Surat untuk Abun

Hari ni birthday Abun!

Di sebalik kesibukan saya minggu ini, adalah tidak mungkin saya akan melupakan hari jadi makhluk yang menggelarkan dirinya si genit ini.

Saya cuba cari gambar lama saya berdua dengan Abun, tapi Abun, i got no time u know.

P_20150612_153312_1 (1)
Abun, Nana, Meen dan saya

Abun adalah orang yang bersama dengan saya dari matrikulasi hingga final year. Satu kolej Rahim Kajai sampai final year. Siapa nak stay kolej kena aktif sertai aktiviti. Saya masuk tae-kwondo (awas uols) dan program anak angkat di Bagan Datoh, Perak. Program anak angkat ni adalah lesen besar untuk stay kolej kami. Final year sebab si Meen dah jadi orang kuat kolej, jadi kami jadi ajk program aje. Senior uols, haruslah dapat duduk flatlet atau bilik sorang. Kalau diingat balik, bilik tu kecik gila. Tapi eksyen dapat duduk situ haha. Kira perumahan elitlah konon-kononnya.

Oh Abun adalah gadis permotoran yang hebat. Kalau bawak motor telan asap aje orang belakang haha. Saya dulu bawa motor masa final year. Tapi ada sekali jatuh motor malam-malam, dan kena ragut pun ada. Bedebah punya peragut. Masa jatuh tu nak ke final class Evidence Puan Anisah waktu malam dekat fakulti. Abun dia selalu follow saya dari belakang aje sebab saya ada hegeh-hegeh sikit. Tapi entah macam mana dia laju tinggalkan saya. Saya pula terjatuh dekat pasir (ada construction masa tu) terbalik dengan motor. Fakulti saya di atas bukit, saya pula jatuh di bawah bukit sorang-sorang. Saya fikir masa tu kalau saya jadi hantu, orang takut tak? Nampak sangat gegaran otak kan. Motip sangat dah jatuh nak pikir kau jadi hantu ke tidak.

Abun dengan daya intuisi dia yang tinggi, tengok side mirror kelibat saya takde. Dia slowkan speed tunggu saya. Dan, beliau (tiba-tiba sangat jadi beliau) membuat u-turn untuk check saya. There you go, dia jumpa saya terjelepuk kat bawah bukit dengan motor. Dipendekkan cerita, ada geng yang nak pergi kelas lalu situ (Reez) bawa saya pergi klinik. Doktor cakap tak perlu jab jangkitan apa entah. Muka kaki calar-balar juga. Mungkin hikmah saya lembap bawa motor (slow) jadi saya jatuh tu taklah teruk sangat. Motor dan saya memang tiada chemistry. Kira dah 13 tahun jugalah saya tak bawa motor.

Dulu di fb kan glamer post Notes tu kan. Bila birthday Abun saya selalu karangkan notes. Kadang-kadang dia lupa memori kami juga. But I am a memory keeper. Saya akan sentiasa ingat dia, Abun, buat u-turn selamatkan saya masa saya accident dulu. Dia juga penyelamat masa kereta ayah saya rosak, tumpangkan saya ke konvo.

Antara kami berempat, Abun selalu yang baik, yang terbaik. Bila ada riak-riak nak bergosip di WhatsApp group, dengan pantas Abun akan kata:

Husnuzon!

Abun, husnuzon tu apa? Saya tanya. I got no Arab basic remember 😉 .

Bersangka baik….

Ermmmmm.. ok insaf dah… haha

See, mana nak cari kawan baik macam ni kan. Always jadi contoh sebagai isteri yang baik juga. Always.

Abun, those people that I mention direct or indirectly di blog ini adalah special.

You are special.

Harap tabah bersama sahabat-sahabat kau yang bertiga ni. Nasihatkan kami sentiasa.

I love you to the moon and back, to infinity and beyond.

Happy birthday Abun.

Just stay the way you are.

Friendship forever —> ala-ala budak sekolah 90-an haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge