Yang mana lebih kau cinta, tudung Neelofa atau tudung Rawdah?

Hai. Letih pula tengok blog balik-balik Project Makeover Royal Blue, jadi kali ini saya buat review tudung Neelofa v. tudung Rawdah.

Si Normah ni comel sangat minta saya tulis review. Saya memang suka menulis, masalahnya kena letak gambar. Apa kau ingat kawan kau ni supermodel ke Norm? Update gambar kat fb pun setahun sekali aje haha.

Tapi apa gunanya kawan kan. Baik saya akan berikan review tapi awas saya ni jujur orangnya hehe.

Sebenarnya, saya tau nama-nama brand hijab artis ni pun dari Normah. Bila dia sebut tudung Zeta en Rawdah, saya macam hmmm…. ok.

Rupa-rupanya Zeta en Rawdah (bacaannya Zeta & Rawdah) ni adalah brand tudung kepunyaan Che Ta dan adiknya Ayu Rawdah. Kau mampu nak namakan Zeta ala Catherine Zeta Jones? Che Ta aje layak tau 😉 . Zeta tu Zain + Rozita rasanya. Ala omel angat gabungkan nama ala-ala bercinta zaman sekolah dulu uols.

Sebab saya ketandusan tudung hitam jadi saya telah mendapatkan tudung Neelofa babes & basic, dan 1 lagi tudung Rawdah ni. Dua-dua warna hitam/ kelabu gelap.

Ok, tudung Rawdah ni dia seperti tudung Neelofa juga.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah hitam, di bahagian dalam warna putih, piping hitam di tepi.

Bentuknya begini.

Tudung instant siap dijahit.

Cuma, materialnya seperti lycra. Seperti kain tudung awning instant. Ya, sama.

Ia boleh diterbalikkan, dan dipakai juga. Maksudnya jika anda beli, anda dapat dua warna.

Perhatikan lapisan dalam tudung tu berwarna putih kan.

Satu warna gelap, bahagian lagi satu lembut/pastel. Tak ke penjimatan hebat tu?

Di bahagian tepi tudung dijahit piping (ke lining?) yang sangat kemas. Ia akan dapat dilihat kalau anda memakai bahagian yang berwarna lembut. Ini akan buatkan tudung mudah terbentuk.

Ok ini saya memakai tudung Rawdah.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah hitam atau kelabu gelap rasanya

Ya ya ya saya ada nanderk birthmark di dahi, dan 2 lapisan dark circle bawah mata T_T.

Kalau anda sukakan tudung kain lycra, tudung Rawdah memang sesuai.

Saya tidak memakai inner, scarf atau apa pun. Ia sedikit licin di bahu jadi perlu pinkan dengan kemas sahaja. Maksudnya bila sarung terus pinkan ya. Jangan nak multitasking sangat nak sidai baju, dukung anak, memang jatuh jawabnya T_T.

Selepas dipin ia memang terletak dan selesa dipakai sepanjang hari.

Ia memang seperti tudung Neelofa cuma material berlainan (lycra) dan juga boleh diterbalikkan menjadi tudung putih pula. Saya tak pakai lagi bahagian putih sebab macam pucat sangat pulak. Adakah waktu sekolah dahulu saya menakutkan pelajar lain dan guru-guru? MK sila jawab haha.

Tapi, personally saya sukakan tudung Neelofa juga sebab saya sukakan kain t-shirt.

tudung neelofa
tudung neelofa black saya

Walaupun muka saya nampak bulat macam bola. Dah lah gosok tak betul sebab nak cepat. Ala kita nyanyikan aje lagu Ainan Tasnim – 150 Juta Kali:

Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada….

Gitu gayanya lawyer defend diri sendiri ya. Sentiasa ada jawapan haha.

Ini contoh warna tudung Rawdah. Ia terang dan pastel di bahagian bawahnya. Harga RM55.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah anda beli 1, dapat 2 warna

Semua tudung ini dijual oleh Normah. Anda boleh hubunginya di 019-3497286 atau di instagram Lemari Bhaju. Ada juga diletakkan di butik vendor di JB, Seremban dan akan datang banyak lagi. Nanti tanya dia atau follow ig dia  ya. Luaskan kuasa nampaknya ya Norm 😉 .

Samada tudung Neelofa ataupun tudung Rawdah, dua-dua pun best. Dan sopan juga. Bye.

3 thoughts on “Yang mana lebih kau cinta, tudung Neelofa atau tudung Rawdah?

  1. lycra?? i like!! sbb aku tk suka cotton. must try ni. Norma!!!! tunggu aku dtg!!!

    anyway Ana…u look beautiful je selalu…tak pernah pulak aku tgk ko tak cantik. cantik je selalu. aku rasa muka ko sama ke mcm jaman kita berjiran bilik dulu. tapi sekarang lebih meletops!!!

    nandek tu aku suke…jgn ko cobak-cobak nak buat laser surgery nak hilangkan dia ok!!

    P/S: masa kita skolah, kita tak pakai tudung putih meh…kita pakai tudung biru or cekelat cair kan?
    MK recently posted…Berita Happy SikitMy Profile

  2. Aah iyelah cantik ngat. Ini kau tengok di bawah remang suria kaya vitamin D, cuba mendung suasananya.
    Nanderk is the trademark. Dah tu kecik-kecik abang aku kata amik aku kat estet kan. Senang nak dikenalpasti katanya. Nasib dah besar cerah sikit 😀
    ana recently posted…Bagaimana rancang budget birthday partyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge