Artikel 6 Buat Hati Suami Terpikat

Hai. Assalam. Dari pagi sampai sekarang baru sempat nak menaip di sini. Kalau dulu artikel saya keluar di Tazkirah.net dengan pantas dan tuntas saya menaip di sini kan hehe. Sekarang perasaannya masih sama, cuma saya sibuk sedikit hari ni.

Hari ini artikel ke 6 saya, 21 Cara Buat Hati Suami Terpikat dikeluarkan di sana. Artikel in direquest oleh pemilik Tazkirah.net, jadi adalah bersamaan dengan 99.99% tidak mungkin saya akan menolak pelawaan beliau. Beliau menerima saya, Dalin Ali yang tak glamer langsung masuk ke dalam team penulisnya. Kalau ada orang yang terima anda sewaktu anda tiada apa-apa, belajar sesuatu daripada mereka. Anda akan belajar sangat banyak, percayalah.

Sebenarnya sukar juga untuk saya siapkan artikel ini. Pembaca blog ini special sedikitlah dapat tahu behind the scene setiap artikel. Artikel ini seperti sequel artikel terdahulu 21 Tips Buat Isteri Anda Jatuh Cinta Setiap Hari. Sukar sebab saya tak ada living testimonial. Mangsa saya seperti biasa adalah MK yang sangat saya cintai. Pasrah aje dia bila saya minta dia bagi sebab kenapa suami dia terpikat pada dia haha. Kalau pasal buat isteri jatuh cinta kacang aje, tapi ini untuk lelaki okeh.

Bila saya tanya Papa apa yang buat dia terpikat pada saya, lama juga dia berfikir. Lepas tu dia jawab:

Takde.

??? Takkan takde 🙁 

Takde. Sebab Papa memang dah terpikat..

Gitu pulak jawapannya ya. Hurmmm…. Orang lelaki memang simple aje kan. Kalau perempuan cuba tanya, banyakkkk sebabnya nanti hehe.

MK ada suruh saya tanya pada kawan-kawan lelaki. Masalahnya saya memang takde kawan lelaki yang rapat. Kalau ada kenalan pun, adalah macam tak sesuai pula saya tanya, “eh apa yang buat kau terpikat pada isteri kau?”. Segan juga nak tanya macam tu, lagi-lagi kebanyakannya tak tahu pun saya seorang penulis amatur.

Jadi, menulis artikel ini adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan, pemerhatian, cerita-cerita yang saya dengar tapi dimodenisasikan sedikit. Atau lebih tepat ditulis ikut style saya hehe.

Tidaklah saya menulis artikel ini saya sempurna pula. Jauh sekali. Saya memang tak sempurna.

Benarlah kata editor saya, dengan menulis artikel-artikel begini, kami sebenarnya bukanlah mendidik orang lain pun, tapi berusaha keras mendidik diri sendiri.

Jika anda baca bahagian Awak kat mana, awak kat mana tu sebenarnya saya pun ada buat perangai juga. Saya jarang juga call Papa, tapi kalau dia serius aje jawab saya terasa juga wakaka —> pengakuan maut. Tapi saya dah baik sekarang hehe 😉 .

Saya tak tahulah artikel ini tepat atau tidak. Saya cuma berharap ia dapat memberi manfaat kepada orang lain, walaupun sedikit. Dan, kepada diri saya juga.

Sebenarnya saya seorang Peguam Syarie bertauliah di negeri Melaka. Untuk lulus dalam temuduga ini 10 tahun lepas, saya perlu berhadapan dengan Mufti Negeri Melaka, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri, dan seorang lagi mungkin Pengerusi JAIM (saya lupa huhu).

I failed miserably bila ditanya apakah asal perkataan Arab Talaq, Zihar dan semuanya. Kalau dari segi bahasa saya terer. Tapi bab dalil naqli pun haus juga. Saya rasa saya memang akan gagal interview yang diadakan 3 tahun sekali tu.

Bahagian akhir, antara soalannya:

Jika ada pasangan yang baru berkahwin selama 1 bulan menemui anda dan ingin berpisah, apa yang akan anda lakukan?

Soalan paling akhir:

Jika anda diterima masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Melaka, apa yang akan anda lakukan untuk mengurangkan statistik perceraian di negeri ini?

Saya berjaya dalam temuduga itu, tapi tidak pernah menguruskan mana-mana perceraian atau kes syariah sehingga hari ini. Mungkin saya mengelak juga. Agaknya.

Sekurang-kurangnya artikel ini sebagai sambungan jawapan saya 10 tahun lalu.

Selamat membaca 21 Cara Buat Hati Suami Terpikat 😉 . Ia mungkin tak sempurna, maafkan saya.

Anda boleh baca 21 Tips Buat Isteri Jatuh Cinta Setiap Hari juga.

Terima kasih membaca blog ini. Saya sangat hargainya.

6 thoughts on “Artikel 6 Buat Hati Suami Terpikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge