Tentang sempurna

Sejak saya habis belajar di universiti 14 tahun lepas, saya simpan keinginan untuk belajar bahasa arab.

Saya tak tahu kenapa, apa keperluannya. Cuma saya nak.

Kepada yang membaca blog ini dari awal tahun, mungkin ada terbaca kisah Ustaz Hashim yang saya kasihi di sini. Ada beberapa orang ustaz yang mengajar saya sejak matrikulasi, tetapi beliau istimewa.

Dan, di sebalik keinginan saya itu, saya cuma pernah survey sekali sahaja kelas bahasa arab 10 tahun lepas. Ia di Uitm Alor Gajah, 1 jam perjalanan pergi dari rumah saya, dan di waktu malam. Lihat Aiman yang masih bayi, saya pendamkannya.

Angan-angan itu masih saya simpan. Keteringinan itu. Tapi saya tidak berusaha apa-apa pun. Cuma sekali-sekala saya berdoa.

Sejak penghujung tahun lepas, saya ada terbaca status fb Ustaz Ebit Lew. Kalau baca Quran, cuba baca terjemahannya. Saya cari quran tafsir dan mula membacanya bersekali. Tidak boleh diterangkan bagaimana, kalau saya ada masalah, atau ketakpastian, jawapannya ada di setiap mukasurat tafsiran itu. Ia pasti ada. Jadi, saya membazir masa selama 34 tahun tidak membaca tafsir. Tercari-cari. Mengadu pada yang tak pasti.

Ada sekali, artikel saya di Tazkirah.net bersebelahan dengan artikel Ustaz Ebit Lew. Maksudnya beliau hari Isnin, saya hari Rabu, lebih kurang begitu. Saya menangis semasa baca tu sebab saya tahu saya tak layak sangat nak berada sebaris nama pun dengan beliau. Membaca status fbnya pun dah meruntun rasa, apatah lagi membaca artikelnya. Kadang-kadang hati saya ni keras sangat, degil pun ya. Dengan nasihat-nasihat beliau, saya cuba biasakan baca tafsir juga dengan anak-anak lepas mengaji kalau sempat. Mula-mula risau juga budak boring ke. Tapi tak. Aiman akan baca 1 mukasurat walaupun dia penat, Ica akan dengar sambil golek-golek dekat karpet. Ia juga lembutkan hati anak-anak. Aiman cakap dia nak hafal surah al-kahfi ayat 1-10, biar dajjal tak kacau kitaorang nanti. Dia kata dia pandai hafal ustazah cakap. And, I cry again.

About how I underestimate the kids. Kenapa saya tak hafal surah al-kahfi?

Sehinggalah Jumaat lepas, khabar belajar bahasa arab ini menyapa saya. Waktunya sempurna, anak-anak saya dah besar sedikit. Rupa-rupanya Allah tunggu masa yang tepat untuk saya join kelas bahasa arab ni.

Saya bangun awal pagi, gosok baju kurung bunga-bunga kecil saya, tudung neelopah (nak juga selit tu haha) dan saya cakap:

Assalamualaikum Ustaz!

Nordiana, awak ada asas Bahasa Arab?

Oh dulu di universiti ada Ustaz. Sekarang dah lupa.

Bagus.

Di dalam kelas yang bermula dari basic arabic darjah 1 tu, saya teringatkan Ustaz Hashim. Senyumannya. Ia sempurna untuk orang yang tak pandai seperti saya.

Dan pesanan dari Ustaz Nouman Ali Khan ini jelaskan semuanya Tentang Sempurna.

Screenshot_2015-04-15-15-48-32_1

5 thoughts on “Tentang sempurna

  1. Awak belajar bahasa arab ye sekarang??bagus la..nanti boleh tulis buku bahasa arab pulak..
    Budak2 sekarang memang bijak menghafal..kita sekolah dulu tak pernah disuruh hafal al-kahfi..tapi budak2 sekarang dah tau macam2..anak saya sambil melompat pun boleh baca Al-kahfi..ibu dia je ketap2 bibir cemburu..hehhehe
    diana recently posted…TAUKEY DURIAN PUN CARI MAKLUMAT DI BLOG SAYA…My Profile

  2. Tak ada basic bahasa arab. huhu..
    tapi quran yang ada tafsir warna-warni tu sesuai untuk anak-anak. Anak yang dah pandai baca akan baca sendiri cerita dalam tafsir tersebut. Setakat ni yang saya nampak anak suka baca tafsir tentang surah berkaitan haiwan.
    emalin mohd recently posted…Tips Makanan Sihat Untuk Ibu HamilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge