Kenapa kena hati-hati dengan lirik lagu Rindu Shae dan Nukilan

Wah bukan main panjang tajuk haha. Padahal nak cerita lirik lagu Rindu Shae dan Nukilan aje.

Saya tahu, ramai penggemar lirik lagu macam saya kan..

Search tertinggi ke blog ni masih lirik lagu Terlalu Istimewa, Rudy Nastia (Teman Lelaki Upahan).

Ada rupanya orang macam saya suka nyanyi lagu dengan membaca lirik sahaja. Sep sikit (high five!).

Sebenarnya, tip kekal dalam mood bercinta adalah sentiasa menyanyikan lagu cinta juga. Jarang pulak kita dengar orang bercinta bagi lagu ganas, metal ke. Ala mat-mat metal semua tu, dalam hati ada taman juga haha.

Biar muka garang no mercy uols, tapi dengan orang yang kita chenta, kita romantik 😉 .

Ok lagu ni quite catchy juga. Bagi saya, lagu yang baik adalah bermula dari melodi awalnya. Ia menarik sangat, macam lagu lama.

Bila dengar lagu ni, rindu juga. Kepada yang membaca blog ini dari awal, akan tahu saya selalu rindukan Atuk, dan juga anak kedua saya. Kadang-kadang bila rindu sangat, saya tulis di sini. At some point, saya segan juga nak tulis. Orang kata move on kan.

Tapi bila saya baca Ulu Yam di Liverpool, saya rasa lega. Ada juga orang macam saya. Saya ingatkan ia buku motivasi semata-mata, rupanya ia buku cara mendidik anak, bagaimana guna hari semalam membentuk kita pada hari ini dan masa depan. Ada mukasuratnya, saya tutup buku, dan berlari ke toilet menangis di sinki. Tapi, buku ni saya belum habis baca, saya akan update later.

Balik kepada tajuk, saya tuliskan lirik lagu Rindu Shae dan Nukilan ini dulu.

Di malam yang sepi

Aku sendirian

Dengar bisik hati

Ku pejamkan mata

Membawa bersama

Diriku ke suatu

Ruang dan masa

Indahnya bila dibuai sejarah

Di dalam keasyikan

Terlihatkan seraut wajah

****

Rindu

Membelenggu

Terkenang masa lalu

Hati ini jadi rindu

Tak terkata

Manapun kau berada

Semoga berbahagia

****

Sejujurnya ku menginginkanmu

Di sini

Bersama menempuh dunia ini

****

Jangan ku kau lupa

Hingga hari kita bersua

Ok, lagu ini ada rapping part. Satu lirik dia adalah Kubertanyakan pada Sita. Mula-mula tak perasan tapi bila saya google, Sita maksudnya dewi cinta atau dewi agama Hindu. Mungkin dia nak lirik tu sync jadi letak begitu (banyak lagi perkataan lain actually -_-“). So, macam yang saya selalu tekankan, ada batasannya untuk kita berhibur. Ambil apa yang baik sahaja. Mana yang boleh elak, elakkan. Janganlah taksub sangat. Sita, Cupid tu tiada. Allah swt sahaja yang boleh mencampakkan rasa dalam hati kita. Comments unavailable pada video di youtube tu, jadi saya post sahaja di sini.

Saya rasa ok untuk kita rasa rindu. Selagi ia membawa kebaikan apa salahnya. Baca Ulu Yam di Liverpool dan anda akan rasa berbaloi juga kita merindu tu. At some point, saya rasa dismash juga bab menjaga anak. Dia seorang yang hebat, tinggal di Liverpool tapi masih guna style arwah Mak Ayah dia mendidik anak-anak. Saya merasakan apa yang ditulisnya, saya rasa kasih sayang abang, tahu rupa senapang kayu dan semuanya. Jika anda lahir di kampung pada tahun 70-an dan 80-an, kita semua mungkin bersilang pada titik kenangan yang sama ( seperti kata penulisnya 🙂 ).

Semasa hayat Atuk saya, dia mengorbankan segala-galanya untuk lihat kami 5 beradik gembira dan tidak putus asa (saya). Dan, sudah pastilah, selepas pemergian dia, dia nakkan kami terus gembira juga. Lirik lagu Rindu Shae dan Nukilan ini menggamit rasa rindu saya pada mereka yang saya rindui. Hanya doa sahaja yang dapat saya kirimkan. Semoga kita berjumpa lagi suatu hari nanti. Blog ini juga untuk anak-anak saya. Saya nak mereka juga gembira dan meneruskan hidup selepas saya tiada nanti.

p/s: Saya suka bagaimana tajuk lagu – Rindu tu ditulis. Avoid Sita pada rapping part dan jangan tengok gambar (tutup mata). Boleh juga ganti Sita kepada Ita, gitar -_-” kreatiplah sikit uols. Bila lagi nak jadi penulis lirik 😉 . Saya rasa kita dah dewasa juga untuk membezakan mana yang baik dan buruk, kan?

https://www.youtube.com/watch?v=Uukw0k8a3BE

Jumpa lagi. Bye.

2 thoughts on “Kenapa kena hati-hati dengan lirik lagu Rindu Shae dan Nukilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge