Tentang jeans dan syaitan

Ya saya tengah pening setting blog lagi satu. Susah betul tukar theme semua lari. Lepas tu masukkan gambar masih keluar coding. Rasa nak telan aje lap top ni haha. Sudahnya theme sama dengan blog ini. Blog ni selalu jadi penyejuk hati saya. Nak update, upload mudah aje. Selalulah nak bias kan sebab blog ni ada lagu 😉 .

Janganlah takut dengan tajuk tu. Jeans dan syaitan. Saya ni tengok cerita hantu pun takut. Kalau lipat baju sorang-sorang tertekan channel cerita hantu choyyy! Jangannnn ajak saya tengok cerita hantu. Lebih baik saya blogging atau makan. Jadi, ini bukan berkenaan syaiton sebenar atau histeria dan sebagainya. Don’t worry.

Masa di MRSM tahun 1996 saya Form 5 (nak kira umur sayalah tu), ada seorang cikgu namanya Cikgu Syeikh. Dia cikgu BM tapi dia tak ajar saya. Cikgu Syeikh ni kelakar, saya pula memang suka orang yang kelakar. Cikgu Syeikh ni ala-ala mamak sedikit. Paling best, dia berjual burger di asrama malam-malam. Kalau dengar dia hon dengan van dia pukul 10.30 malam macam tu, kami akan berlari-lari turun macam marathon pergi beli. Penuh kot belakang van dia. Lepas tu dia ke asrama budak lelaki pulak. Burger RM1 ya Allah sedapppp sangat. Duduk asrama kan, kebulur ajelah jawabnya. Padahal baru balik supper dah makan nasi lemak ke kan, makan lagi, haihhh….

Bila Khamis malam, akan mula ada ceramah. Cikgu Syeikh ni antara penceramahnya. Yang lain macam warden Cikgu Atan—> tak best. Ustaz Naim kesayangan saya pula best sebab dia lemah-lembut aje. Ustaz Naim ajar agama masa Form 5 sayang sangat kat dia sebab tulah—> dia baik. Walaupun lemah gemalai dia memberi ceramah, saya tongkatkan mata saya dengan mancis. Saya hindarkan diri saya dari berbual dan bergurau-senda dengan Dak Gno dan Si Den. Saya persyetonkan ajakan syaiton untuk tidur di surau (duduk line belakang).

Berbeza dengan Cikgu Syeikh, tegas sungguh beliau ni. Suara pun kuat. Lepas tu dia kelakar. Memang meriah surau kalau dia berceramah. Tersentak-sentak dengar lepas tu ketawa. Dia selalu come out dengan singkatan macam FAMA (merujuk kepada biasiswa Father and Mother). Selalu marah jangan main-main belajar sebab semuanya under biasiswa FAMA. Lepas tu kan, dia ni pun set baik-baik juga. Paling saya ingat sampai sekarang dia cakap:

Awak semua ni, bukan saya tak tahu. Balik dari maktab, masa cuti, semua pakai seluar jin dan syaitan kan!

Gegak-gempita satu surau ketawa.

Kenapa nak pakai seluar jeans (jin) tu. Nak berkawan dengan syaitan? Itu kan budaya barat!

Sampai sekarang, setiap kali nak pakai seluar jeans, saya mesti teringat dekat Cikgu Syeikh ni.

Yelah saya faham maksud nasihat dia tu. Zaman tu zaman rockers. Ramai yang pakai seluar koyak di lutut. Seluar elok-elok, diseretkannya bagi terkoyak. Suami saya mengaku ada buat perangai gitu. Abang saya pun haha.

Saya pula memang jeans + t shirt person, sampai sekarang. Itu keselesaan saya. Tapi sampai bila pula nak pakai kan. Motip sangat nak jadi nenek-nenek nanti nak pakai seluar jeans? Saya cubaaaa juga berubah ke arah yang lebih sesuai 😉 .

Tak semua benda yang orang nasihatkan kita, kita ingat tau. Dan, tak semua nama guru kita, kita ingat. Tak percaya cuba ingat semua nama ustaz korang dari sekolah rendah. Kita hanya akan ingat beberapa nama sahaja.

Macam ketua editor saya beritahu, dakwah tu perlu dilakukan dengan cara yang kreatif juga untuk menginspirasikan orang lain.

Salah seorangnya Cikgu Syeikh saya ni. Tak pasal-pasal evergreen dia samakan jeans dengan jin. Siap ada syaitan lagi haha.

Saya rasa tak salah memakai seluar JIN asalkan tidaklah keterlaluan stylenya. Masing-masing dah besar kan tahu seluar jeans mana yang ok, mana yang tak.

Jadi, korang pakai tak seluar jin keluar jalan-jalan? 😉

Bye!

p/s: Cerita satu lagi Ustaz kesayangan saya, Ustaz Hashim (klik sini).

4 thoughts on “Tentang jeans dan syaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge