Ramadhan dulu-dulu

Saya rasa semua orang mesti teringat puasa masa kecil-kecil dulu kan. Mendengar penyimpan mohor umum puasa paling berdebar. Iyalah dulu takde facebook dan penyebar/pemforward mesej di WhatsApp semua. Saya tinggal di kampung, Abang Zam paling over. Kalau esoknya puasa wah dia akan beria-ria beritahu jiran Nek Maimon semua di sebelah. Lepas tu dia hilang. Kira lesen besar lah malam tu dia jadi penyebar berita di deretan rumah Atuk saya tu. Macamlah orang lain tak tengok tv.

Malam pertama terawih tahun ni, penuh parking masjid hingga taman perumahan sebelah. Saya kata pada Papa istimewanya Ramadhan ni kan. Semua orang ke sana. Bertuahnya kita di sebalik himpitan ekonomi dan sebagainya, kita ada tempat untuk kita pergi mengadu. Sentiasa terbuka. Tak pernah memilih dan membezakan saf bagi muka macam saya ni yang jarang ke sana. Sibuk imam bacakan pengisian menarik masjid tahun ini, saya rasa rindu pula pada surau kecil di kampung saya di Masjid Tanah, Melaka.

Suraunya surau batu. Dibina untuk gantikan surau kayu yang lama. Saya malas juga terawih dulu tapi buat-buat rajin hehe. Apa yang seronok bila geng-geng mengaji janji jumpa di surau. Surau ni sederet sahaja selang beberapa buah rumah dengan rumah Atuk. Bila balik tak perlu tunggu Mak, Nenek ke sebab memang selamat. Jiran-jiran pun akan panggil passkan kuih, kadang-kadang sempat berhenti petik buah yang tengah musim dekat laman. Abang Zam biasa lepas rakaat ke berapa saya tahu dia dah pergi main kat luar. Sebab dengar suara dia. Kadang-kadang dia round kampung naik basikal pergi kedai. Biasa tu balik dia kena libas sedas dua tapi tak serik. Rindu pula pada Abang Zam dulu-dulu. Saya paling rapat dengan dia. Kadang-kadang masa memang akan merubah segalanya.

Abang Zam
Abang Zam saya

Berada di masjid batu yang moden hari ini masih ingatkan saya pada surau batu itu. Saya masih rasakan kebahagiaannya. Rindukan orang-orangnya. Rindu sangat dekat Atuk.

Anda pun budak kampung macam saya tak?

Best kan jadi budak kampung.

Itu belum cerita raya kat kampung lagi.

Abang Zam paling cool buat meriam buluh (tapi main sorok-sorok) dan pelita panjut.

Rindu T_T.

6 thoughts on “Ramadhan dulu-dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge