3 Checklist Ramadhan Untuk Wanita. Penting!!!

Apa diaย 3 Checklist Ramadhan Untuk Wanita tu? Jangan ingat nak tempah baju raya aje uols. Dulu yalah beria nak tempah. Sekarang banyak baju siap, mudah juga. Saya bersyukur juga saya ada ketinggian 164cm ni sebab senang pilih baju. Kalau rendah sedikit agak susah juga kan. Saya pula tak reti nak pilih kain ke. Masuk kedai kain pening. Selalu orang ingat orang perempuan suka ke kedai kain kan. Tak, saya lain—> feeling alien.

Ingat lagi masa kecil, Mak yang akan pilihkan kain pasang di pasar malam. Saya rasa itu adalah detik maha membosankan dalam hidup saya sebagai kanak-kanak. Saya lebih happy pergi tempat orang jual mainan ke. Mak dengan Kak Wati yang akan pilihkan. Saya kecil dulu gelap betul sebab suka berjemur. Mak pula pilihkan warna merah lah (yang saya tak suka). Baju gaun, t shirt ke biasa pergi naik bas ke Kampung Jawa (di bus stand Melaka), beli di sana. Selain dari happy naik bas, proses memilih dan membeli itu membosankan saya.

Ok, apa dia 3 Checklist Ramadhan Untuk Wanita yang saya nak kongsi ni?

1. Dah ganti puasa?

Ini cliche yes. Tapi jangan ambil enteng ya. Saya ada sedikit lagi. Dulu stop sebab gastrik. Lepas tu macam-macam alasan lagi seperti tengahari panas terik. Bila tengahari uruskan anak lunch nanti terliur nak makan berdosa pula. Macamkan kau berusia 10 tahun tak tahan godaan melihat makanan. Sebenarnya malas aje kan. Saya pernah melahirkan anak di bulan puasa, jadi ada berbelas hari juga yang nak diganti. Berpuasa sewaktu mengandung juga bukan mudah tau. Jadi hargai isteri anda yang berpuasa, tak kiralah dia berpuasa ganti ataupun wajib nanti. Tak puasa di bulan Ramadhan tak seronok pun, makan pun kena sorok-sorok takut kantoi dengan anak hehe.

2. Jaga kesihatan

Tidak dinafikan, bulan puasa menuntut ketabahan tahap tinggi dari isteri. Menu bersahur, buka puasa dan balik terawih kena ada sesuatu. Mata macam panda itu biasa. Ada yang masak fresh setiap kali waktu sahur. Saya tidaklah begitu. Panaskan lauk dan sediakan makanan sisipan panas untuk keluarga (telur dadar, sayur goreng, air panas misalnya). Balik kerja, sinsing lengan dan masak untuk berbuka pula. Layan karenah anak yang berpuasa. Malam bersiap untuk terawih. Ulangkaji dengan anak. Kemaskan dapur/ buat kerja rumah. Tidur dan bangun semula. Jadi jaga kesihatan dari sekarang. Ambil vitamin yang perlu. Jika hari biasa anda fit dengan joging dan sebagainya, jadikan bulan ramadhan medan untuk fit juga. Kali ini istimewa, anda cuba jadi fit jasmani dan rohani pula, insya Allah.

3. Nak masak apa?

Ini soalan wajib setiap hari. Rasanya website resipi memang hot bulan Ramadhan. Suami saya gemar makan di rumah, jadi kami memang jarang keluar, kecuali hari saya mengelat. Anak-anak juga mengikut perangainya walaupun saya sebenarnya tidaklah pandai masak pun. Tapi, bila lihat keluarga makan bertambah-tambah, walaupun saya masak simple sahaja, gembira juga hati. Mulai sekarang, senaraikan jenis makanan yang digemari keluarga anda dalam buku khas. Buat senarai berbeza untuk lauk-pauk, kuih-muih, air minuman misalnya. Ingat bahawa anda perlu ambil hati anak-anak yang berpuasa juga. Menu ringkas pada hari bekerja, dan mungkin sedikit extra di hujung minggu. Anda sendiri tahu apa yang membuka selera ahli keluarga anda. Senaraikannya.

Tip tambahan:

rasa ramadhan checklist
Semua majalah masakan ada bumper issue ramadhan sekarang, dapatkannya.

Beli majalah masakan, bukan sahaja untuk lihat resipi, tetapi cara persembahannya. Kita suka makan di luar kerana suasana dan persembahannya kan. Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Semalam, saya tukarkan pinggan Adik kepada pinggan lain (seramik), dia kata Wah ini pinggan Adik ke? Iye darling. Wah peshellll —> peshellll means special. Lahai kesian anak saya, selama ni dia guna pinggan Dora Explorer dia aje. Ingat dia happy haha. Keluarkan pinggan mangkuk terbaik anda. Gunakannya. Tetamu tak datang hari-hari uols. Keluarga anda lebih penting.

ramadhan checklist
Idea bubur durian dan chacha istimewa. Persembahan pun menyelerakan. Peralatan ini boleh dibeli dengan murah di Mydin misalnya bahagian tableware. Saya suka ke sana cari tableware atau periuk comel.

Saya sukakan apa saja berkaitan dekorasi, termasuk fotografi dan food presentation juga. Melihat sesuatu yang didekorasi dengan cantik buat hati saya berbunga-bunga. Perasaannya sama seperti saya membaca buku atau tulisan yang hebat. Nanti saya cuba share apa-apa idea berkaitan. Tak perlu peralatan yang mahal pun, yang penting waktu makan itu quality time. Itu bagi saya. Perkara ini banyak saya pelajari dari buku Ulu Yam di Liverpool. Bagaimana ibu dia menyediakan makanan untuknya hingga dia terkenang-kenang. Saya suka. Sangat.

ramadhan checklist
Mangkuk ini misalnya anda boleh beli di Jusco, Tesco, KK Home Deko. Ia murah sahaja kalau pandai cari atau beli waktu sale.

Seronok pula nak menyambut Ramadhan kali ni. Entahkan saya sempat berjumpa atau tidak.

Itu sahaja 3 Checklist Ramadhan Untuk Wanita. Bye!

10 thoughts on “3 Checklist Ramadhan Untuk Wanita. Penting!!!

  1. tempahan baju dah beres. dulu boleh lah last minute, tapi sejak anak berderet-deret ni, tak kuasa nak bawa anak-anak kecil shopping dalam bulan puasa. tinggal bab puasa ganti je (sentiasa nak last minute *facepalm* kejap). bab menu tu memang syok heheh
    Mama Hantek recently posted…Kenapa ibu hamil mudah pitam?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge