Hati Perempuan v. Teman Lelaki Upahan

Hai. Saya ingatkan saya dah melepasi fasa cerita Teman Lelaki Upahan (TLU), rupanya tidak haha.

Bila dengar lagu-lagunya di radio, saya rindu.

Sekarang ada cerita baru adaptasi novel juga, Hati Perempuan. Tak tahulah kenapa tapi penangan cerita dia tidak sama seperti Teman Lelaki Upahan, setakat ini.

Pelakonnya comel juga Mia Ahmad memegang watak jurutera bernama Yuhanis. Pelakon lelaki Syarul Ridzwan pula pegang watak Tengku Zaril.

Hati Perempuan
Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan pelakon Hati Perempuan

Mungkin kerana jalan cerita boleh diteka. Tengku Zaril orang kenamaan, jatuh hati pada orang biasa. Dan seterusnya.

Saya rasa elemen lagu penting juga dalam drama sebegini. Ia memperkemaskan jalan cerita, kadangkala membuai perasaan penonton juga. Kira macam cerita Hindustanlah, kenapa kita masih ingat lirik lagu Kuch Kuch Hota Hai, walaupun kita tak faham pun. Bila terdengar di mana-mana, kita happy dan boleh menyanyi bersama 🙂 .

Lagi satu, mesej yang disampaikan dalam cerita juga penting. Jika ada kelainan selain dari cinta, ia membuka mata penonton. Kisah anak benci bapa dalam TLU jarang diketengahkan. Kasih-sayang adik-beradik tiri, adik angkat, anak mencari ibu yang hilang sejak kecil, itu rare.

Kisah adik-beradik anak orang kaya itu agak biasa juga dalam Hati Perempuan. Ditambah scene pemanduan kereta mewah yang berulang-ulang di depan pejabat.

Lagi satu, saya rasa mekap Yuhanis agak tebal juga. Tapi pemakaian dia cantik dan sopan dalam cerita ini. Muka tu garang sikit kadang-kadang tapi mungkin kerana watak dia—> bajet muka sendiri lemah-lembut wakaka.

Ceritanya ok cuma saya confused kenapa kena celaru sangat walaupun dah ada suami perfect 10 hehe. Jangan bazirkan lelaki baik adik-adik.

Yelah, Hati Perempuan kadangkala memang sukar diduga juga. Berliku-liku, banyak yang tersirat dari tersuratnya. Tagline novel ini adalah Memahamimu lebih sukar dari memilikimu.

Selain itu dalam “Hati Perempuan”, pelakon utama wanita tetap memakai tudung walaupun scene di rumah. Itu jarang ada dalam cerita lain.

Semoga ia memberikan pengajaran yang baik-baik kepada penonton. Selamat menonton.

Videoklip Sampai Bila-bila oleh Three Sixty ni paling sopan saya cari di youtube. Walaupun dia ala-ala Backstreet Boys harap dapat hayati liriknya 😉 . Ini lagu paling comel dalam Teman Lelaki Upahan. Bye!

10 thoughts on “Hati Perempuan v. Teman Lelaki Upahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge