Tip anak rajin mengaji

Hai. Kali ni saya nak kongsikan tip mudah anak rajin mengaji. Anak saya Airis atau Adik mengaji on off juga. Saya selalu ingat dia masih kecil lagi, sebab dia pun memang kecil aje orangnya. Tup tap tahun depan dia dah nak sekolah dah.

Tak sangka dah bulan 6, dan tak banyak progress pula. Bila balik rumah, dia akan main basikal, lepas tu penat, malam dah mengantuk. Saya pula selalu lupa dia dah mengaji sampai mana. Jadi setiap kali, ulang semula dari awal. Buku Iqraq ni pula turun-temurun dari Aiman. Jadi walaupun dah ditanda, ada banyak tanda lama. Confused -_-“.

Saya harap saya boleh ajar dia secara konsisten. Saya pun manusia biasa juga. Ada harinya memang saya letih sangat, tapi soal ini dah tak boleh dikompromi. Anak-anak pula bab belajar pilih saya, walaupun saya rasa saya garang hehe.

Ok kalau anak perempuan, mula-mula belikan telekung yang comel. Ini rasanya semua tahu kan. Ada banyak telekung comel dengan lace bunga-bunga. Saya still prefer telekung base warna putih bersih gitu. Kemudian, luangkan masa untuk mengajar mereka. Ia mungkin selepas Maghrib/Isya’. Satu hari satu mukasurat pun takpe.

Tapi, yang ini tip yang buat mereka tertunggu-tunggu waktu mengaji:

tip anak rajin mengaji

STIKER KEJAYAAN!

Hehe, nama tu tak tahan. Tak tahulah saya tiba-tiba dapat idea ni. Bila saya mula tampal stiker ni dua-dua tak sabar nak mengaji setiap hari. Beli stiker cikgu yang comel-comel dan tampalkan. Walaupun stiker comel, jadikan suasana mengaji tu mesra juga. Garang bertempat. Kalau yang kecil memang perlu berlembut juga.

Adik akan tunggu sampai nak terlelap-lelap turn dia mengaji. Mengaji pun nak 3-4 mukasurat. Kadang-kadang saya kena stopkan sebab dah letih hehe. Alhamdulillah terang juga hati dia setakat ni. Sebenarnya progress tu satu hal, yang paling penting kita tak perlu nak paksa-paksa dia untuk mengaji. Dia rasa mengaji tu cool.

Kalau anda ada masalah anak mengaji dengan orang lain tak berapa dapat ke, cuba ajar sendiri. Saya mula ajar sendiri bila terima komen dari cikgu tadika Aiman 6 tahun lepas. Saya percaya anak saya boleh buat lebih baik. Jangan sesekali salahkan orang lain. Yang penting kita bantu dia untuk mencapai potensi diri dia.

tip anak rajin mengaji 2

Stiker cikgu ni anda boleh beli di kedai buku. Tampalkan di mukasurat terakhir bacaan anak anda hari tu. Kalau Aiman saya tampalkan di bahagian depan Al-Quran. Saya rasa ia menggamit memori juga. Satu hari nanti, bila dia baca Quran itu, mungkin dia akan teringatkan saya T_T.

tip anak rajin mengaji

Kalau anak anda memang mengaji dengan orang lain, anda boleh juga follow-up sekali sekala di rumah. Ia akan jadi bonding moment paling berharga. Trust me! Macam kita dulu mengaji kat kampung, ustaz/ustazah kita garang ke, kita tetap ingat kan. Macam tu lah. Perkara-perkara sebegini biasanya akan berikan soft spot dalam hati seseorang.

Jumpa lagi. Bye 😉 .

5 thoughts on “Tip anak rajin mengaji

  1. Begitu ye tip nya. Anak sy yg ke2 ni umur 5 tahun. Kena marah dgn tok guru ngaji dia, terus dia berenti ngaji. Kena apply tip ni la utk dia bg dia rasa best p ngaji

  2. Hai KP. Budak-budak ni kalau kita appreciate benda kecil yang dia buat, biasanya dia akan buat lagi dan lebih baik nanti. Saya pun selalu lupa benda ni. Sama-samalah kita ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge