Happy Birthday 11/4/2015!

Hari ni birthday 3 orang penting dalam hidup saya.

Mak, Afidah @ Mongun dan Laila.

Mongun dan Laila lahir pada tarikh yang sama, 11/4/1979. Kebetulan pula BFFs saya lahir pada tarikh yang sama, dan sama pula dengan Mak.

1. Mak

P_20150411_113648_1

Saya dengan Mak. Raya tahun 2001 macam tu

Gambar ini sahaja yang saya berdua dengan Mak. Mak suka berkebun tak macam saya hehe. Dulu penuh laman rumah dengan pokok bunga, sekarang dah tak. Masih ada, tapi tak sebanyak dahulu. Orang kata muka saya macam Mak. Bila kecil saya jalan di pekan, orang tahu saya anak Sarah.

Mak saya akan menyokong apa sahaja yang saya buat. Kadang-kadang dia tak faham pun, cuma saya rasa dia akan sokong selagi perkara itu menggembirakan saya. Dia tahu ada sebab untuk saya membuat sesuatu dan saya akan selesaikannya walau bagaimana susah pun. Saya tak tahu berapa lama lagi saya akan dapat doa live dari Mak T_T. Mak, semoga panjang umur Mak. Terima kasih sayangi Ana seadanya.

2. Laila

vip club 2

Sherry, Diana, Laila, Normah (1997)

Laila ni sangat special juga. Dia kawan saya yang paling berkarisma dan cantik. Description tak boleh blah. Dia dari pasukan debat sekolah, jadi boleh imagine ketangkasan dia bercakap. Saya pula geng pidato tapi sekolah rendah aje. Laila sangat pengemas, pembersih, dia yang mula mengagumkan saya soal-soal kekemasan ni. Baju dalam almari dia dikategorikan sebagai lipatan baju ala Parkson, dan hanger disusun siap sama aje jarak antara satu sama lain. Baju kurung juga mempunyai lipatan kepanjangan yang sama di hanger haha.

Oh Laila. Ingat tak kita 3 orang selalu melayan perasaan jalan satu UKM malam-malam buta. Orang lain pergi library, yang kita lepas dinner kat kafe, terus jalan kaki ke Pusanika, pergi fakulti ekonomi, pengajian islam, pusing satu UKM. Lepas tu dah letih kita tahan bas komuter, balik kolej. Abang bas ingat kita memang baru turun komuter lepas tu tunggu bas dia lambat sampai. Kesian aje dia tengok kita haha. Pelbagai topik yang didiskusikan masa tu antaranya gosip semasa batch dan juga hal-hal hati dan perasaan wakaka.

Seluar jeans standard masa tu GA Blue, t shirt BUM Equipment, sandal Vincci dan beg kain pun Vincci. Tudung bawal dah pastilah kita rembat di pesta konvo, tak pun kirim Normah beli yang cun-cun kat Pasar Siti Khadijah, KB. Kira paling tip toplah penampilan kita masa tu. Mujur dulu takde tudung Neelopah ke, mahal weih nak beli. Habis duit JPA kita T_T.

Laila, thank you for being such a loyal friend. Geng BB kita takde nak cakap I Love U ke. Kau tau, aku tau. Macho gitu haha. Happy Birthday. Semoga bahagia di dunia dan akhirat. Harap kita dapat bertogether-gether kawan sampai bila-bila. Jumpa di gossip trip di Kuantan bulan 5 weih.

3. Afidah @ Mongun

Mongun

Su, Diana, Mongun (2012)

Mongun ni nama dia berasal dari parti Pasok Momogun yang kita belajar Sejarah masa Form 3. Ada cikgu tuisyen berkenan kat dia, asyik nak mengurat aje. Lepas tu, ada lawak-lawak dalam kelas tuisyen masa subjek Sejarah, terus melekat pula nama dia Momogun last-last jadi Mongun tu haha. Saya berkawan dengan dia dari Form 2 sampai Form 3. Lepas tu terpisah, saya ke MRSM Muar, dia ke MRSM Kuala Trengganu. Saya homesick gila masa kat Muar sebab rindukan Mongun anda the geng. Bila dapat surat dari dia, kadang-kadang saya nangis dalam locker. Bukak loker, nangis dalam tu cover-cover. Kau mampu?

Mongun ni soft type lembut sangat lepas tu kuat ketawa. Spesis suka ketawa ni memang mudah rapat dengan saya. Dapat pulak yang kelakar memahami lawak-lawak sengal saya. Kami sama pengawas, lepas tu pagi-pagi datang menelaah majalah Ujang, membincangkan lawak-lawak dalam tu. Takde kerja kan. Dia juga penulis yang baik, antara orang yang memupuk minat penulisan saya dari awal. Geng saya masa Form 3 kami berlumba-lumba impress cikgu BM dengan karangan kami. Mesti ala cerpen. Pagi Isnin mesti baca karangan masing-masing tengok siapa lagi best. Dengki siapa dapat pujian.

Mongun, happy birthday. U know I love U. Kalau jumpa kami asyik ketawa aje. Semoga selamat melahirkan anak ke 3, 2 hari sahaja lagi. Kenangan kita berjalan kaki dari sekolah ke bus stand dan pergi tuisyen semua saya pernah tulis sajak di blog lama. Padahal pasal jalan kaki aje pun, tapi kami berdua nangis masa baca.

….

Some people shared the kind of deep connection that meant  while they might not see one another for five years at a time, when they did, they picked right up where they had left off.

-Reader’s Digest, October 2014.

Anda tak perlu jumpa setiap hari, atau selalu berhubungan pun. Anda tahu, dan dia pun tahu. Some people touched your heart just like that 😉 .

Bye.

3 thoughts on “Happy Birthday 11/4/2015!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge