Kenapa kampung saya takde line Maxis?

Haha tajuk memprejudiskan kampung sendiri.

Saya pengguna Maxis sejak mungkin 18 tahun lepas? Saya pun tak ingat. Sebagai seorang yang setia (ehemm..) saya memang sukar nak beralih-arah dalam apa jua perkara pun. Kalau saya suka, saya sukalah sampai orang tak sudi. Eh ke situ pulak hehe.

Sebenarnya line telefon ada, cuma line internet 3G ke apa tu seperti ke laut, lebih-lebih lagi rumah Mak saya memang tepi laut.

Saya dah cuti hari ni, tapi baru je submit report online sebab dah terlebih due nak submit. Semalam submit artikel terbaru yang saya-pun-tak-tahu-apa-saya-tulis-maafkan-daku-cikgu. Serius salah pilih tajuk atau kalut nak raya, tapi no turning back, siapkan dan submit. Selebihnya kita serahkan kepada takdir. Ini sifat cucu-cicit Hang Tuah ya, tidak menoleh ke belakang gitu.

Oh apalah saya membebel ni. Dari semalam kemas barang party juga. Persiapan 70% siap. Bila kita pilih menjadi seorang party planner, diari, due date adalah bestfriend kita. Saya ni nampak macam organised person but to tell you the truth, I sometimes cry in the toilet tak tahu nak buat lepas ni, semua nak urgent haha. Kadang-kadang hantuk kepala (perlahan) pada laptop bila takde idea nak menulis.

Oh kenapa rumah Mak saya takde line internet? Ada tapi di pagar rumah. Kadang-kadang kena emel ebook atau designer nak hantar design printables, atau urgent whatsapp nak kena reply (dan banyak lagi), rasa tension juga. Lama-lama saya fikir, ini semua supaya kami adik-beradik dan cucu-cucu memberi lebih perhatian kepada Mak Ayah/ Atuk dan Nenek. Kadang-kadang orang tu di hadapan mata kita, tapi kita tidak dapat melihatnya.

Oh Selamat Hari Raya kepada pembaca blog ini. Saya tak tahu siapa anda mungkin 80% daripadanya saya tak kenal. Maaf kalau ada terkasar bahasa, gurauan yang tak kena masa. Dalam bahasa Arab Selamat Hari Raya disebut:

Eid Mubarak. Wa kullu ‘amun wan antum bi khair. —-> eksyen belajar Bahasa Arab uols haha

Maksudnya: Selamat Hari Raya. Semoga setiap tahun kamu baik-baik sahaja 😉 .

3 thoughts on “Kenapa kampung saya takde line Maxis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge