Oh i was starstrucked

Tengah siapkan artikel, saya memang dah tak boleh pergi lagi, saya jenguk fb.

Sekali saya jumpa ini.

Ulu Yam di Liverpool

Oh my, penulis Ulu Yam di Liverpool ke blog saya.

Encik Nazali Noor. Suami kepada Kak Ain yang saya kagumi.

Baca review saya.

Bila baca entri yang saya tulis, saya menangis.

Dari semalam saya tergerak hati cari buku Ulu Yam ni dan mula baca semula.

Rupanya pada masa yang sama penulisnya sedang baca blog saya.

I still cry membaca certain pages.

I still need that kind of motivation to move on.

Saya rindu sangat pada Atuk.

Tapi saya like aje post tu, saya chicken nak taip komen ini:

Abang Naz, itu blog saya.

Oh saya terharu sangat sampai saya menangis.

Terima kasih datang ke blog saya.

Saya suka sangat buku UYDL.

Ya saya segan sebab saya takut kawan-kawan fb saya tahu tu blog saya.

Bagaimana kalau grup penulisan saya tahu saya ada blog caca-marba haha.

En Nazali Noor, saya bangga sangat En Nazali datang ke blog saya.

Ia tidak dapat saya jelaskan dengan kata-kata.

Buku UYDL adalah buku yang akan saya cari pada hari-hari saya rasa hendak berhenti bermimpi.

Oh kenapa perlu nangis petang-petang Ahad ini T_T.

Saya berimpian satu hari nanti En Nazali akan tandatangan buku UYDL 1 & 2 saya.

Kenapa mudah sangat mimpi kau ni? Cubalah kau pergi ke Liverpool jumpa dia ke?

Will think about that.

Hey, you will never walk alone! Never – Ulu Yam di Liverpool.

5 thoughts on “Oh i was starstrucked

  1. Salam dari Liverpool Dalina,

    I am an avid stalker to your witty blog now! huhuhu

    Keep on writing ya dik? Terus bina mimpi.

    Biar sampai langit mimpi kita.

    Kerana kalqau jatuhpun nanti kita masih disambut awan 🙂

    #TERUJAAA!!!

    Nazali Noor
    UYDL

  2. Abg Naz: Saya tulis berkali-kali, buku UYDL adalah buku yang akan saya baca pada setiap kali saya hendak berhenti bermimpi. I personally say thank you kerana menulis buku yang menyentuh banyak hati sebegini. Buku ini mengajar saya bahawa menulis dari hati memerlukan keikhlasan tahap tinggi. Terima kasih datang ke blog saya. Consider me as your tribe 😀 . Salam dari Melaka ke Liverpool!
    dalin ali recently posted…Candy buffet dan deko party PrincessMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge