Artikel ke 5 di Tazkirah.net

Assalam.

Hari ini artikel saya yang ke 5 diterbitkan di Tazkirah.net.

Ia berkenaan cinta selepas kahwin, boleh baca DI SINI.

Sebenarnya, saya hampir putus asa untuk siapkan artikel ni. Saya akhirnya tahu yang saya ada satu kelemahan besar dalam penulisan iaitu saya tak pandai menulis artikel bernombor (numbering article).

Saya gatal tangan hantar proposal, akhirnya saya sendiri terkedu untuk siapkannya.

Kalau artikel bercerita memang saya suka, tapi saya cabar diri saya untuk menulis artikel nombor. Dan, saya hampir kalah dalam cabaran yang saya bina sendiri.

Saya contack MK, dan dia beritahu saya ini:

Screenshot_2015-03-25-17-26-28_1

Menulis sangat penting bagi saya. Ia melegakan dan menggembirakan saya. Anda tahu anda sukakan sesuatu apabila anda tak dapat lakukannya, hati anda terluka chehwah haha. MK merujuk kepada hobi berlari dia, jika nak jogging/marathon/fit, you will find a way. Tiada alasan.

Saya juga minta bantuan MK untuk idea. Dia takut juga sebab ini untuk Tazkirah.net. But, being cute as always, dia senaraikan perkara-perkara yang buat dia jatuh cinta pada suami dia setiap hari. Jadi, secara asasnya, ini projek BFF kami.

Intan, I will always love you. Dia menggelar diri dia no. 1 fan saya. Saya tahu dia terpaksa tapi saya hargainya 😉 . Dia komen semua artikel saya di sana walaupun saya tak suruh dan beritahu personally dah publish pun. Dia tahu saya gembira apabila saya menulis.

Kadang-kadang dengan menulis, kita mengetahui kelemahan kita, kekuatan kita dan dapat mencari semula diri kita yang hilang.

Terima kasih Tazkirah.net atas peluang-peluang yang diberikan kepada saya. Semoga Allah swt sahaja yang membalasnya.

“Konsistensi adalah paling penting. Ia membina rasa percaya. Cinta adalah apabila masing-masing saling melengkapi dan sentiasa cuba memperbaiki” – Dalin Ali

Sumpah comel sangat pihak editor buat macam ”    ” tu. Ia seperti saya ada quote saya sendiri (perasan). Artikel asal dalam bentuk perenggan dan bukan dalam bentuk quote begitu. Saya kan suka baca quote. Mujur saya baca juga entri lama-lama dan jumpa ini juga:

message in a bottle

Luckily you show up Diana. Don’t give up, please—> peringatan jika rasa nak putus asa di masa depan. Saya selalu menghantar mesej untuk masa depan tau, ala-ala Doraemon. Bila perlukannya, saya akan baca semula semua entri lama saya di sini. Blog ini adalah perjalanan penulisan saya.

Bye!

8 thoughts on “Artikel ke 5 di Tazkirah.net

  1. Betul tu..kalau dah minat, suka, mesti kita boleh buat..tapi kalau benda yang kita tak minat ni, nak fikir sikit pun rasa malas..heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge