Project makeover Royal Blue

Hai. Kebelakangan ni saya sibuk betul. Kadang-kadang rasa too much on the plate. Untuk menaip di sini asyik tertangguh. How I wish saya boleh menaip sepanjang hari. Ada tak kerja macam tu hehe.

Last weekend akhirnya kami berjaya juga makeover kerusi taman. Papa ada sekali dia panggil:

Mama, tengok ni. Tunjuk handphone dia.

Papa search “warna kerusi taman” keluar gambar ni…

deco laundry room

Pa, itukan gambar kat blog mama.

Iye ke. Wahhh! Memang rumah kitalah ni.

Suami saya kan dia tak baca blog saya. Dia tahu saya berbelog tapi dia tak sure untuk biz ke, personal ke. Oleh itu dia terkejut menggoogle jumpa gambar kerusi yang dia cat hehe. Saya ni a bit secretive juga. Blog ni macam surat rahsia untuk anak-anak saya. Saya harap bila saya tak ada, diorang boleh baca dan rasai how fun I was, and a bit Neng Yatimah sometimes haha.

Oh berbalik kepada tajuk, kami decide warna biru pekat ala Royal Blue. Bajet RM50 untuk cat 2 kerusi taman, dan satu meja belajar Adik yang dah kusam. Meja ni untuk buat coffee table. Warna ni gelap harapnya tak mudah kotor sangat macam putih. Putih actually tak berapa sesuai untuk outdoor di Malaysia ni sebab berdebu. Kalau indoor ok. Atau adakah saya yang malas mengelap? -_-“

makeover kerusi taman
Kami cat bahagian kayu sahaja dengan warna royal blue. Besi di sisi tak dicat.

Oh kenapa letak dalam rumah? Sebab suami saya spray waktu malam, jadi kami keringkan bawah kipas. Inovatif kononnya. Ambil masa juga nak keringkan. Kerusi ni dah disusun di luar rumah, nanti saya update gambarnya ya. Lama juga nak tunggu Papa alihkan ke luar sebab dia sibuk. Sampai anak saya kata macam panggung wayang pulak rumah kita Mama haha.

jogging
yang ini biru favorite saya juga

Oh kaki sebelah tak nampak pulak hehe. Joging banyak betulkan sleep pattern saya. Saya tak boleh nak berembun sangat sekarang. Tidur awal. Masa anak saya exam saya skip seminggu berlari. Ia agak menyedihkan juga. Bila saya mula nak lari semula Jumaat lepas, baru 500m saya dapat call takde orang nak ambil anak saya balik sekolah agama. Jadi saya lari semula ke parking sebab risaukan dia dan sepupu tinggal di sekolah. Sampai lewat tapi syukur semua ok.

Bila sebut berjoging, orang mungkin terfikir bila dia berlari anak-anak ditinggalkan. Apa yang orang tak tahu adalah apa yang seorang ibu/isteri itu buat bagi membolehkan dia keluar berlari. Jika nak keluar pagi Ahad, saya kena pastikan sarapan siap, kerja rumah settle. Sama ada buat dahulu atau qada’ kemudian. Bila dapat lari setengah jam tu, saya faham bahawa saya rindukan the scenery, sawah di tepi. Tertoleh-toleh tengok waktu berlari. Part of me missing the kampung, Atuk. Seorang ibu pun perlu bersendirian juga. Setengah jam pun memadai.

Oh jauh saya bercerita. Dari royal blue kepada kasut biru saya.

Terima kasih berkunjung ke sini.

It kills me inside tak dapat menulis selalu di sini.

Bye 😉 .

5 thoughts on “Project makeover Royal Blue

  1. “Apa yang orang tak tahu adalah apa yang seorang ibu/isteri itu buat bagi membolehkan dia keluar berlari.”

    owwhhh…kalau lah org2 itu tahu…

    aku suka scenery track ko Ana. Bertuah dapat scenery gitu. Jealous org KL tak ada trailrun mcm ni. Kalau ada pun mungkin kena pergi kat FRIM Kepong maha jauh tu.

    Keep it up Ana. Aku sentiasa ikuti perkembangan pelarian ko!
    MK recently posted…Half Marathon Training – The ups & downsMy Profile

  2. MK: Yes betul. Apatah lagi bagi yang pergi marathon bagai kan. Sekarang aku faham. Betapa banyak yang dikorbankan untuk keluar subuh gajah tu, untuk training. Betapa banyak. Respect 🙂
    ana recently posted…Cupcake stand serbagunaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge