Antara jodoh dan tersasar

Hari ni kelam-kabut sebab staf saya kata exam sekolah anak dia 5.5 nanti. Buku latihan anak saya dah lama habis jadi saya bersuka-ria tak ajar certain subjects. Tangguh-tangguh beli buku latihan. Kalau anda tak tahu, saya ni sangat gabra (ke gubra?) bab exam anak. Dia exam, saya yang tak senang duduk. Saya yang stress tak tentu hala. Bila dah habis exam, saya yang beria-ia kata ok jom kita makan ice-cream untuk celebrate hari ini 😉 .

Jadi tengahari tadi saya beli buku latihan. Niatnya hanya tulah, beli buku latihan anak. Tetapi, saya berjodoh pula dengan buku-buku yang lama saya cari.

Dr. Bubbles
Siri Dr. Bubble. Satu RM9.90 sahaja.

Ini untuk anak-anak saya koleksi Dr. Bubbles. Adik dah pandai membaca laju sekarang jadi buku ni khas untuk dia. Dia akan membaca semua buku, sarikata tv dan signboards. Perubahan ni drastik bila saya mula bawa dia ke library desa. Biar dia beratur sendiri pergi pinjam buku, dan rasa seronok sangat dapat pinjam buku cantik-cantik. Harap anak-anak saya akan suka membaca nanti.

Saya agak selektif juga belikan buku anak-anak. Penulis ini mengorbankan masanya menulis cerita bagi menjentik hati kanak-kanak, sudah pasti saya akan support beliau.

Dr Bubbles
Cuba lihat senyuman tu. Itu bukan fake. Itu gembira.

Dan ini untuk saya.

ulu yam di liverpool
finally my “ulu yam di liverpool”. RM19.90 sahaja.

Lama sangat nak beli, tapi macam tiada jodoh. Membaca prakata dalam kereta tadi pun mata saya dah masuk habuk. Saya suka cerita sebenar begini. Dia bermula biasa sahaja, mengejar impiannya.

“Ini cerita-cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda”.

Ada cerita tentang James, budak miskin yang melukis rumah impiannya, tetapi ditolak oleh gurunya kerana tidak realistik. Petikan ini buat mata saya bergenang juga.

“Madam, I wish to thank you for giving me an opportunity to hold on to my dream.

I may not be able to make this happen if you have initially accepted my drawing. Thank you again”.

….

Walaupun saya tersasar dari tujuan sebenar ke kedai buku, rupanya jodoh saya dengan buku-buku idaman saya.

Sehingga jumpa lagi. Bye!

4 thoughts on “Antara jodoh dan tersasar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge