About being invisible

Hai. Entah apalah tajuk saya. Susah pula nak menulis kalau lama tak menulis.

Semua cerita seperti bercampur-campur. Seperti rojak hehe.

Serba-salah juga nak menulis di bulan puasa. Risau juga kalau merapu sangat. Selain tu, saya dah berpisah dengan kekasih gelap saya iaitu kopi. Buat neves aje kan baca ada kekasih gelap haha. Tak taulah, dah 2 minggu saya tak minum. Saya rasa kesan kopi segera macam Indocafe ni buat kita addicted juga. Mula-mula, sakit kepala teruk satu-dua hari. Kesan decaffeine Kevin Zahri kata. Oh saya bukan minum 3 in 1 ya, saya bancuh. Memang terasa badan lebih segar. Dan, selesa. Kita kurang craving, oh I need coffee tu.

Hidup macam biasa, sibuk juga. Minggu ni pula ada kes yang  menduga kesabaran. Kadang-kadang sebelum pergi kerja saya doa supaya saya tidaklah menjadi seperti orang yang tidak saya gemari. Ajar hati supaya fikir mesti ada sebab dia buat begitu dan begini. The reason. Kerja is a bit stressfull, tapi ok ini dah hari Sabtu 🙂 . Kerja-kerja partime still on. Hampir setiap hari ada orang minta quotation, ada sesetengahnya saya terpaksa tolak. Kadang-kadang saya ambil cuti half day untuk release stress, tapi end up dengan designing party, buat quotation, jawab pertanyaan. Tapi yang ini saya suka, seperti menulis juga 😉 .

Tentang menjadi tidak dilihat (invisible), saya suka menjadi begitu.

Selalu segan nak menunjukkan diri. Saya tak gemar pakai merah sebab ia striking sangat. Orang kata penakut. Iyalah tu kot haha. Kalau dalam kelas, selalu segan nak jawab soalan, walaupun saya rasa jawapan saya best.

Kalau saya pergi buat party, orang tanya kerja apa, saya selalu jawab kerja office. Kawan-kawan biasanya tahu paling akhir saya kerja peguam. Jarang saya kenalkan diri saya seorang peguam, kecuali ia perlu.

Ada lagu Invisible Man by 98 degrees dulu-dulu saya suka. Berangan konon ada peminat misteri wakaka.

Saya suka menjadi invisible. Tapi suka kalau orang melihat saya dengan kerja-kerja yang saya buat. Mungkin saya suka kerja-kerja kreatif seperti party juga. Bertahun-tahun ni, kadangkala saya terima emel dari orang yang tidak saya kenali. Mesej di telefon. Ada yang suka lihat kerja saya, padahal saya buat entah apa-apa. Ada yang mesej, ucap terima kasih kerana saya berkongsi di blog, page, doakan saya murah rezki. Mereka tak kenal saya pun, sedih pula saya.

Tapi ada satu emel paling menyentuh hati saya. Ia datang dari seorang reader dari Singapura. Dia follow blog party saya, beli ebook dan nak mula biz kerana suami sakit tidak bekerja. Panjang emelnya kepada saya. Panjang doanya. Menitis juga air mata saya. Tak sangka ebook saya merentasi sempadan negara. Blog party tu saya tulis entah apa-apa. Merapu juga. Segan pun ya. Yalah, kita tak tahu kita sentuh hati siapa dengan menulis kan. Siapa yang baca. Perkara sebegini jadi point untuk saya terus menulis juga.

Saya seorang yang invisible. Tapi di umur 35 ni ( sebenarnya tahun ni 36 tapi saya lahir hujung tahun uols 😉 ), saya sedar ada beberapa perkara yang buatkan saya visible. Saya sedar perkara ini bila baca buku Ulu Yam di Liverpool. Bila penulis dia recall story dalam buku di fb page, saya ingat semuanya. Doakan saya jadi seperti dia, menulis seperti dia. Menjadi penulis berimpak tinggi. Tak glamer pun tak apa, tapi meninggalkan impak. Yang baik.

Oh, saya invisible woman. Kalau pergi KL atau mana-mana ke, saya harap tak terjumpa orang yang saya kenal hehe. Kecuali orang-orang yang saya suka dan sangat hormati. Ha itu takpe.

So, anda seorang yang invisible juga tak? Orang yang visible pula biasanya orang paling glamer dalam kelas. Bila lecturer tanya ke, kita jawab “Ha dia cikgu. Tanya Norzi cikgu”. That pointed person. Orang yang memeriahkan suasana. Saya yang duduk sengih-sengih kat tepi aje hehe.

Oklah. Tak kesah apa pun personaliti kita. Janji kita happy. Bye uols.

p/s: Saya ada kerja menulis lepas ni, jadi mungkin akan meluahkan perasaan kepeningan di sini. Harap tabah membaca haha. Menulis konsepnya seperti kebahagiaan dalam penderitaan. Menderita tapi happy ending. Gitu hehe 😉 .

 

4 thoughts on “About being invisible

  1. Lama tak menjenguk di sini. Bukan lupa tetapi kebelakangan ini ada kesukaran untuk surfing blog. Rindu membaca celoteh rakan-rakan di alam maya.
    Saat menerima message atau PM dari seseorang yang terkesan dengan bacaan kita menyuntik semangat untuk lebih menulis lagi. Yang penting kita menulis untuk memberikan faedah kepada orang lain walaupun kadangkala rambling je lebih..hihi..saya le tu..

    Selamat Berpuasa Diana!!
    emalin mohd recently posted…Perlu Risau Ke Anak Tak Pandai Membaca Umur 4 Tahun?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge