Pencuri impian

Akhirnya habis baca Ulu Yam di Liverpool.

Buku yang hebat, sehebat orangnya.

Terasa seperti dekat. Sama-sama tak pandai Add Maths. Bab dia belajar di UTM tu kelakar. Bagaimana dia lepak layan feeling di Pantai Lido sebab ingat failed subject Maths final year. Sama pulak perangai suka layan feeling haha.

Bagaimana dia takrifkan kelas Maths dia petang Jumaat, 3 jam tu sebagai kelas alam barzakh. Saya faham sangat perasaan tu haha.

Such a great writer. Hebat kerana pembacanya berasa dekat biar pun jauh dan latar masa yang berbeza. Besar jiwa penulisnya.

Bila baca buku ni anda akan selalu baca perkataan Pencuri Impian.

Tentang pencuri yang sentiasa memperkecilkan impian anda, kata semuanya hanya angan-angan Mat Jenin. Mengarut.

Kadangkala melukakan bila ia datangnya dari orang yang dekat dengan kita seperti ahli keluarga, kawan-kawan.

Tapi bagi saya Pencuri Impian terbesar saya adalah diri saya sendiri.

Kata-kata yang datang dari hati. Jauh dari lubuk hati saya yang paling dalam.

pencuri impian
haters/doubters/non-believers = me/myself/I

Terima kasih Encik Nazali Noor kerana menulis buku ini. Ia menginspirasikan dari semua sudut, kekeluargaan, potensi diri dan semuanya.

Kadangkala kita curi impian orang sekeliling kita juga tanpa disedari. Impian anak-anak kecil kita ke? Mereka berimpian kita pantas sahaja potong sebab dah biasa buat macam tu T_T.

Buku ini dihantar pada saya sangat tepat pada masanya.

Alhamdulillah.

Membacanya satu perjalanan emosi. Kadangkala saya menangis, ketawa pun ada. Ia bersilih-ganti, seperti hidup ini juga. Paling penting, pengajaran yang diberikannya. Ia tidak ternilai.

Saya rumuskan beliau menjadi seorang yang berjaya kerana didikan keluarga, sangat menghormati guru-gurunya, mencintai isterinya sepenuh hati, bapa yang terbaik kepada anak-anaknya, seorang sahabat yang baik, berjaya menemui x-factornya dan hidup dengan  memberi  kepada orang lain.

Ulu Yam di Liverpool 2
Ya saya dah beli Ulu Yam di Liverpool 2 juga. Majalah Dapur sebab nak berangan ada dapur comel dan 2 lagi untuk anak-anak. Weekend project uols.

Jangan curi impian diri sendiri, dan orang lain juga.

Selamat bercuti. Bye!

5 thoughts on “Pencuri impian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge