Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi
  • Tip Legal
  • I read

Month: July 2015

Tak pernah

31/07/201531/07/2015

Saya ada satu memori ini dengan El.

Setiap kali saya blogging, dia mesti ada, mata dia redup merenung saya.

Biasanya siang dia melilau, bila Papa balik, baru dia masuk. Tidur pun nak dalam bilik ada aircond aje.

Lepas tu dia buat tidur mati yang bom meletup sebelah pun tak bangun.

Gaya tidur di sudut bawah aircond, atau atas selimut, kadang-kadang bawah ampai towel.

Kadang-kadang dia sondol Aiman (kelakar pulak masa taip ni haha).

Tengah-tengah malam sedap dia berbaring mengerekot di kaki saya.

Kalau alarm snooze, gigit kaki saya.

Itu biasa.

Bila saya kena taip artikel yang serius, orang rapat dengan saya tahu saya ni drama sangat.

Menulis sama tahap penting dengan party bagi saya, saya akan jadi sangat perfectionist.

Yang penting, ia mencapai tahap yang saya inginkan. Orang lain? Saya harap dorang gembira baca. Siapalah saya untuk menjangka pandangan orang lain —> self defense gittew hehe.

Selalu saya menaip artikel serius begini ( ya untuk laman yang serius, bukan di sini 😉 ) di hujung minggu, senyap-senyap, sorang aje di rumah.

Yang ada makhluk bernama El di kaki saya.

Kadang-kadang saya tanya:

El, nak taip apa ni. Tak ada idea. Idea pliz!

Dia renung je saya.

El, takkanlah Mama nak jadi loser. Tajuk dah submit, artikel tak hantar.

Dia pandang saya dan seolah kata begini:

Mama boleh tak jangan nak drama sangat. 8 kali tulis artikel, 8 kali nak drama. Siapkan sekarang, saya nak ayam goreng saya!

K Fine.

….

Kalaulah ada artikel ke 9, ia artikel pertama saya tulis tanpa dia, El.

Tak pernah saya tulis tanpa pak cik El ni. Dia macam bodyguard sebab dia senyap tapi sarkastik.

El, di mana jua kau berada, sila berdoa agar Mama kau tak drama sangat lepas ni haha.

-in loving memory-

3 Comments

Que Sera

31/07/201531/07/2015

Hai.

Lagu ni selalu teman setiap kali saya drive hari Jumaat.

Que Sera – whatever will be, will be.

Saya suka:

Tomorrow is a mystery, let’s just do it!

Never stop dreaming, keep holding on!

Untuk seseorang yang baca blog saya (you know who you are):

You’re not alone 😉 .

1 Comment

Tentang gembira

30/07/201530/07/2015

Assalamualaikum.

Lama juga tak menulis, rindu pulak.

Ingat tak saya ada seekor kucing nama Elsa/Nur Elsa Sofia Rodriguez/ Olaf/ Taufik Batisah/ El/ Ezwan Lutfi tu?

(jangan pertikaikan pemilihan nama please)

Hari saya bawa balik Mak ke rumah, hari yang sama El tinggalkan kami.

Pergi berjumpa penciptaNya.

Saya memang tiada perasaan masa tu, mungkin terlalu letih berulang-alik ke hospital.

Cuma sebelum tu, Papa beritahu El sakit, sejak saya ulang-alik ke kampung.

Sebelum tu, si Kiko, anak kepada Kiki Kamarudin, mati mengejut juga. Saya rasa El rindu kat dia, tiba-tiba dia pula mati.

Impak paling besar adalah pada Aiman. Dia sentiasa moody dan cranky. Bila saya tanya adakah dia merajuk saya selalu jaga nenek, dia kata tak! Sampai satu petang, saya dah tak tahan sangat dia asyik moody, saya tanya, adakah dia rindu kat El?

Dia lari masuk dalam comforter dan menangis semahu-mahunya.

Oh my, anak saya heartbroken kucing dia mati.

Saya kata Aiman rindu El?

Whoaaaaa….. dari dalam selimut. Saya lihat badan dia mengerekot menangis dalam tu.

Aiman tahu kan, El kat syurga?

Senyap.

Aiman tahu tak, El akan beritahu Allah Aiman jaga dia? Aiman ambil dia dekat pencawang TNB?

Whoaaaaaaaaaaa……..

Aiman ingat tak El suka tidur dengan kita. Kepoh sangat panjat tangga bila Papa pasang railing langsir? Yang Aiman buat video tu? Ingat tak?

Dia menggigil-gigil menangis sampai tak keluar suara.

Ingat tak El happy kalau kita balik. Dia main lompat-lompat dengan Aiman. Ica dukung dia macam baby dekat bahu?

Abang rindu El. Abang salah tak bawak El pergi klinik….

Tak, dah sampai masa dia pergi. 

Abang ingat tak El suka kalau kita happy? Suka tengok kita ketawa? Kalau dia kacau kita, gigit kita, kita peluk dia kuat-kuat, baru dia lari?

Whoaaaaaaaaaaaaaaa……………..

Aiman, El mesti nak Aiman gembira. Dia dah takde, Aiman mesti cari kucing lain. Kucing yang comot, nanti kita jaga. Dia buat Aiman happy kat dunia, mesti dia nak Abang terus gembira. Betul tak?

Kalau abang rindu, abang tulis cerita abang dengan El, cerita gembira kita.

Kadang-kadang, bila kita tulis, kita ketawa dan nangis sama-sama, kita rasa lega. Ok?

Dan, lepas tu saya biarkan dia menangis sepuas-puasnya.

……

Esoknya, Mama, abang dah faham. Abang akan gembira.

Untuk El.

–> Dia still tidur dengan rantai leher El. Saya faham sebab saya pun pernah rindu kucing begini. Banyak juga kenangan saya sendiri dengan El, nanti saya tulis. Kalau saya tulis, maknanya saya rindu sangat.

P_20150328_115106

2 Comments

Artikel 8: Nak buat anak gembira bersolat?

27/07/201527/07/2015

Assalamualaikum.

Hari ni artikel ke 8 saya disiarkan di Tazkirah net.

Salah satu azam saya tahun ini adalah untuk menulis setiap bulan di sana. Setakat ini gagal sebab  ada satu bulan saya menjadi loser/ mengalami kecelaruan identiti haha, dan lagi satu bulan saya under training, jadi  ingat tak payah submit artikel–> loser.

Ada juga azam lain macam artikel diterbitkan di media selain online dan sebuah buku yang diterbitkan, gittew. Menulis pun bahasa caca-marba ada hati nak menulis buku haha. Itulah namanya impian uols. Kita bermimpi, kita cuba gapainya, walaupun ia jauh di awan biru. Jangan bersedih, kerana menurut buku Ulu Yam di Liverpool, impian kita, kita yang punya. Tak dapat tahun ni, tahun depan kan ada–> ayat menyedapkan hati.

Sukar juga siapkan artikel ini. Susah menulis sesuatu berkaitan agama/ solat sebab sedar diri sendiri bagaimana. Lagi susah menulis bagaimana jadikan anak gembira bersolat, sebab ia memang susah. Adakah anak kita solat kerana patuh arahan kita, atau kerana hati dia benar-benar ingin bersolat? Adakah bila dia masuk asrama, tinggal sendiri nanti, dia akan bersolat dengan erti solat yang sebenar-benarnya?

Kadang-kadang bila saya tulis artikel, BFF saya selalu ingat saya dah buat semua tip tu. Dalam artikel kali ini, ada yang telah saya buat, dan ada yang dalam perancangan. Saya ada praktikkan beberapa tip seperti Ini surau kecil kita dan beberapa lagi. Kalau sempat saya buat craft time lepas solat dan mengaji dengan segala tok nenek barang party saya tu. Saya ni pengumpul barang kraf harap maklum (even tangan keras). Kanak-kanak memang sangat suka sesi kerastangan begini. Biasanya mereka tengok tv atau majalah dan tunjuk, Mama, nanti nak buat macam ni (kraf). Jadi, silalah solat dahulu ya anak-anak. Nanti kita godek kotak Mama tu dan buat.

Ada juga tip yang saya mengingatkan diri sendiri seperti 5 minit aje! sebab saya memang terhegeh-hegeh kalau solat di luar. Lepas solat konon nak touch up, cantiknya tak jugak haha. Kanak-kanak sangat mudah bosan dengan karenah mak yang mengannoyingkan begini sebab diaorang nak cepat aje tengok mainan, makan dan lain-lain. Jadi ibu-ibu, kita sememangnya dah manis gitu (matilah buat statement gini haha), lepas solat di luar, silalah bergegas untuk bersama anak-anak dan bapanya ya.

Jemput membaca artikel 7 Tip Buat Anak Gembira Bersolat (klik sini).

Anda akan faham apa yang saya tulis di atas ni sewaktu membacanya.

Kalau sudi minta share di facebook, twitter, whatsApp messenger kerana mungkin orang lain akan dapat gunakan tip ini untuk anak-anak mereka. Perkongsian ini juga akan memberikan sokongan/ backlink kepada artikel ini jika ada carian tip anak solat di google nanti.

Terima kasih.

p/s: Mak saya semakin ok,  bertambah baik. Terima kasih 😉

4 Comments

Termos untuk Mak

25/07/201525/07/2015

Hai. Terima kasih pada yang bertanya tentang Mak saya. MK paling comel dia whatsapp tanya Ana macam mana nak call ambulans? Dalam kes emergency, simpan no telefon klinik kesihatan kawasan anda (ya klinik gomen). Call 999 ok tapi lambat pula nak disambungkan nanti. Request ambulans dan beri alamat. Mak saya kami bawa ke klinik dulu kemudian dirujuk terus ke hospital besar.

Mak saya didiagnos mild stroke dan simptom awal Parkinson. Boleh bercakap dan makan, tetapi tak boleh berdiri atau duduk seorang diri lagi. Mesti ada orang temankan. Walaupun berita ini menyedihkan juga, ia berjuta-juta kali lebih baik, sebab Mak saya masih ada lagi.

Buat sementara ni Mak tinggal di rumah saya, dan kami adik-beradik gilir-gilir menjaga. Menjaga warga tua menuntut kekuatan hati sebab mereka sedih hilang upaya menguruskan diri sendiri dan sentiasa tidak mahu menyusahkan kita. Kalau kita sendiri emosi kita tahu tanganinya walaupun kita pun sedih melihat orang yang kita sayang tak sihat.

Saya tak tahu bagaimana untuk lalui semua ni, tapi syukurlah ada full support dari keluarga. Saya ni pun tak berapa nak tabah sangat, siapa yang kenal atau baca blog ni lama tahulah saya ni mudah menangis haha. Saya ada seorang staf yang menjaga datuk, nenek, ayah yang sakit, ada antaranya dah meninggal dunia. Bila saya cerita pada dia, dia cuma pesan:

Ana, rebut peluang ni ya! 

Kadang-kadang, setiap apa yang kita lalui sebelum ini, akan membentuk ketahanan diri kita pada hari ini.

Imbas satu pesan penulis buku Diagnosis, Dr Anwar Fazal, lebih kurang begini, kadang-kadang kita perlu kembali kepada fundamental thing kenapa kita melakukan sesuatu. Untuk siapa? Kenapa kita buat, adakah untuk dipuji? Adakah bila orang marah atau mengata kita tak betul, kita nak berhenti jadi doktor?

Menetapkan SATU sebab untuk siapakah kita melakukan sesuatu, akan menyeka semua air mata dan memberi kekuatan kepada hati kita, di hari-hari kita perlukannya.

Terima kasih untuk semua  doanya.

Saya rindu gila nak blogging saya perati je laptop ni.

Doakan saya ya.

Jumpa lagi 😉 .

# Termos untuk Mak tagline untuk cerita Mak saya dalam blog ini nanti

3 Comments

Kali Kedua

20/07/2015

Assalam. Selamat Hari Raya.

Semalam saya naik ambulans kali ke 2. Kali ini sendirian dengan mak yang suspected tangan patah dan mungkin stroke attack kali ke 2 sebab jatuh.

Semua ok. Saya cool aje.

Sampailah masuk ambulans, siren bunyi. Saya lihat mak, lihat luar. Ia pemandangan yang sama. Seperti 4 tahun lepas.

Kecuali kali ini, Abang Zam takde. Dia on the way balik dari KL.

Saya teringin sangat nak mesej dia dalam group WhatsApp family:

“Abang Zam, kenapa takde. Dulu kau ada T_T.

Saya taip, tapi saya delete.

Saya tahu dia sedang rushing balik Melaka. Jalan jammed.

Pernah tak alami situasi ni, kita nak sangat text someone tapi kita tak hantar.

Kita taip dan delete.

I guess that some words are better left unsaid.

Doakan mak saya ya. Terima kasih 🙂

 

2 Comments

Kenapa kampung saya takde line Maxis?

14/07/201514/07/2015

Haha tajuk memprejudiskan kampung sendiri.

Saya pengguna Maxis sejak mungkin 18 tahun lepas? Saya pun tak ingat. Sebagai seorang yang setia (ehemm..) saya memang sukar nak beralih-arah dalam apa jua perkara pun. Kalau saya suka, saya sukalah sampai orang tak sudi. Eh ke situ pulak hehe.

Sebenarnya line telefon ada, cuma line internet 3G ke apa tu seperti ke laut, lebih-lebih lagi rumah Mak saya memang tepi laut.

Saya dah cuti hari ni, tapi baru je submit report online sebab dah terlebih due nak submit. Semalam submit artikel terbaru yang saya-pun-tak-tahu-apa-saya-tulis-maafkan-daku-cikgu. Serius salah pilih tajuk atau kalut nak raya, tapi no turning back, siapkan dan submit. Selebihnya kita serahkan kepada takdir. Ini sifat cucu-cicit Hang Tuah ya, tidak menoleh ke belakang gitu.

Oh apalah saya membebel ni. Dari semalam kemas barang party juga. Persiapan 70% siap. Bila kita pilih menjadi seorang party planner, diari, due date adalah bestfriend kita. Saya ni nampak macam organised person but to tell you the truth, I sometimes cry in the toilet tak tahu nak buat lepas ni, semua nak urgent haha. Kadang-kadang hantuk kepala (perlahan) pada laptop bila takde idea nak menulis.

Oh kenapa rumah Mak saya takde line internet? Ada tapi di pagar rumah. Kadang-kadang kena emel ebook atau designer nak hantar design printables, atau urgent whatsapp nak kena reply (dan banyak lagi), rasa tension juga. Lama-lama saya fikir, ini semua supaya kami adik-beradik dan cucu-cucu memberi lebih perhatian kepada Mak Ayah/ Atuk dan Nenek. Kadang-kadang orang tu di hadapan mata kita, tapi kita tidak dapat melihatnya.

Oh Selamat Hari Raya kepada pembaca blog ini. Saya tak tahu siapa anda mungkin 80% daripadanya saya tak kenal. Maaf kalau ada terkasar bahasa, gurauan yang tak kena masa. Dalam bahasa Arab Selamat Hari Raya disebut:

Eid Mubarak. Wa kullu ‘amun wan antum bi khair. —-> eksyen belajar Bahasa Arab uols haha

Maksudnya: Selamat Hari Raya. Semoga setiap tahun kamu baik-baik sahaja 😉 .

3 Comments

Nak raya ke tak ni?

12/07/201512/07/2015

Hai, dah keluar balang kuih raya? Saya belum hehe.

Tahun ni paling lambat buat persiapan. Anak-anak sudah. Saya pula kan bermasalah pilih baju/ kain, nasib ada jumpa sehelai oklah. Pergi shopping saya end up beli buku Saiful Nang, dan beli barang party. Kalau dulu 2 bulan sebelum dah beli semua, sekarang saya dah terpengaruh dengan Papa yang suka beli last minute. Mungkin anak-anak dah besar jadi mudah nak keluar bila-bila masa. Kalau dulu dengar orang kata, lebihkan anak-anak sahaja, sekarang saya pun rasakannya. Kurang mood berhari raya.

Bila bab anak-anak pula saya takut kalau mereka ni tak seronok berhari raya. Tapi bila dengar masing-masing cakap tak sabar nak beraya rasa lega juga. Aiman gembira sebab dia boleh makan sesuka hati dan balik kampung. Adik @ Ica pula magic sangat bulan puasa ni dia dah berpisah dengan botol susu dia. Bayangkan percintaan dengan botol selama 5 tahun lebih terlerai jua. Sebelum ni macam-macam taktik dibuat tapi tak berjaya. Budak-budak mestilah suka bunga api kan. Tak sah kalau takde ni. Seronoklah raya jumpa keluarga saya suka manjakan dorang ni. Keluarga suami juga.

P_20150708_212349_BF

Bila tengok anak-anak main bunga api ni teringat pula dulu-dulu. Tahukan api yang oren atas sekali pada pelita tu kita boleh lalukan tangan kita dengan laju tanpa terbakar. Benda ni Abang Zam yang ajar saya. Dulu takut juga tapi dia kata cuba je, percayalah kat dia. Saya cuba, berjaya, terkekeh-kekeh ketawa. Pengalaman paling maut sekali dengan dia adalah bulan puasa 3 atau 4 tahun lepas, Mak saya kena hypoglutermia (agaknya eja gini/ kurang gula). Masa tu lagi 3/4 hari nak raya. Ayah saya dah lembik dah kat rumah. Jadi, saya dan Abang Zam kena naik ambulans dari rumah Mak ke hospital. Mak saya dah tak kenal saya lagi masa tu. Ambulans dipandu laju gila, driver siap cakap sorry. Saya ingat Abang Zam dia pegang bahu saya cakap eh jangan nangis. Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya. Mak saya ok alhamdulillah kena tahan sampai petang raya. Kalau lambat sedikit dia akan kena stroke. Sejak tu kalau saya nampak ambulans dengan lampu dia on saya berhenti dan doakan siapa sahaja yang berada di dalamnya. Kita takkan faham perasaannya kecuali kita pernah berada di dalamnya.

Bila raya begini saya akan dapat melawat kubur Atuk dan Nenek juga. Abang Zam paling sedih sebab dia cucu Nenek. Nenek memang paling sayangkan dia. Dulu ada dialog dalam komik Aku Budak Minang, “bila Nenek meninggal, separuh kasih sayang dalam hidup aku pergi”. Dia selalu sebut benda tu dengan saya. Saya ni pula perasan anak bongsu, sebab jarak 6 tahun dengan adik, selalu dimanjakan, jadi saya tak faham sangat. Bila Atuk meninggal, baru saya faham.

Raya bermakna saya akan balik ke rumah Atuk. Lihat anak-anak saya lompat turun tangga Melaka, main ba-ba cak dekat tingkap kayu di serambi. Lari dalam rumah tu sampai bergegar. Saya akan masuk dalam, tinjau bilik Atuk, kerusi malas Atuk dan terdiam sendiri. Saya lihat macam wayang, saya si kepoh joyah, hitam pulak tu dulu, ke hulu-hilir dalam rumah tu. Kalau kena marah sebab kuat mengadu, Atuk ajak pergi simpang (pekan) beli mainan. Settle. Easy to please rupanya kau ni haha.

Oh raya bawa perasaan yang berbaur-baur pada saya.

Bye.

3 Comments

Artikel 7 Mama vs. iPad

10/07/201503/11/2016

Hai. Hari ni artikel ke 7 saya diterbitkan di Tazkirah.net.

No. 4 selalu no bertuah saya. Anak ke 4, no matriks saya mesti ada no 4. Artikel ke 4 saya dulu adalah artikel penentu saya nak terus menulis atau tak. Saya sangat keliru samada saya memang ditakdirkan untuk menulis. Saya hampir-hampir putus asa, tapi saya submit juga artikel tu.

The hardest part of your life is to keep trying, keep pushing, to keep running.

Dan hari ni telah 7 artikel saya diterbitkan. Dari rasa rendah diri rasa nak masuk dalam laci bila bergaul dengan penulis hebat lain, sehinggalah hari ini, ia artikel ke 7.

Cikgu penulisan saya ajar, kita mesti raikan kejayaan kecil kita. Tidak kira betapa kecil, berjaya siapkan artikel ke, raikan ia. Dalam apa jua perkara pun, kita sebenarnya beat diri kita sendiri, saya kena habiskan ini. Ia mungkin bermanfaat untuk diri kita sendiri, keluarga atau orang lain.

Hari ni juga kali pertama saya share di personal fb saya. Segan juga sebenarnya.

Menulis artikel ini istimewa sebab saya sukakan kanak-kanak. Saya ada zaman kanak-kanak yang manis di kampung, jadi saya rasa setiap kanak-kanak perlu gembira. Walaupun tinggal di rumah pusaka Atuk, kami tak kaya, tapi saya gembira.

Artikel ini ditulis secara asasnya berpandukan buku ini:

mama let it go

Selebihnya, saya menulis mengikut idea saya sendiri. Ada certain part dalam artikel ini akan buat saya tersenyum setiap kali bacanya antaranya hantu Casper, jadi anak murid baik/ nakal/ kepoh, menanam diri di pasiran pantai, katak bersahut-sahutan di musim hujan. Yelah memang nampak macam syok sendiri, sendiri tulis sendiri senyum (macamkan kelakar sangat), tapi saya rasa basic kepada apa jua perkara yang kita buat adalah, kita enjoy melakukannya. If you get the joke/ senyum juga, kita boleh geng 😉 .

Saya selalu jeles dengan iPad. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan anak saya tak main iPad, jahat kan haha. Biar rumah comot anak melukis, gunting kertas, buat kubu bantal pun takpe. Anak-anak pun main weekend/cuti sekolah sahaja. Lama-lama saya faham bahawa ini zaman dia, mereka Gen Y ke Z entah. Saya dulu pun main Mario Bros dan Pac Man tapi terhad sebab Abang Zam conquer tv. Lepas tu tv rosak, ayah saya campakkan game tu haha.

Ok, saya ada lagi satu artikel nak drafting. Dan 1 party pada hari raya ke 3 nanti.

Selamat membaca Artikel ke 7 saya, “17 Idea Buat Anak Seronok di Hujung Minggu” (KLIK SINI!)

Tinggalkan komen, share di fb atau twitter, atau kongsikan linknya dengan kenalan anda di smartphone pun boleh. Perkongsian ini akan berikan backlink/ sokongan kepada artikel ini kalau ada orang mencari keyword berkaitan anak-anak nanti. Terima kasih.

Bye.

2 Comments

A friend like that

08/07/2015

Tahu tak setiap orang yang kita temui dalam hidup kita, mempunyai tujuan yang tersendiri.

Kalau ada orang yang kita tak sukaaaa sangat, ia adalah satu limit/benchmark kepada kita, agar kita jangan jadi seperti dia.

Sama seperti kawan-kawan baik saya, setiap satunya ada fungsi yang tersendiri:

Abun – Ustazah, cool

Normah – Sengal tapi baik hati hati wakaka

Laila – Sewel tapi lawak gila

(3 orang atas ni kitaorang bajet cool takde kata i love u, kita cakap kita geng sampai bila-bila woi, hehe).

MK Tantan Darling – ha tengok deskripsi dah tahu kan. Dia manja, baik sangat, penenang hati/confidante. Seorang yang berterus-terang. Dia akan end up conversation dengan i love u Ana muackkss… Saya cuma perlu tulis masalah saya contoh Atan, aku rasa malas nak menulis, takde idea, i am frustrated, a loser. Dan, dia akan atasinya dengan sekelip mata sambil kaitkan dengan kegemaran running dia. Dia tidak akan judge, that’s why the description, a confidante.

Mongun – dia memori zaman menengah rendah saya. Terlalu banyak memori berkarung-karung agaknya. Saya cuma contact dia setahun beberapa kali. Kalau nampak gambar di fb rindu sangat kat dia. Banyak persamaan dengan saya, dari dulu suka menulis, pernah keguguran, dia hilang Nenek saya pula Atuk, pernah hilang bestfriend masing-masing. Benda-benda ni saya tahu setelah kami bekerja. Boleh baca memori kami di sini. Perbualan kami tak tahulah dari dulu mesti ada setitis dua air jernih yang menitis bersama.

Sekarang ni dia sedang alami tempoh yang sukar juga, baby usia 2 bulan lalui pembedahan cleft palate. Knowing that bila anak sakit/lalui pembedahan membuatkan seorang ibu itu patah hati dari pengalaman saya sendiri, i wrote her a kad raya. Di dalam kad tu antaranya saya tuliskan:

Mongun, aku tak tahu apakah kebaikan kecil yang aku pernah buat sehinggakan aku dapat kawan seperti kau. I guess that Allah sangat mengasihani aku 🙂 .

Semasa menulis kad tu air mata saya menitis juga. Tapi, saya akhirinya dengan gembira. Saya letak juga tagline, Kawan Sepanjang Jalan – satu sajak yang saya pernah tuliskan untuk dia pada 10/10/2010 dulu  di blog lama.

Semalam, saya dapat mesej:

Orang lain dapat kad raya gembira, tapi aku menangis….

Rupa-rupanya dia masih dapat merasakan persahabatan saya di kejauhan beratus-ratus kilometer ini.

Masih.

Kalau anda ada kawan, hargailah mereka. Persahabatan adalah hadiah Dia kepada kita. Ia tidak ternilai.

Saya baru perasan saya suka tulis tajuk bahasa Inggeris sebab suka tajuk-tajuk dalam Chicken Soup for the Soul, antaranya – A Brother Like That. Cerita yang saya suka saya akan lipatnya dan bacanya berkali-kali. Jadi saya tukar tajuk tu untuk post ini kepada:

A friend like that.

Bye 😉 .

6 Comments

Posts navigation

1 2 Next Page

Pages

  • I read
  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing
  • Tip Legal

Recent Posts

  • Teenager’s manual
  • Bik
  • Deko bilik kanak-kanak perempuan simple
  • Cara ajar anak Matematik UPSR dari fail sampai lulus (c)
  • Hello 2018

Recent Comments

  • diana on Cara ajar anak Matematik UPSR dari fail sampai lulus (c)
  • diana on Artikel ke 16 – 7 Petua Mudah Lembutkan Hati Anak
  • diana on Teenager’s manual
  • titan on Teenager’s manual
  • Ziey Nizam on Artikel ke 16 – 7 Petua Mudah Lembutkan Hati Anak

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Malaysia Best Blog 2015
  • Doa lembutkan hati anak
  • Home decor ideas: DIY spray

Categories

Archives

  • April 2018 (1)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes