Apa Saja Untukmu

Hari ni saya drive pergi court dengar banyak lagu KRU. Tahu tak perasaannya bila mendengar lagu kesukaan di radio? Rasa tak nak turun kereta hehe.

Rupa-rupanya dah 23 tahun KRU di persada dunia muzik tanahair. 23 tahun bermakna mereka bermula semasa saya berusia 12 tahun. No wonder ia begitu dekat. Ia zaman remaja saya.

Saya ada kawan-kawan gila KRU seperti Eiyza di kampung dan Farra di MRSM. Saya dan Eiyza kumpul duit beli kaset KRUMANIA. Walaupun saya anak cikgu, hidup saya tidaklah mewah. Dan kaset-kaset ni semua ayah saya benci haha. Jadi kalau minat senyap-senyap sahaja. Poster semua takde.

bila terasa rindu @ homesick
Ini zaman di Mrsm Muo

Ada juga kawan-kawan yang tak suka KRU, tapi saya tak kesah. Bagi saya, terpulanglah masing-masing ada minat yang tersendiri kan. Bila saya tengok youtube video KRU tadi, saya pun pelik kenapalah saya minat lelaki yang mekap-mekap muka dalam video ni haha. Tapi dulu youtube takde uols, kita jatuh cinta dengan lagu, dengan suara. Gitu!

Lagu macam Apa Saja Untukmu dan lain-lain, banyak bentuk sifat romantis dalam diri saya juga –> muntah hijau. Saya memang nampak garang keras haha, tapi hati sensitip uols. Perspektif pertama orang terhadap saya adalah, saya ingatkan awak ni garang. Hmm, ya saya dah dengar sebanyak 818 kali. Jadi, saya ni garang tak? 😉

Dulu, saya berangan dapat teman yang boleh nyanyi lagu Apa Saja Untukmu ni untuk saya. Saya hampir dapat, tapi tak dapat -_-“. Maksud saya, dengan lagu-lagu ini saya bergembira dengan kawan baik saya, melalui zaman remaja saya, jatuh cinta monyet dan sebagainya.

Rupa-rupanya Allah tidak memberikan apa yang saya mahu (orang yang gila KRU macam saya), tapi Dia memberi orang yang saya perlu 😉 .

Saya belanja satu gambar saya dengan Norman. Masa ni gigih bangun pagi-pagi pergi Pesta Konvo join talk ni haha.. Bestfriend saya Norzie jadi emcee masa tu. Minat sahaja, tak pernah pun pergi konsert semua. Nak minta autograf dan ambil gambar ni pun saya segan. Nasib Norzie ada. Entah kamera siapa saya tengok pun saya tak tahu. Nervous uols. Saya rasa benda-benda hiburan ni, kena pandai-pandai juga membataskan diri. Semua orang ada minat betul tak. Ada yang suka cerita Korea, Hindustan, Hong Kong, komik Jepun. Kalau orang lain tengok mesti kata apalah pekdahnya kau minat benda-benda ni kan! Tapi kita dah suka kan. Nak buat camne 😉 .

P_20150603_161300_1

Saya rasa KRU adalah sebahagian dari masa lampau saya. Malah ia diabadikan pada nama small biz saya, ThePartyKru. Lagu-lagunya mengimbau memori. Ia masih mengetuk tangkai hati sehingga kini. Gitu siap nak ketuk tangkai hati bagai. Macam buah rambai pulak haha.

Ok saya dalam persiapan ada 2 event hujung minggu ni. Kadang-kadang ia buat saya jadi sewel juga dengan segala persiapan dan semuanya. Tapi, ia sebenarnya bentuk diri saya jadi orang yang boleh dicampakkan apa sahaja perubahan last minute, punctual dan tidak menjadi seorang loser. Bila saya janji terima satu job, bagaimana susahpun saya akan selesaikannya. Insya Allah.

Jumpa lagi ya. Terima kasih membaca.

2 thoughts on “Apa Saja Untukmu

  1. kurus nya norman masa ni..cantik nya awak masa ni..hahha…eh!umur kita sebaya rupanya..saya paling suka lagu ..”lihat lah oh dunia..cara ku yang berbeza..bukan niat menyinggung sesiapa…”cer teka lagu apa..hehehe..letak kat IG gambar ni tag norman ..heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge