When i see you again

Pernah tengok iklan AIA Public Takaful yang kata:

Maaf, kandungan Puan tidak dapat diselamatkan.

Ia mengingatkan saya kepada artikel saya yang pertama di Tazkirah.net (di sini).

Ia ayat yang sama yang pernah saya dengar.

Jumaat ini, 12/6/2015 ia sudah tahun ke 7. Tarikh yang sama ia harijadi BFF saya, Abun.

Saya gembira saya telah menulis artikel itu.

Ia cerita yang saya simpan sendiri terlalu lama.

Ia juga artikel saya yang pertama, kind of ice breaker. Saya ingat saya terus kongsikan berita ia keluar dengan 10 orang. Gaya penulis baru macam tu lah haha. Bila ia disiarkan saya rasa sebak juga cakap ooh saya seorang penulis sekarang T_T.

Semuanya memberi galakan untuk saya terus menulis. Kakak saya kongsikan dengan kawan-kawannya. MK komen dengan tulus di artikel itu.

Apa yang mengejutkan, BFF saya Mongun juga pernah hadapi situasi yang sama.

Pembeli ebook yang paling rapat dengan saya, Saidah mesej saya tanya betulkah saya penulis Kaki Kecil di Pintu Syurga?

Sebab ia kisah yang sama dengannya. Sangat sama.

Perasan tak orang yang rapat dengan kita mempunyai persamaan dengan kita?

Ia mungkin pengalaman, minat, cerita. Benda-benda sebegitu.

Apapun iklan AIA itu memang tepat.

Dengan redha, Allah akan menghantarkan rezeki dari sumber yang diduga dan sebaliknya.

Perenggan akhir artikel itu sentiasa jadi pengingat saya yang paling utama. Apabila saya hyper, merungut dan sebagainya, saya baca perenggan akhir artikel itu.

Saya rasa anak saya mungkin sudah jumpa Atuk saya di sana.

Yusry KRU kata rindu seperti hujan lebat, satu hari nanti ia akan reda.

Tapi, hujan lebat boleh datang semula.

Suami saya selalu rindukan Mak @ neneknya. Bila lepas solat dia termenung saya tanya, dia kata dia teringatkan Mak. Dia dipelihara di rumah nenek sehingga besar.

Bila baca status fb orang rindukan arwah Mak atau sesiapa sahaja, doakan mereka.

Ia adalah seperti satu hirisan di hati setiap kali mereka terkenangkannya.

Adik dan Atuk, I see you when I see you!

Al Fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita.

2 thoughts on “When i see you again

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge