So you think you can write???

Saya terjumpa artikel ni di facebook dan saya sukakannya.

Ia menerangkan secara fun dan ikhlas, bagaimana menulis artikel dengan baik. Tidak kira kita menulis di blog atau mana-mana medium pun, semua tipsnya berguna.

Saya suka penulisnya walaupun saya tak pernah berjumpa. Macam membaca buku kegemaran juga.

Dia sukakan lagu, lawak-lawak sengal dan tak kesah pun apa pandangan orang terhadap tulisan dia (walaupun dia profesional). Mungkin kesah, tapi selagi mana tulisan dia menggembirakan diri dia, kawan baik dia dan memberi manfaat kepada orang lain, dia akan menulisnya.

There is no such thing as a good writer or a bad writer. If you follow the rules and instructions, you will get it right. But, that is not the point. That cake you baked will be just as good as any other cake, unless it is baked with love-an extra ingredient that some writers tend to overlook.

If it is from our hearts it will surely reach others’ hearts.

Tip menulis dari hati yang saya ringkaskan dari artikel ini:

1. Kenali pembaca anda

Ketahui kumpulan sasaran pembaca anda. Ia mungkin perlu spesifik dari segi umur, gaya hidup dan sebagainya. Be specific. Biar artikel anda ringkas dan REAL – mereka dapat kaitkannya dengan diri mereka. Mereka cakap, Ok dia faham saya, saya akan terus membaca sehingga habis 😉 .

2. Tidak terlalu banyak informasi

Saya diajar satu perkara ini, pilih satu sahaja tujuan tulisan kita. Satu sahaja. Saya biasanya ada berbelas-belas idea berkait-kait kalau tengah hyper @ terlebih kopi. Satu cara kurangkan kehyperan saya ini adalah saya akan tulis sahaja semuanya. Stop. Besoknya baca semula. Delete. Ulang hingga rasa tak tahan sangat baru publish/emel kepada editor 😉 .

3. Tajuk yang baik

Pemilihan tajuk memang penting. Ia menimbulkan rasa ingin tahu. Anda boleh lihat di tajuk artikel yang saya rujuk ini nanti. Jika kontroversi pun boleh tapi biarlah berbaloi dibaca. Bergantung pada skop pembaca juga. Ada yang suka tajuk meletop kan. Yang ni memang kelemahan saya. Kena belajar lagi. Banyak.

4. Gagal

Ya kita akan gagal. Saya sendiri pernah putus asa bila tak dapat hasilkan artikel yang baik. Ia seperti tikaman terus ke jantung saya. Wah kemain over lagi haha. Belajar malas, pergi kursus pun malas. Tapi, itulah teruskan sahaja menulis dan menimba ilmu. Tulis lagi dan lagi. Kadang-kadang pengalaman akan mendewasakan kita. Gitu 😉 .

5. Jadi diri sendiri

Ini tip yang paling saya suka. Tapi kenalah pandai sesuaikannya. Di blog ini, saya menulis seperti saya bercakap. Jika jumpa saya, inilah gaya percakapan saya yang caca-marba haha. Saya mudah ketawa. Bila menulis secara serius pun boleh juga selitkan diri kita. Setiap orang mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.

Don t change

Saya tulis di sini, supaya saya boleh membacanya nanti. Nota-nota penulisan sangat berharga dalam hidup saya. Walaupun saya bukan penulis profesional, saya menghargai mereka yang berkongsi ilmunya. Nota-nota saya lusuh kerana dibaca berulangkali. Bila frust saya sorokkan fail konon tak nak tengok lagi. Forever. Suka nak over-over macam tu haha. Terima kasih kepada yang memahami saya. Anda tahu anda siapa 😉 .

Kalaulah anda tahu betapa saya sukaaaaaaa menulis…. Dalam artikel tu ada disebut bahawa bakat menulis atau keinginan menulis itu adalah a humbling gift from Allah. Itu sangat menyentuh hati T_T.

Geng-geng blogger kalau nak baca artikel yang saya maksudkan:

SO YOU THINK YOU CAN WRITE, KLIK SINI.

Terima kasih datang ke sini. Saya sangat hargainya.

Bye.

9 thoughts on “So you think you can write???

  1. Titan: Ini Cikgu BM haruslah boleh menulis haha. Otai lagi. Saya belajar tentang tagline, punchline dan kickline dari ebook cikgu. Walaupun tak berapa nak tag, punch dan kick lagi. Terima kasih cikgu.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  2. Effa: Yelah Effa. Kalau berhenti sekejap, serba tak kena nak menulis balik kan. Tak reti. Saya post aje something, redah aje hehe
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  3. menulis kalau dari hati memang rasa lain. kalau kita sendiri baca ala-ala mcm rasa propa je maka sah bukan dari hati haha. MJ suka menulis jugak sejak zaman sekolah. tp masa tu menulis dalam buku, coret dalam diari. tp sekarang bila ada blog sekurangnya kita mencoret supaya kita juga yang boleh rujuk nanti..manusia mudah lupa hahaa
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Apakah Itu Air Ketuban?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge