Dejavu seorang ibu

Hai. Hari ni saya cuti sebab nak rehat sedikit. Pergi salon kegemaran. Bila di salon saya lihat cermin, saya lihat banyak yang berubah. Selalu cermin di salon memang bias tau. Ia akan terang seterang-terangnya jadi yang lihat akan perasan konon cantik ngat macam dalam poster yang diaorang tampal —> hahaha dream on. Saya lihat saya ada permanent dark circle bawah mata, frackles yang malu-malu nak keluar dan ada garis-garis halus juga di hujung mata. I think physically yes, banyak yang berubah. Saya bukan lagi Diana 5 atau 10 tahun lepas. Cermin terang itu tak berupaya melindunginya.

Tak lama lagi Hari Ibu kan. Saya teringat sajak yang saya tulis 5 tahun dulu. Saya tulis sebab MK tulis di blog dia seingat saya tentang dilema ibu-ibu. Betapa banyak yang dikorbankan oleh seorang ibu untuk anak-anaknya. Masa saya tulis sajak tu Aiman berusia 5 tahun (sedang tadika) dan Adik berusia 1 tahun 3 bulan. Sajak ni terbuatkan beberapa orang ibu sayu dan turut dishare di blog mereka. Saya kongsi di sini supaya mungkin saya boleh hasilkan sambungan dia yang ke 2, bila anak-anak kami dah besar sedikit sekarang. Maaf kalau ia membosankan, ia memang biasa sahaja dan please excuse part yang merepek. Tang merepek tu memang saya tak pernah berubah 😉 .

Dejavu Seorang Ibu

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
pada bila-bila masa anak anda kelaparan..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama untuk 30 kali dan lain-lain lagi..

Menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak buat facial muka yang mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yang mana
tangga 1-100 adalah list untuk anak-anak sahaja..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam lagi di dalam mimpi..
(*eh sukahati sayalah nak tambahkan masa di dalam mimpi*)

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yang sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, ambil, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata..

Menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh orang lain
entah diaorang sayang ke tak anak kita tu..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dalam rumah yang meriah dengan permainan..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bila ingat saat nak melahirkan
tapi rasa sangat bahagia bila lihat wajah anak for the 1st time
and for the rest of their lives..

Menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
untuk membahagiakan anak
cukuplah kaya dengan kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati dari si tak kaya.. wakaka*)

Menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bila tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah..

Menjadi seorang ibu
tidak bermakna
saya perlu menjadi perfect mum
yang tak marah anak, atau pukul anak bila buat salah
senyum sokmo bila anak buat peel
tak perlu perfect gitu..

Menjadi seorang ibu
bermakna
ANDA PERLU FEELING DEJAVU EVERYDAY
rasa macam benda-benda ni dah dilalui tiap-tiap hari
sekali-sekala rasa boring tu biasalah
itu maknanya kita ni normal
kecuali kita ni robot
takde deh dejavu-dejavu nih..

Menjadi seorang ibu
menjadikan kita tidak lagi adventurous
kalau dulu boleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tidur, harus diambilkira

Menjadi seorang ibu
pasti jadikan kita perindu
bila anak-anak kita mula meninggalkan kita
ke kehidupan yg mungkin menjanjikan bahagia.. insyaallah
dan bukan lagi dengan duduk di pangkuan kita
dan mendengar kita bercerita entah hapa-hapa dan auta semata-mata

Menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa Tuhan sangat mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa-jiwa kecil yang membuatkan kita sibuk sentiasa

Jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap agar doa jiwa-jiwa kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku.

13.12.2010

****

Kepada semua ibu, Selamat Hari Ibu uols.

Kita tak sempurna, tapi kita akan terus mencuba, kan….

Selamat Hari Ibu untuk mak kita juga. Tanpa dia, siapalah kita.

5 thoughts on “Dejavu seorang ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge