# Saya sayang cikgu saya

Hai. Semalam dengar hotfm rasanya, ada peraduan # saya sayang cikgu saya. Upload gambar dengan cikgu di instagram, dan masukkan hashtag. Sebagai insan yang tiada instagram, saya rasa dunia pelajar sekarang hebat juga. Tak ke student kena ada ig baru boleh masuk contest tu. Meskipun si Normah begitu gigih suruh saya wujudkan ig, namun saya tak sempat lagi.

Hari ni hari guru kan! Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru, pernah bergelar guru. Kalau baca Ulu Yam di Liverpool 2, di prakatanya, Fynn Jamal menulis:

Seorang guru kekal menjadi seorang guru, walaupun selepas habis kontrak.

Dahulu masa saya Form 3, cikgu Geografi saya kata, antara pekerjaan yang kekal seumur hidup adalah:

Cikgu dan Doktor.

Sebab orang tetap akan panggil orang tu Cikgu atau Doktor, even lepas dia bersara, betul tak.

Bagi saya, sesiapa yang pernah mengajar saya, memberikan pengetahuan yang berguna, semuanya kekal sebagai guru atau cikgu saya.

Ada pelajaran yang kita dapati secara formal (ada sijil, degree). Ada yang dipelajari secara informal melalui pemerhatian, tunjuk ajar, ebook.

Dan ini saya dapat dari fb penulis terkenal, Bahruddin Bekri:

Cikgu umpama bunga tanjung

Walaupun jatuh ke tanah

Tetap dikutip diletak tinggi di sanggul.

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru. Semoga Allah memudahkan kehidupan, memurahkan rezeki dan memberkati umur semuanya.

Bagi saya:

Seorang guru menjadi suis, menyediakan mentol, dan menerangi hidup orang lain, walaupun setelah dia tiada.

Jumpa lagi. Bye.

Yang benar,

Anak Cikgu Ali

4 thoughts on “# Saya sayang cikgu saya

  1. kalau dah buat IG bagitau saya..boleh saya follow..:)
    saya pernah jadi guru lepas sekolah dulu..guru tuistyen je..tapi lepas beberapa bulan saya rasa kerja tu tak sesuai dengan saya sebab saya bukan penyabar macam seorang guru..mujur bekas anak2 murid saya tak pernah jumpa atau terserempak dengan saya kat mana2..kalau tak mesti diaorang panggil saya cikgu dan waktu tu mesti saya akan malu dengan diri sendiri yang tak layak dipanggil cikgu..heheh
    diana recently posted…APA YANG ISTERI BUAT BILA SUAMI BERDENGKUR?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge