A friend like that

Tahu tak setiap orang yang kita temui dalam hidup kita, mempunyai tujuan yang tersendiri.

Kalau ada orang yang kita tak sukaaaa sangat, ia adalah satu limit/benchmark kepada kita, agar kita jangan jadi seperti dia.

Sama seperti kawan-kawan baik saya, setiap satunya ada fungsi yang tersendiri:

Abun – Ustazah, cool

Normah – Sengal tapi baik hati hati wakaka

Laila – Sewel tapi lawak gila

(3 orang atas ni kitaorang bajet cool takde kata i love u, kita cakap kita geng sampai bila-bila woi, hehe).

MK Tantan Darling – ha tengok deskripsi dah tahu kan. Dia manja, baik sangat, penenang hati/confidante. Seorang yang berterus-terang. Dia akan end up conversation dengan i love u Ana muackkss… Saya cuma perlu tulis masalah saya contoh Atan, aku rasa malas nak menulis, takde idea, i am frustrated, a loser. Dan, dia akan atasinya dengan sekelip mata sambil kaitkan dengan kegemaran running dia. Dia tidak akan judge, that’s why the description, a confidante.

Mongun – dia memori zaman menengah rendah saya. Terlalu banyak memori berkarung-karung agaknya. Saya cuma contact dia setahun beberapa kali. Kalau nampak gambar di fb rindu sangat kat dia. Banyak persamaan dengan saya, dari dulu suka menulis, pernah keguguran, dia hilang Nenek saya pula Atuk, pernah hilang bestfriend masing-masing. Benda-benda ni saya tahu setelah kami bekerja. Boleh baca memori kami di sini. Perbualan kami tak tahulah dari dulu mesti ada setitis dua air jernih yang menitis bersama.

Sekarang ni dia sedang alami tempoh yang sukar juga, baby usia 2 bulan lalui pembedahan cleft palate. Knowing that bila anak sakit/lalui pembedahan membuatkan seorang ibu itu patah hati dari pengalaman saya sendiri, i wrote her a kad raya. Di dalam kad tu antaranya saya tuliskan:

Mongun, aku tak tahu apakah kebaikan kecil yang aku pernah buat sehinggakan aku dapat kawan seperti kau. I guess that Allah sangat mengasihani aku 🙂 .

Semasa menulis kad tu air mata saya menitis juga. Tapi, saya akhirinya dengan gembira. Saya letak juga tagline, Kawan Sepanjang Jalan – satu sajak yang saya pernah tuliskan untuk dia pada 10/10/2010 dulu  di blog lama.

Semalam, saya dapat mesej:

Orang lain dapat kad raya gembira, tapi aku menangis….

Rupa-rupanya dia masih dapat merasakan persahabatan saya di kejauhan beratus-ratus kilometer ini.

Masih.

Kalau anda ada kawan, hargailah mereka. Persahabatan adalah hadiah Dia kepada kita. Ia tidak ternilai.

Saya baru perasan saya suka tulis tajuk bahasa Inggeris sebab suka tajuk-tajuk dalam Chicken Soup for the Soul, antaranya – A Brother Like That. Cerita yang saya suka saya akan lipatnya dan bacanya berkali-kali. Jadi saya tukar tajuk tu untuk post ini kepada:

A friend like that.

Bye 😉 .

6 thoughts on “A friend like that

  1. Awwww….aku penenang hati kau ke Ana?

    tetiba rasa sebak bergonang2 air mato. tengkiu Ana. Walaupun aku mmg byk kekurangan memory loss mmg critical. slalu lupa bday, tak reti hantar surat cinta..bla..bla…

    tapi ko mmg selalu berada dlm hati aku tau!! Aku rindu…. rindu nak peluk ko ketat2. hari tu siap ada dpt interview kerja kat melaka tau. siap rasa nak accept je dgn alasan boleh jumpa ko selalu…hahaah aku gilo kan..

    lebiu Ana!!!
    MK recently posted…10 Perangai Pelik RunnersMy Profile

  2. each and every person ada baik buruk masing-masing dan we’ll remember them for that. a real best friend is the one yang masuk rumah kita terjah sana, then pergi tuang air sendiri kat dapur.

  3. Shaima: Thanx 😉

    Mk: Hey Tantan aku mencintai kau. Kau tak marah kalau aku malas sebab kau tahu aku kalau kena marah lagiii malas. Kau tau, that’s it. Kau confidante yang jelita, idola gittew hehe.

    Emalin: Ya betul. Saya tak ramai kawan actually, tapi ada beberapa orang sahaja. Semua jauh but it’s okay. #Syukur selalu hehe

    Titan : Ya gitulah Cikgu 😀

    Suriya: Yeah I wish I ada kawan dekat macam tu. Best kalau ada sorang dekat macam tu.
    dalin ali recently posted…Candy buffet dan deko party PrincessMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge