannoyingkan begini sebab diaorang nak cepat aje tengok mainan, makan dan lain-lain. Jadi ibu-ibu, kita sememangnya dah manis gitu (matilah buat statement gini haha), lepas solat di luar, silalah bergegas untuk bersama anak-anak dan bapanya ya.

Jemput membaca artikel 7 Tip Buat Anak Gembira Bersolat (klik sini).

Anda akan faham apa yang saya tulis di atas ni sewaktu membacanya.

Kalau sudi minta share di facebook, twitter, whatsApp messenger kerana mungkin orang lain akan dapat gunakan tip ini untuk anak-anak mereka. Perkongsian ini juga akan memberikan sokongan/ backlink kepada artikel ini jika ada carian tip anak solat di google nanti.

Terima kasih.

p/s: Mak saya semakin ok,  bertambah baik. Terima kasih 😉

4 thoughts on “Artikel 8: Nak buat anak gembira bersolat?

  1. Aww…aku suka sgt tips dlm article tu. Macam biasalah..mesti tercebik2 nak nanes bila membaca pasal anak2 ni. Lagi-lagi bila baca psl :-

    “Adakah anak kita solat kerana patuh arahan kita, atau kerana hati dia benar-benar ingin bersolat? Adakah bila dia masuk asrama, tinggal sendiri nanti, dia akan bersolat dengan erti solat yang sebenar-benarnya?”

    Aku paling suka point “surau kecil kita & pakaian solat”

    walaupun umah aku mmg dah sedia kecil entah mana satu ruang yg aku nak buat surau pun aku tak tau. tapi aku akan usahakan juer.

    terima kasih sayangku kerana menulis artikel yg baik
    MK recently posted…Why Do You Run?My Profile

  2. owh..terlupa nak cakap. anak2 aku masih lagi berebut menggunakan kain pelikat yg ko hadiahkan last 3 years!!! kesian…sbb ada 1 je kain pelikat. teruk betul ibu dia kan….

    baiklah!!! ibu berazam akan belikan kain pelikat berhelai2 untuk anak-anak ibu. dan juga kopiah yg comel!!!

    thanks ana!
    MK recently posted…Why Do You Run?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge