Termos untuk Mak

Hai. Terima kasih pada yang bertanya tentang Mak saya. MK paling comel dia whatsapp tanya Ana macam mana nak call ambulans? Dalam kes emergency, simpan no telefon klinik kesihatan kawasan anda (ya klinik gomen). Call 999 ok tapi lambat pula nak disambungkan nanti. Request ambulans dan beri alamat. Mak saya kami bawa ke klinik dulu kemudian dirujuk terus ke hospital besar.

Mak saya didiagnos mild stroke dan simptom awal Parkinson. Boleh bercakap dan makan, tetapi tak boleh berdiri atau duduk seorang diri lagi. Mesti ada orang temankan. Walaupun berita ini menyedihkan juga, ia berjuta-juta kali lebih baik, sebab Mak saya masih ada lagi.

Buat sementara ni Mak tinggal di rumah saya, dan kami adik-beradik gilir-gilir menjaga. Menjaga warga tua menuntut kekuatan hati sebab mereka sedih hilang upaya menguruskan diri sendiri dan sentiasa tidak mahu menyusahkan kita. Kalau kita sendiri emosi kita tahu tanganinya walaupun kita pun sedih melihat orang yang kita sayang tak sihat.

Saya tak tahu bagaimana untuk lalui semua ni, tapi syukurlah ada full support dari keluarga. Saya ni pun tak berapa nak tabah sangat, siapa yang kenal atau baca blog ni lama tahulah saya ni mudah menangis haha. Saya ada seorang staf yang menjaga datuk, nenek, ayah yang sakit, ada antaranya dah meninggal dunia. Bila saya cerita pada dia, dia cuma pesan:

Ana, rebut peluang ni ya! 

Kadang-kadang, setiap apa yang kita lalui sebelum ini, akan membentuk ketahanan diri kita pada hari ini.

Imbas satu pesan penulis buku Diagnosis, Dr Anwar Fazal, lebih kurang begini, kadang-kadang kita perlu kembali kepada fundamental thing kenapa kita melakukan sesuatu. Untuk siapa? Kenapa kita buat, adakah untuk dipuji? Adakah bila orang marah atau mengata kita tak betul, kita nak berhenti jadi doktor?

Menetapkan SATU sebab untuk siapakah kita melakukan sesuatu, akan menyeka semua air mata dan memberi kekuatan kepada hati kita, di hari-hari kita perlukannya.

Terima kasih untuk semua  doanya.

Saya rindu gila nak blogging saya perati je laptop ni.

Doakan saya ya.

Jumpa lagi 😉 .

# Termos untuk Mak tagline untuk cerita Mak saya dalam blog ini nanti

3 thoughts on “Termos untuk Mak

  1. Owh ibu…kau lah ratu hatiku. Aku sgt risau mendengar berita pasal emak ko Ana. Emak beruntung dapat anak yg baik mcm ana…boleh jaga emak sebaiknya. Walaupun dia kememeh…tp dia kuat sebenarnye.

    Aku tak ade anak perempuan. Aku mengharap kan belas ihsan Adam & rayyan je nanti. Doakan aku dpt menantu yg baik supaya dia ikhlas bagi anak aku jaga aku. sobbsss..
    MK recently posted…Why Do You Run?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge