Projek home deco hujung minggu

Ada sesetengah hari minggu, kita tak perlu ke mana-mana. Itu memang sangat heaven. Saya memang jenis homely type sebab malas gosok baju 😉 dan rasa letih sangat sebab hari kerja saya dah drive ke sana sini. Kecuali balik rumah mak, atau pergi jogging, ya biarkan saya di rumah dan saya akan gembira ever after. Bila hujung minggu, selepas semua urusan basuh, masak settle, saya akan termenung memikirkan projek home deco saya haha. Iyelah dah tengah-tengah bulan, motip sangat kau nak bershopping bagai kan.

Saya suka deco yang simple sahaja. Malas beli almari sebab nanti lagi banyak barang yang akan dimasukkan. Ada sesetengah bahagian di rumah saya, tak reti juga nak deco macamana. Biasanya saya akan duduk termenung bila menyapu, mengemop sampai ke area situ. Lagi best berangan oh kan best kalau dapat pergi IKEA ke. Tapi sebenarnya, style IKEA tu mostly style banyak barang/ barang nampak/ terbuka. Saya pula prefer barang tak terlihat. Kononnya macam sayalah perahsia gitu 😉 . Jadi kenalah pandai-pandai pilih.

Jadi hujung minggu lepas saya buat juga projek home deco. Ada yang saya buat, ada Papa buat. Papa sebenarnya lebih kepada urusan perkebunan di luar rumah. Mencantas pokok, mencuci lantai garaj, memesin rumput. Dia suka tanam pokok tapi pokok yang bertahan di rumah saya adalah pepohon renek teh, pohon pinang, dan juga bebunga jarum (yang ada manisan tu). Itu sahaja pokok yang menyayangi kami tanpa syarat yakni pasrah disiram mengikut kelapangan masa penanamnya. Pokok bunga dan sebagainya harap maaf, mereka perlukan kasih sayang secukupnya setiap hari. Oh, kami juga ada kolam ikan comel buatannya, tapi simple sangat. Nanti saya share insyaAllah.

Ini projek home deco saya, deko ruang antara bilik tetamu dan living room.

home deco
projek home deco saya yang simple sangat

Hiasan 3 frame tu memang dah lama ada. Saya beli 3 tahun lepas di internet. Sekarang boleh dapatkan dengan mudah dan murah di Kaison. Ruang ni kosong sangat, cuma ada bakul baju. Jadi, saya tambahkan meja besi lipat (beli di Romantika) yang dulunya saya gunakan untuk laptop saya. Sekarang dah ada port baru, jadi pindahkannya ke sini. Mudah nak letak handbag, kunci, handphone. Selalu cari tak jumpa kadang-kadang -_-“.

Ini pula projek home deco suami saya, deko SOHO dia.

soho home deco
ini soho suami saya

Simple sangat kan. Asalnya ada banyak sangat fail dan kertas di bawah tu. Printer pun dah rosak, jadi saya offer letakkan printer saya. Jangan kedekut uols sesama suami isteri haha. Saya memang tak ganggu ruangan kerjanya sebab dia pun perlukan privasi juga. Motip nak buang kertas-kertas kalau ada kertas super maha penting macamana 😉 . Saya cuma minta kemaskan bila perlu, nanti ada masa pergi Kaison beli frame hiasan. Oh, penyangkut teddy bear tu saya yang beli. Ini port anak-anak saya main komputer juga sebenarnya bila weekend, jadi mudah nak gantung barang. Meja konsol tu dispray putih, dah kotor juga. Kerusi beli di Tesco.

Ini dah lama saya buat, projek home deco di laundry area.

laundry home deco
projek laundry home deco saya

Guna sahaja apa yang apa. Tin silver tu dahulunya saya letak sudu garfu di sinki, beli di IKEA. Lepas tu letakkan rumput bulat. Piring, rumput, frame kayu semuanya saya beli di Romantika Home Deko. Para kayu di IKEA. Memang tak beli apa-apa cuma rotate dari tempat lain, atau ambil dari stor.

kecik
kecik

Ini PATI terbaru di rumah saya, Ben @ Kecik. Kucing kuning seperti ni memang sentiasa akan hadir dalam kamus keluarga saya. Kami pernah hilang Ben, Ben II sekarang dia muncul pula. Rupa sama, manja, ekor pun sama. Bila nampak saya terus baring buat muka cute macam tu. Sekarang dia geng main Elle, cuma dia ada tuan lain di taman ni. Perut tu bulat sangat. Kadang-kadang Allah kirimkan pengganti sebab tahu kita rindu T_T.

Oklah. Itu sahaja projek home deco hujung minggu saya sekeluarga. Untuk deko tak perlu beli barang setiap kali, anda cuma perlu buka stor cari apa yang ada, atau tukarkan deko di bahagian lain. Jangan buang barang deko kalau dah boring. Simpan dengan baik di dalam stor. Saya sedang plan projek deko bilik anak juga. Harap-harap ada masa dan menjadi. Jumpa lagi 🙂 .

7 thoughts on “Projek home deco hujung minggu

  1. macam sama je kita nih…suka dok rumah dari keluar..dok rumah bukan dok saja tapi berfikir nak buat apa kat dalam rumah ni..ahahahah…malas nak keluar tu sebab malas nak bersiap je..lagi2 keluar waktu siang…huih..mencabar sanagt tu..:p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge