Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Month: May 2015

diy rak kayu

30/05/201530/05/2015

Hai. Saya takde idea nak tulis tapi nak post juga. Bila malas menulis paksakan diri ya. Rasanya saya fikir banyak benda sekarang, jadi kata-kata banyak hilang. Tapi, kerja penulisan saya dah siap. Walaupun ada masanya saya duduk berjam-jam dan berhari-hari depan laptop taip, delete. Minum kopi, delete semua. Taip balik. Tapi, ia dah siap. Tepuk bahu sendiri, good girl.

Projek diy rak kayu ni suami saya sediakan dari kayu palet. Gambar papan kayu palet asal ada tapi saya malas nak upload. Boleh gitu? Gambar di sini biasa saya edit guna Pixlr di handphone (untuk dapatkan saiz yang sesuai), kemudian emel. Lepas tu kena rename gambar untuk tujuan seo. Kadang-kadang saya ikut rules seo. Tapi kalau takde mood macam sekarang, saya letak aje hehe.

diy magazine rack

Sebenarnya, ini bukan plan asal. Tapi saya sangat hargainya. Ia dah selamat dipaku di laundry area saya. Saya memang suka baca magazine. Kadang-kadang rehat sekejap, luruskan kaki baca magazine. Ada lebih kurang sebakul majalah lagi, jadi mungkin akan buat begini pula.

diy magazine rack

Modalnya hanya kayu palet (percuma) dan spray sahaja. Dan, tentulah kerajinan bertukang, yang saya tidak milikinya 😉 .

Anak-anak saya pula minta Papa dia buatkan rak buku mereka juga. Jadi, bila google diy kids wooden rack, saya jumpa ini. Cantik juga.

diy kids wooden rack

Oh ya, itulah kayu palet tu ya. Ia biasa jadi tapak untuk menyusun alatan yang banyak seperti batu-bata atau apa sahaja. Ia akan dibungkus dan mudah diangkat guna forklift. Bajet terer sangat explain padahal baru tanya Papa yang sedang melintas ni hehe.

Ok, nanti saya kongsikan lagi kisah-kisah diy saya. Doakan saya rajin menulis. Cuti sekolah maknanya saya busy dengan partime job juga. Jumpa lagi. Bye!

1 Comment

How to keep running

27/05/2015

Gitu.. omputeh terus haha.

Kadang-kadang saya pelik kenapa saya rindu blog ni. Rasanya ia dah jadi seperti diari. Bila menunggu lama di court, saya baca kadang-kadang gelak juga. Ia samada dua, gelak atau bergenang air mata. Bila saya tulis sedih, rasa macam ok jangan delete, sila tulis post gembira segera. Hanya MK sahaja yang memahami konsep penulisan begini. Dia terima ke Neng Yatimahan saya seadanya. Dia tahu saya sewel, saya akan ketawa lepas tu sedih, tapi saya akan move on.

Sejak beberapa bulan ini, banyak juga perkara yang berlaku dalam kehidupan saya. Ada sedih, ada gembira. Kerja juga semakin sibuk. The best part adalah saya dapat menulis. Part tak best dalam penulisan adalah saya kena compete dengan diri saya sendiri. Bila saya tulis artikel, pembaca pertamanya adalah saya. Adakah saya akan baca sahaja artikel itu tanpa skip sampai habis? Seronokkah SAYA membaca artikel saya tu? Itu yang paling susah sekali.

Bila saya mula menulis di sini, saya tak sangka ia akan dibaca oleh orang pun. Sekarang average stats adalah 100+ unique visitors sehari. Entah betul ke idak stats tu haha. Yang komen di sini saya kenal, tapi yang lain tidak. Saya selalu berdoa cikgu-cikgu, editor saya tak baca blog ni haha. Terima kasih kepada yang membaca cerita saya. Cerita saya biasa-biasa sahaja. Ramai yang datang baca post Neelofa actually. Sep sikit (high five).

Oh berbalik kepada tajuk, how to keep running? Saya dah berlari 2 bulan juga. Ia tidaklah hari-hari pun, 2-3 hari sekali. Macam tak percaya juga saya yang pemalas ni boleh berjoging secara konsisten. Kurus? Tak kurus pun. Turun 1 kg, naik 0.5 kg. Gitu. Tapi ayat comel MK dalam blog dia adalah Saya gemuk dan debab, tapi saya kuat ok! Saya gelak besar baca blog dia masa tu haha. MK adalah orang yang mula-mula mengajar saya menulis dari hati. Dia kata dia dah tak kelakar sekarang but, Atan, kau sentiasa menceriakan aku okeh. Tapi dia dah kurus, ok saya jelly (jeles).

Kalau anda diserang masalah dan kesibukan dan sebagainya, nak buat apa?

P_20150524_094241

Absorb it like a pair of running shoes.

Face it and enjoy the view.

Bila berlari saya perasan kalau terus laju terus sakit kaki. Tapi kalau saya maintain aje, saya boleh lari lebih lama dan mungkin lebih jauh.

Ia seperti hidup ni juga. Kita memang tak boleh lari dari masalah, kita cuma perlu hadapinya.

Ini bacaan saya selepas 2 bulan. 2 pusingan taman. 1 pusingan average 1.5km. Rekod guna application Noom.

Screenshot_2015-05-24-09-45-25

Kalau ikut purata, saya dah boleh masuk larian 5km dan habiskan dalam 1 jam. Tapi sebenarnya saya dah pancit gila even setengah jam tu.

Tapi, saya akan mula tambahkan satu round lagi menjadi 4.5km.

Tidak kira berapa perlahan anda berlari, yang penting teruskan berlari.

Hopefully bacaannya bertambah baik nanti.

How to keep running?

Believe in yourself.

Screenshot_2015-05-02-12-22-41_1

 

Bye uols 😉 .

3 Comments

Oh i was starstrucked

24/05/201524/05/2015

Tengah siapkan artikel, saya memang dah tak boleh pergi lagi, saya jenguk fb.

Sekali saya jumpa ini.

Ulu Yam di Liverpool

Oh my, penulis Ulu Yam di Liverpool ke blog saya.

Encik Nazali Noor. Suami kepada Kak Ain yang saya kagumi.

Baca review saya.

Bila baca entri yang saya tulis, saya menangis.

Dari semalam saya tergerak hati cari buku Ulu Yam ni dan mula baca semula.

Rupanya pada masa yang sama penulisnya sedang baca blog saya.

I still cry membaca certain pages.

I still need that kind of motivation to move on.

Saya rindu sangat pada Atuk.

Tapi saya like aje post tu, saya chicken nak taip komen ini:

Abang Naz, itu blog saya.

Oh saya terharu sangat sampai saya menangis.

Terima kasih datang ke blog saya.

Saya suka sangat buku UYDL.

Ya saya segan sebab saya takut kawan-kawan fb saya tahu tu blog saya.

Bagaimana kalau grup penulisan saya tahu saya ada blog caca-marba haha.

En Nazali Noor, saya bangga sangat En Nazali datang ke blog saya.

Ia tidak dapat saya jelaskan dengan kata-kata.

Buku UYDL adalah buku yang akan saya cari pada hari-hari saya rasa hendak berhenti bermimpi.

Oh kenapa perlu nangis petang-petang Ahad ini T_T.

Saya berimpian satu hari nanti En Nazali akan tandatangan buku UYDL 1 & 2 saya.

Kenapa mudah sangat mimpi kau ni? Cubalah kau pergi ke Liverpool jumpa dia ke?

Will think about that.

Hey, you will never walk alone! Never – Ulu Yam di Liverpool.

5 Comments

Diy project kerusi taman

23/05/201523/05/2015

Hai. Hari tu saya janji kan nak tunjuk gambar kerusi taman hasil diy project saya. Meskipun takde siapa yang menuntut janji, saya tetap akan tunjukkan hehe.

Sebenarnya takde apa yang istimewa pun, kami cat warna biru sahaja. Kerusi ni dah berusia 10 tahun juga. Harganya dulu RM150. Sangat penting dulu anak-anak saya masa kecil suka duduk luar rumah. Kadang-kadang tengahari pun nak duduk luar (weekend). Jadi, dah tentulah perlukan kerusi nak duduk sementara dorang main tanah, berlari-lari tu kan.

Dulu warna putih, tapi dah kusam sangat. Dengan pakej bulu kucing lagi. Jadi bila baca majalah Dapur saya dapat idea warna biru pekat. Warna biru jadi kegemaran saya juga cuma saya jarang guna untuk deko.

diy project kerusi taman
kerusi taman setelah dicat warna biru

Meja bulat kecil tu sebenarnya meja belajar anak saya warna pink. Kakinya pernah patah jadi dibetulkan semula. Meja pun dah rosak dan diconteng jadi lebih baik spray warna lain terus.

diy project kerusi taman
magazine Dapur tapi bagi idea untuk area lain juga hehe

Masalah lain saya sekarang adalah lambakan majalah yang saya ada, tak tahu nak simpan di mana. Saya suka rumah tak banyak barang jadi dalam macam dah penuh juga rak buku saya. Saya perlu banyak membaca sebab saya kena menulis. Macamkan penulis pro padahal nak baca magazine aje selalu kan haha. Sayang pula nak buang majalah sebab nanti tiba-tiba teringat eh majalah tu ada idea nak tulis tentang ni, tentang tu.

Jadi, saya telah dapat idea untuk membuat tempat meletak buku berbentuk para di ruangan kerusi taman ini juga. Contohnya begini:

diy project backyard
next diy projext kotak kayu vintage

Rak ini akan digantung di dinding supaya anak-anak bulus saya tak dapat beristirehat di dalam tu. Ia akan digantung secara menegak ya. Saiz akan customized ikut saiz magazine. Apa pun ini hanyalah angan-angan saya sahaja. Sudah tentulah Papa kena mengerah tenaga beliau menggunakan papan-papan sedia ada. Biasanya projek begini akan mengambil masa yang sangat lama sebab dia pun sibuk juga.

Tapi tak apalah. Berangan kan free. Saya harap saya ada rak majalah tergantung di bahagian ini suatu hari nanti.

Saya dalam proses menulis satu artikel. Setiap kali ia akan buat saya gentar, seram-sejuk, takut orang tak baca/menyampah dan 1001 perasaan negatif lagi. Tapi saya harus mencuba tidak kira berapa banyak kali saya gagal. Ini screenshot status Dr Bubbles, seorang badut yang menghiburkan kanak-kanak sakit kritikal di hospital. Saya selalu membacanya, di hari-hari saya perlukannya.

dr bubbles

Itu sahaja cerita diy project kerusi taman kali ini. I will come here again. Bye!

1 Comment

Yang mana lebih kau cinta, tudung Neelofa atau tudung Rawdah?

21/05/201521/05/2015

Hai. Letih pula tengok blog balik-balik Project Makeover Royal Blue, jadi kali ini saya buat review tudung Neelofa v. tudung Rawdah.

Si Normah ni comel sangat minta saya tulis review. Saya memang suka menulis, masalahnya kena letak gambar. Apa kau ingat kawan kau ni supermodel ke Norm? Update gambar kat fb pun setahun sekali aje haha.

Tapi apa gunanya kawan kan. Baik saya akan berikan review tapi awas saya ni jujur orangnya hehe.

Sebenarnya, saya tau nama-nama brand hijab artis ni pun dari Normah. Bila dia sebut tudung Zeta en Rawdah, saya macam hmmm…. ok.

Rupa-rupanya Zeta en Rawdah (bacaannya Zeta & Rawdah) ni adalah brand tudung kepunyaan Che Ta dan adiknya Ayu Rawdah. Kau mampu nak namakan Zeta ala Catherine Zeta Jones? Che Ta aje layak tau 😉 . Zeta tu Zain + Rozita rasanya. Ala omel angat gabungkan nama ala-ala bercinta zaman sekolah dulu uols.

Sebab saya ketandusan tudung hitam jadi saya telah mendapatkan tudung Neelofa babes & basic, dan 1 lagi tudung Rawdah ni. Dua-dua warna hitam/ kelabu gelap.

Ok, tudung Rawdah ni dia seperti tudung Neelofa juga.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah hitam, di bahagian dalam warna putih, piping hitam di tepi.

Bentuknya begini.

Tudung instant siap dijahit.

Cuma, materialnya seperti lycra. Seperti kain tudung awning instant. Ya, sama.

Ia boleh diterbalikkan, dan dipakai juga. Maksudnya jika anda beli, anda dapat dua warna.

Perhatikan lapisan dalam tudung tu berwarna putih kan.

Satu warna gelap, bahagian lagi satu lembut/pastel. Tak ke penjimatan hebat tu?

Di bahagian tepi tudung dijahit piping (ke lining?) yang sangat kemas. Ia akan dapat dilihat kalau anda memakai bahagian yang berwarna lembut. Ini akan buatkan tudung mudah terbentuk.

Ok ini saya memakai tudung Rawdah.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah hitam atau kelabu gelap rasanya

Ya ya ya saya ada nanderk birthmark di dahi, dan 2 lapisan dark circle bawah mata T_T.

Kalau anda sukakan tudung kain lycra, tudung Rawdah memang sesuai.

Saya tidak memakai inner, scarf atau apa pun. Ia sedikit licin di bahu jadi perlu pinkan dengan kemas sahaja. Maksudnya bila sarung terus pinkan ya. Jangan nak multitasking sangat nak sidai baju, dukung anak, memang jatuh jawabnya T_T.

Selepas dipin ia memang terletak dan selesa dipakai sepanjang hari.

Ia memang seperti tudung Neelofa cuma material berlainan (lycra) dan juga boleh diterbalikkan menjadi tudung putih pula. Saya tak pakai lagi bahagian putih sebab macam pucat sangat pulak. Adakah waktu sekolah dahulu saya menakutkan pelajar lain dan guru-guru? MK sila jawab haha.

Tapi, personally saya sukakan tudung Neelofa juga sebab saya sukakan kain t-shirt.

tudung neelofa
tudung neelofa black saya

Walaupun muka saya nampak bulat macam bola. Dah lah gosok tak betul sebab nak cepat. Ala kita nyanyikan aje lagu Ainan Tasnim – 150 Juta Kali:

Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada….

Gitu gayanya lawyer defend diri sendiri ya. Sentiasa ada jawapan haha.

Ini contoh warna tudung Rawdah. Ia terang dan pastel di bahagian bawahnya. Harga RM55.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah anda beli 1, dapat 2 warna

Semua tudung ini dijual oleh Normah. Anda boleh hubunginya di 019-3497286 atau di instagram Lemari Bhaju. Ada juga diletakkan di butik vendor di JB, Seremban dan akan datang banyak lagi. Nanti tanya dia atau follow ig dia  ya. Luaskan kuasa nampaknya ya Norm 😉 .

Samada tudung Neelofa ataupun tudung Rawdah, dua-dua pun best. Dan sopan juga. Bye.

3 Comments

Project makeover Royal Blue

19/05/201519/05/2015

Hai. Kebelakangan ni saya sibuk betul. Kadang-kadang rasa too much on the plate. Untuk menaip di sini asyik tertangguh. How I wish saya boleh menaip sepanjang hari. Ada tak kerja macam tu hehe.

Last weekend akhirnya kami berjaya juga makeover kerusi taman. Papa ada sekali dia panggil:

Mama, tengok ni. Tunjuk handphone dia.

Papa search “warna kerusi taman” keluar gambar ni…

deco laundry room

Pa, itukan gambar kat blog mama.

Iye ke. Wahhh! Memang rumah kitalah ni.

Suami saya kan dia tak baca blog saya. Dia tahu saya berbelog tapi dia tak sure untuk biz ke, personal ke. Oleh itu dia terkejut menggoogle jumpa gambar kerusi yang dia cat hehe. Saya ni a bit secretive juga. Blog ni macam surat rahsia untuk anak-anak saya. Saya harap bila saya tak ada, diorang boleh baca dan rasai how fun I was, and a bit Neng Yatimah sometimes haha.

Oh berbalik kepada tajuk, kami decide warna biru pekat ala Royal Blue. Bajet RM50 untuk cat 2 kerusi taman, dan satu meja belajar Adik yang dah kusam. Meja ni untuk buat coffee table. Warna ni gelap harapnya tak mudah kotor sangat macam putih. Putih actually tak berapa sesuai untuk outdoor di Malaysia ni sebab berdebu. Kalau indoor ok. Atau adakah saya yang malas mengelap? -_-“

makeover kerusi taman
Kami cat bahagian kayu sahaja dengan warna royal blue. Besi di sisi tak dicat.

Oh kenapa letak dalam rumah? Sebab suami saya spray waktu malam, jadi kami keringkan bawah kipas. Inovatif kononnya. Ambil masa juga nak keringkan. Kerusi ni dah disusun di luar rumah, nanti saya update gambarnya ya. Lama juga nak tunggu Papa alihkan ke luar sebab dia sibuk. Sampai anak saya kata macam panggung wayang pulak rumah kita Mama haha.

jogging
yang ini biru favorite saya juga

Oh kaki sebelah tak nampak pulak hehe. Joging banyak betulkan sleep pattern saya. Saya tak boleh nak berembun sangat sekarang. Tidur awal. Masa anak saya exam saya skip seminggu berlari. Ia agak menyedihkan juga. Bila saya mula nak lari semula Jumaat lepas, baru 500m saya dapat call takde orang nak ambil anak saya balik sekolah agama. Jadi saya lari semula ke parking sebab risaukan dia dan sepupu tinggal di sekolah. Sampai lewat tapi syukur semua ok.

Bila sebut berjoging, orang mungkin terfikir bila dia berlari anak-anak ditinggalkan. Apa yang orang tak tahu adalah apa yang seorang ibu/isteri itu buat bagi membolehkan dia keluar berlari. Jika nak keluar pagi Ahad, saya kena pastikan sarapan siap, kerja rumah settle. Sama ada buat dahulu atau qada’ kemudian. Bila dapat lari setengah jam tu, saya faham bahawa saya rindukan the scenery, sawah di tepi. Tertoleh-toleh tengok waktu berlari. Part of me missing the kampung, Atuk. Seorang ibu pun perlu bersendirian juga. Setengah jam pun memadai.

Oh jauh saya bercerita. Dari royal blue kepada kasut biru saya.

Terima kasih berkunjung ke sini.

It kills me inside tak dapat menulis selalu di sini.

Bye 😉 .

5 Comments

# Saya sayang cikgu saya

15/05/201515/05/2015

Hai. Semalam dengar hotfm rasanya, ada peraduan # saya sayang cikgu saya. Upload gambar dengan cikgu di instagram, dan masukkan hashtag. Sebagai insan yang tiada instagram, saya rasa dunia pelajar sekarang hebat juga. Tak ke student kena ada ig baru boleh masuk contest tu. Meskipun si Normah begitu gigih suruh saya wujudkan ig, namun saya tak sempat lagi.

Hari ni hari guru kan! Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru, pernah bergelar guru. Kalau baca Ulu Yam di Liverpool 2, di prakatanya, Fynn Jamal menulis:

Seorang guru kekal menjadi seorang guru, walaupun selepas habis kontrak.

Dahulu masa saya Form 3, cikgu Geografi saya kata, antara pekerjaan yang kekal seumur hidup adalah:

Cikgu dan Doktor.

Sebab orang tetap akan panggil orang tu Cikgu atau Doktor, even lepas dia bersara, betul tak.

Bagi saya, sesiapa yang pernah mengajar saya, memberikan pengetahuan yang berguna, semuanya kekal sebagai guru atau cikgu saya.

Ada pelajaran yang kita dapati secara formal (ada sijil, degree). Ada yang dipelajari secara informal melalui pemerhatian, tunjuk ajar, ebook.

Dan ini saya dapat dari fb penulis terkenal, Bahruddin Bekri:

Cikgu umpama bunga tanjung

Walaupun jatuh ke tanah

Tetap dikutip diletak tinggi di sanggul.

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru. Semoga Allah memudahkan kehidupan, memurahkan rezeki dan memberkati umur semuanya.

Bagi saya:

Seorang guru menjadi suis, menyediakan mentol, dan menerangi hidup orang lain, walaupun setelah dia tiada.

Jumpa lagi. Bye.

Yang benar,

Anak Cikgu Ali

4 Comments

Aku, dia dan Yuhanis

12/05/201512/05/2015

Saya dalam mode bertenang ni uols sebab anak tengah minggu exam. Baik aje saya tak merapu sangat kan ehehe.

Biasalah saya ni selalu gelabah-gelabah ayam bila anak periksa. Anak saya relax aje.

Ada sorang kerani Chinese saya kat office, dia cerita, masa anak dia exam SPM, dia terjaga pukul 2 pagi lepas tu kelam-kabut terkejut sangat ingat dah terlewat bangun. Bergegas-gegas bangun nak buat breakfast.

Sekali suami dia cakap, Aiyo, u sudah gila ke apa, ini baru pukul 2 maa—> dalam bahasa Cina of course.

Masa dia cerita tu kitaorang gelak gila.

Minggu lepas anak dia dapat tawaran belajar ke Korea. SPM straight As.

Di pejabat saya saja yang muda sikit (ehemmm) yang lain semua 40 ke atas. Jadi, panduan membesarkan anak-anak seperti pusat tuisyen terhebat di Melaka dan kisah anak-anak jadi kisah gelak-ketawa kami di office.

****

Masa tunggu turn di court semalam, dengar kerani berbual:

Aku tak sukalah Yuhanis tu.

Di fb juga baca status macam Oh tidak semua perempuan berhati Yuhanis.

Yuhanis memburukkan institusi kewanitaan.

Gitu. Dah macam persatuan pulak.

Saya tak tonton pun cerita tu sebab mungkin bila tertengok, saya pun cakap, alamak apasal dia ni gelabah-gelabah ayam ni?

Akak tak kuasa dah dik nak merajuk macam tu. Akak sekarang gelabah ayam bila anak nak periksa aje 😉 .

Perempuan memang suka merajuk, especially di awal perkahwinan. Tapi tulah, buruk sebenarnya. Tak comel dah hehe.

Dulu saya terbaca pasal Lisa Surihani (contoh tak tahan uols) dia cakap, bila dia berdiam diri (merajuk), Yusry akan kata, you must talk to me, otherwise I will not understand. Saya dulu peminat KRU jadi sila terima contoh ini dengan redho.

Jadi bila ada apa-apa, lebih baik tanya, beritahu, cakap hingga puas hati. Ia lebih menjimatkan masa dan emosi gitu.

Dan, apa jua masalah, kecil atau besar, termasuk ekspresi, kata-kata, biarlah ia berakhir di pintu masuk rumah kita sahaja.

Elakkan ibu bapa, adik-beradik, officemates mengetahuinya. Terutama yang kecil dan remeh-temeh. Nak ngengada aje kan sebenarnya?

*****

Semalam ke pasar malam, saya nampak banyak tudung Yuhanis dijual.

Oh korang, tak suka perangai, tudung dia nak tiru juga ye?

Saya tak boleh pakai tudung macam tu. Dia akan jadi lebih kepada Yuhanaz atau Yuhanenas nanti.

Ok tak kelakar. Bye.

5 Comments

Plan B untuk Aiman

10/05/201512/05/2015

Masa Aiman kecil, saya selalu terangkan pada dia, bahawa satu hari nanti saya akan pergi tinggalkan dia. Selama-lamanya.

Ia akan berakhir dia merajuk sebab dia cakap tak boleh tinggalkan dia. Lama nanti dia merajuk.

Tapi saya cuba juga beritahu sekali-sekala.

Bila saya mula ajar dia mengaji masa umur 5 tahun, saya cakap, Aiman tau, kalau Aiman baca ni, Mama dapat banyak pahala tau bila Mama dah tak ada nanti.

Ye ke Mama?

Iye nanti Mama tahu Aiman kirimkan hadiah untuk Mama. 1 huruf banyak sangat hadiah.

Tapi Mama tak boleh tinggalkan Aiman.

Setiap kali, ia akan berakhir kadang-kadang dia menangis di pangkuan saya.

Menjadi seorang ibu, kita akan risau, kalau kita tak ada macam manalah anak-anak kita kan.

Bila jadi kes Myvi hari tu, saya tak baca apa-apa berita di fb, jika ada forwarded message di whatsapp saya akan clear conversation. Beberapa hari kemudian baru baca di suratkhabar.

Saya tahu ada video anak dia menangis. Saya tak sanggup tengok sebab saya baca orang lelaki pun luluh hati tengok, apatah saya ni tengok cerita hindustan yang propa tu pun sesedih-sedih over sangattt.

Bila Aiman sekolah, saya selalu explain, kalau saya tak datang ambil dia, mungkin saya lambat sikit, kereta rosak, atau mungkin saya tak dapat datang lagi sampai bila-bila. Tunggu sahaja sampai Papa, Atuk ke datang. Dengan kanak-kanak kita kena ada plan B, C sentiasa. Dia dengar tapi diam sahaja.

Hinggalah ada satu hari, masa tu Aiman Darjah 1 juga, saya baru lepas solat Maghrib. Dia datang dan kata:

Mama, abang dah faham. Kalau Mama takde Abang akan solat dan mengaji untuk Mama.

Abang dah faham dah.

Saya tarik nafas dan peluk dia. Saya cakap terima kasih.

Dia keluar dari bilik, saya menangis di atas sejadah.

Itu adalah hari menjadi ibu paling bermakna  dalam hidup saya. Itu hadiah paling best dari Aiman.

Ia melegakan mengetahui dia ada satu pemahaman jika saya pergi dahulu nanti.

Bahawa kita akan berjumpa juga nanti dan Allah akan sentiasa jagakan dia untuk saya.

Selamat Hari Ibu.

p/s: Saya belum mula beritahu Adik. Adik tough cap ayam macam saya juga 😉 .

5 Comments

Dejavu seorang ibu

08/05/201509/05/2015

Hai. Hari ni saya cuti sebab nak rehat sedikit. Pergi salon kegemaran. Bila di salon saya lihat cermin, saya lihat banyak yang berubah. Selalu cermin di salon memang bias tau. Ia akan terang seterang-terangnya jadi yang lihat akan perasan konon cantik ngat macam dalam poster yang diaorang tampal —> hahaha dream on. Saya lihat saya ada permanent dark circle bawah mata, frackles yang malu-malu nak keluar dan ada garis-garis halus juga di hujung mata. I think physically yes, banyak yang berubah. Saya bukan lagi Diana 5 atau 10 tahun lepas. Cermin terang itu tak berupaya melindunginya.

Tak lama lagi Hari Ibu kan. Saya teringat sajak yang saya tulis 5 tahun dulu. Saya tulis sebab MK tulis di blog dia seingat saya tentang dilema ibu-ibu. Betapa banyak yang dikorbankan oleh seorang ibu untuk anak-anaknya. Masa saya tulis sajak tu Aiman berusia 5 tahun (sedang tadika) dan Adik berusia 1 tahun 3 bulan. Sajak ni terbuatkan beberapa orang ibu sayu dan turut dishare di blog mereka. Saya kongsi di sini supaya mungkin saya boleh hasilkan sambungan dia yang ke 2, bila anak-anak kami dah besar sedikit sekarang. Maaf kalau ia membosankan, ia memang biasa sahaja dan please excuse part yang merepek. Tang merepek tu memang saya tak pernah berubah 😉 .

Dejavu Seorang Ibu

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
pada bila-bila masa anak anda kelaparan..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama untuk 30 kali dan lain-lain lagi..

Menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak buat facial muka yang mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yang mana
tangga 1-100 adalah list untuk anak-anak sahaja..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam lagi di dalam mimpi..
(*eh sukahati sayalah nak tambahkan masa di dalam mimpi*)

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yang sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, ambil, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata..

Menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh orang lain
entah diaorang sayang ke tak anak kita tu..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dalam rumah yang meriah dengan permainan..

Menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bila ingat saat nak melahirkan
tapi rasa sangat bahagia bila lihat wajah anak for the 1st time
and for the rest of their lives..

Menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
untuk membahagiakan anak
cukuplah kaya dengan kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati dari si tak kaya.. wakaka*)

Menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bila tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah..

Menjadi seorang ibu
tidak bermakna
saya perlu menjadi perfect mum
yang tak marah anak, atau pukul anak bila buat salah
senyum sokmo bila anak buat peel
tak perlu perfect gitu..

Menjadi seorang ibu
bermakna
ANDA PERLU FEELING DEJAVU EVERYDAY
rasa macam benda-benda ni dah dilalui tiap-tiap hari
sekali-sekala rasa boring tu biasalah
itu maknanya kita ni normal
kecuali kita ni robot
takde deh dejavu-dejavu nih..

Menjadi seorang ibu
menjadikan kita tidak lagi adventurous
kalau dulu boleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tidur, harus diambilkira

Menjadi seorang ibu
pasti jadikan kita perindu
bila anak-anak kita mula meninggalkan kita
ke kehidupan yg mungkin menjanjikan bahagia.. insyaallah
dan bukan lagi dengan duduk di pangkuan kita
dan mendengar kita bercerita entah hapa-hapa dan auta semata-mata

Menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa Tuhan sangat mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa-jiwa kecil yang membuatkan kita sibuk sentiasa

Jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap agar doa jiwa-jiwa kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku.

13.12.2010

****

Kepada semua ibu, Selamat Hari Ibu uols.

Kita tak sempurna, tapi kita akan terus mencuba, kan….

Selamat Hari Ibu untuk mak kita juga. Tanpa dia, siapalah kita.

5 Comments

Posts navigation

1 2 Next Page

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • yosef krisna on Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • yosef krisna on Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Malaysia Best Blog 2015
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes