Kali ni cuba update blog dari handphone. Terseksa juga rasanya haha.

Office saya nak pindah. Jadi kena kemas barang. Bila kemas  fail saya, terjumpa fail-fail hardcore. Fail yang saya kena marah depan Yang Arif depan peguam-peguam senior. Fail yang buat saya tak boleh tidur lena berminggu- minggu sebab trauma sangat kena marah.

Ada fail yang problematik sangat. Betul kata Prof Muhaya, pesakit beliau pun berbeza-beza tahap sembuhnya, walaupun doktornya sama. Ada orang smooth sangat file dia walaupun orang biasa sahaja. Baik dan sopan always win hearts.

Kalau dulu saya trauma lihat fail-fail ni. Sekarang saya boleh tersenyum. Fail- fail ni saya simpan dalam bilik sebab ia ajar saya banyak perkara. Antaranya saya perlu berdiri atas kaki sendiri dan bertanggungjawab atas segala yang saya buat.

Dari fail-fail ini juga, saya faham bahawa sesetengah orang datang dalam kehidupan kita untuk mengajar kita sesuatu yang sangat berharga. 

P_20150608_164105

Banyak juga kenangan di bilik ni. Saya dapat berhadapan dengan pebagai ragam manusia. Lepas ni mover akan angkat barang. Harap smooth lah proses pindah ni. Bila pindah biasanya orang luar akan lost contact juga tunggu pindah line telefon, internet semua. Semua customer, pejabat pos, klien perlu diberitahu juga.

Ok jumpa lagi. Harap saya ada masa lagi menulis di sini.

One thought on “Pindah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge