Hai. Tak habis-habis Naelofar Hijab haha. Saya berangan nak beli semua warna. Haruslah bekerja dengan gigih uols. Saya jika nak sesuatu saya akan kumpul duit sendiri. Saya tak reti minta-minta sebab ayah saya garang. Atuk best tapi saya pindah rumah lain masa Darjah 3. Jadi, saya meninggalkan perangai gedik meminta-minta itu di rumah Atuk. Kasihku tertinggal di sana begitulah T_T.
Saya memang suka Naelofar Hijab ni. Bukanlah sebab owner dia Neelofa ke.Tapi, ia memang sangat menyelesakan. Ok saya senaraikan 3 sebab kenapa saya suka Naelofar Hijab.
#1. Tidak panas
Ok seriously, saya pernah beli hampir semua jenis shawl. Brand Terbaik dari kebun, Terjatuh dari langit, kain jarang, kain tebal @ pashmina, kain georgette dan banyak lagi. Sesetengahnya jarang, jadi kena pakai inner. Cuaca sekarang pula memang boleh tahan. Saya sebagai puteri lilin kebangsaan yang biasa duduk di bawah aircond, memang tak tahan sangat pakai berlapis-lapis tudung. Tambahan lagi, saya banyak kerja luar juga, dan ambil anak balik sekolah. Itu belum lagi saya pergi set up Candy Buffet di hujung minggu.
Bila pakai Babes and Basic dari Nelofar Hijab ni selesa sangat. Ia kain t-shirt yang berkualiti. Menggosoknya a bit tricky sikit sebab macam kain t-shirt, dan ia besar. Tapi, memikirkan keselesaan sepanjang hari tu, saya sanggup. Ia sejuk aje di kepala anda. Nak marah pun tak jadi hehe….
#2. Ia mudah
Cara pakai juga sangat mudah. Hanya sarung dan lilitkan sahaja. Baru-baru ni saya pergi set up Candy Buffet, berhenti di masjid berdekatan untuk solat Maghrib. Rasa mudah sangat terus ambil wudhuk. Kaum wanita ni banyak juga alatannya macam handbag yang perlu diuruskan. Mana nak gantung handbag, nak gantung inner, nak gantung shawl kan. Tapi Naelofar Hijab ni mudah aje. Sangkut di bahu dan ambil wudhuk. Pin dan brooch pun tak banyak, kecil sahaja. Pinkan sahaja pada tudung.
Bila dah solat pun mudah. Hanya sarungkan sahaja dan adjust, pakai semula. Walaupun ada makcik-makcik di tepi menjeling manja. Mungkin dia ingat tudung ini komplikated. Tidak makcik, lihat saya pakai sekejap sahaja, semudah 1,2 dan 3 😉 . Jimat masa. Kalau tak selalu pergi bukan main melilit lagi, balik ala kadar sahaja lilitannya haha.
3. Ia solat ready
Saya selalu suka konsep pakaian Prof Muhaya. Untuk tahu pakaian anda syariah complied, adakah ia solat ready? Naelofar Hijab boleh dilabuhkan, dan jika anda pakai jubah contohnya, boleh solat terus dengannya. Jauh juga perjalanan saya ke arah kesempurnaan seperti itu, tapi saya akan terus mencuba. Insya Allah.
But seriously, kain Naelofar Hijab Babes and Basic ini tebal, selesa dan labuh. Saya suka. Sangat.
Tapi di mana pula nak beli?
Ok, secara online anda boleh dapatkan DI SINI. No. telefon 019-3497286 (Norma).

Jika di Skudai, anda boleh ke:
Butik Maizura Ciwawa & Mun Cafe
No. 29-01 (1st Floor)
Jalan Perdana 3
Taman Sri Pulai Perdana 2
81110 Skudai, Johor.
No. Telefon: 012-7182518/013-7319351
Iyalah ada orang nak belek, pilih, lihat sendiri baru puas hati kan. Ini butik vendor yang stoknya dari kawan saya juga.

Kalau baca entri lama di sini, saya perlu tetas tudung sedikit. Tudung di atas ni saya baru beli, dan ajaibnya, ia tak perlu tetas pun. Adakah pihak Naelofar Hijab telah mendengar rungutan rakyat marhein berwajah bulat seperti saya? Hmmmm….
Nak kenal ke tauke yang jual si Normah ni? Dia ni dia jual Naelofar Hijab, dan dia pakai (walk the talk). Tapi jangan mengurat uols, dia dah berpunya haha. Jumpa lagi. Bye!

MJ ada gak satu warna hijau nelofar ni. memang selesa pakai. cuma tahap kemalasan masih menguasai diri dengan menebalnya, malas lagi nak pin. jadi masa emosi agak rajin skit akan pakai nelofar. masa biasa yang mood malas tu as usual bokitta hehehe
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Kenapa Saya Suka Hari Jumaat
cam sama aje dengan tudung-tudung lain aje nih..
hmm..
titan recently posted…Komisen ke 43 dari Ashadee.com
nampak pun dah slesa. cantik pun cantik. huhu
MJ: Bokitta mahal uols T_T. Tak mampu haha. Iols level Neelopah sajer
dalin ali recently posted…Bagaimana print chocolate bar wrapper
Titan : Cuba cikgu pakai baru tahu beza dia haha.
dalin ali recently posted…Bagaimana print chocolate bar wrapper
Muliani: Dia mudah actually. Saya suka sebab tu sebenarnya. Tudung banyak yang cantik, samada praktikal atau tak aje dengan daily life. Thnx datang ke sini
dalin ali recently posted…Bagaimana print chocolate bar wrapper
best tapi tahap malas iron dan mencari pin mencapai tahap superpower.. hahaha.. lebih sukakan bokitta yang xperlu iron dan pin langsung.. hoho..
effa recently posted…Bahaya Kencing Manis sewaktu Hamil
Saya pun dah jadi penggemar naelofar..ni diana punya entry sebelum ni lah yang terpengaruh belinya..huhu
emalinmohd recently posted…Tips Memberhentikan Pendarahan Hidung Pada Anak
best nelofar hijab.. kain dia lembutt. cantik pun cantik