About making a difference

Kau ni dah kenapa? Tajuk bahasa Inggeris, isi BM -_-“.

Dah macam habit pulak menulis begini.

Pernah tak baca cerita yang sangat menyentuh hati anda.

Dalam banyak-banyak cerita, anda ingat yang itu.

Saya, selain buku UYDL, ada satu kisah dalam Chicken Soup for the Soul, saya bacanya berkali-kali.

Tajuknya One At A Time. 

Saya tak berapa bagus sangat mengalih bahasa tapi impak cerita ini sangat besar dalam hidup saya. Ia mengingatkan saya kepada beberapa orang yang saya temui. Tentang hidup untuk memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan.

So here’s the short story….

****

Pada suatu hari, ada seorang lelaki berjalan menelusuri tepian pantai.

Dari jauh, dia melihat kelibat seorang lelaki, melontar sesuatu ke laut.

Ia berulang-ulang. Dia menunduk dan melontar semula.

Bimbang juga lelaki itu gila atau sebagainya, tapi lelaki ini memberanikan diri mendekati lelaki tadi.

Bila sampai dia bertanya:

Awak sedang buat apa ya?

Oh, saya sedang lontar semula tapak sulaiman yang terdampar di pantai ini. Awak lihat, sekarang air surut, jadi banyak tapak sulaiman di sini. Kalau saya tak lontarnya, ia mungkin akan kekurangan oksigen dan mati.

Saya faham. Tapi encik, ada beribu-ribu tapak sulaiman yang terdampar di sini. Tak mungkin anda akan dapat selamatkan semuanya. Dan, perkara yang sama berlaku di pantai lain di sepanjang pesisir ini. 

Encik tak rasa ini perkara sia-sia sahaja? Yang encik tak dapat melakukan apa-apa perubahan pun, dengan menyelamatkan beberapa tapak sulaiman?

(Can’t you see that you can’t possibly make a difference?)

Lelaki tadi tersenyum. Menunduk dan mengambil satu lagi tapak sulaiman, melontarnya dan berkata:

“Made a difference to that one!”.

****

Saya bertuah mengenali beberapa orang yang sama seperti lelaki yang melontar tapak sulaiman itu. Ada yang menambah nilai dalam hidup orang lain, dan ada yang bersungguh-sungguh menyentuh hati insan lain dengan tulisan. Dalam dunia seperti hari ini, orang lain mungkin menganggap usaha itu sia-sia sahaja. Tetapi, mereka meneruskannya.

Seperti kata Nazali Noor penulis Ulu Yam di Liverpool (UYDL) biarlah kita hidup dengan memberi kepada orang lain.

Jangan lupa memberikan sesuatu kepada orang lain.

Ia mungkin senyuman pada orang bermuka masam yang kita temui di jalanan, atau bertanya “Hai, awak OK?” pada orang yang nampak serabut atau meminjamkan telinga bila diperlukan (without making judgment).

chicken soup
One At A Time- Chicken Soup for The Soul

5 thoughts on “About making a difference

  1. Aretikz: Kau aje yang sekapal dengan akak bab-bab mengarut ni hehe. Kenapa lama tak menulis dik? Busy eh? Tulis tau akak perlukan bahan bacaan bermutu hehe

    Titan: Sup ayam panas sedap cikgu. Boleh sembuhkan demam.

    Jie: Bagi saya memang best. Sangat. Orang lain saya tak sure.
    dalin ali recently posted…Candy buffet dan deko party PrincessMy Profile

  2. benar sekali, MJ setuju tu sbb mungkin kadang sesuatu tu takde rasa berharga pada kita tapi amat bernilai pada orang lain. mungkin RM10 nilainya kecik pada kita tapi pada orang lain mungkin itu nilai yang besar. Tak dapat beri semua tapi beri separuh lebih baik dari tak beri langsung…
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…5 Tanda Anda Bakal Jadi IbuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge