About Kiroro Mirai E

Baru-baru ni, saya dan BFF berbual tentang Mak.

Masing-masing ada Mak yang semakin berusia.

Dan masing-masing pun dah jadi Mak juga.

Dengan kesibukan yang ada, memang tak dinafikan semuanya sangat sibuk dengan urusan masing-masing.

Bila saya balik kampung baru-baru ni, Mak saya beritahu, dia rasa dia dah tak lama lagi dah (nak pergi).

Saya buat-buat tak dengar.

I’ve lost a dear Atuk sejak 10 tahun lepas, tak boleh bayangkan kehilangan seorang lagi.

Macam kata Laila, siapa lagi nak sayang kita macam mak kita sayang kita.

Cerita tentang Mak, ia mengingatkan saya dengan lagu ini. Kiroro- Mirai E.

Lagu ini mengajar saya bahawa apa-apa yang dilakukan dari hati, akan sampai ke hati orang lain.

Bayangkan ia lagu Jepun, tetapi menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Merentasi benua, sempadan bahasa.

Kadang-kadang bila orang tu di hadapan kita, kita tak hargainya, kan.

Call Mak kita sekarang, cakap Mak, I Love U/ saya sayang Mak!

4 thoughts on “About Kiroro Mirai E

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge