Nahas helikopter dan Al Fatihah di TV3

Rasanya semua dah tahu tentang nahas helikopter tu kan.

Bila baca paper hari ni baru dapat details semua.

Hari kejadian biasanya saya malas nak jenguk fb atau baca lebih-lebih. Sebab ramai keyboard warrior juga.

Bila duduk tengok tv hari ini,  TV3 pun siarkan bacaan Al Fatihah ini.

Saya rasa semua orang pun masih lagi sayu dengan MH 370, MH 17, Air Asia dan sekarang ini….

Bila dengar bacaan Al Fatihah ini:

-ada kesayuan yang tidak tergambarkan

-ada rasa yang tersekat di kerongkong

-jika sedang makan, tidak tertelan rasanya

Masih terbayang ahli keluarga MH 370 dan lagu Dengarlah Bintang Hatiku yang membuat hati yang keras pun menitiskan air mata.

Sejuk rasanya hati mendengar bacaan ini di tv selalu. Terima kasih kepada pembacanya dan pihak tv juga.

Mengikut ulasan di youtube, ia dibaca oleh Ustaz Tarmizi Ali, Juara Akademi Al-Quran Musim 4.

Bila-bila masa sahaja kita akan pergi meninggalkan semuanya.

Kemudian, sarikata tv berulangkali menayangkan ada seseorang mengatakan “Hari ini saya kehilangan guru saya”, yang ditujukan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Dan, rasa itu masih tersekat di kerongkong saya.

Salam takziah kepada keluarga dan kenalan mangsa. Semoga tabah menghadapi kehilangan. Percayalah, suatu hari nanti kita akan bertemu juga dengan mereka yang kita kasihi.

Al-Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam. Begitu indah surah ini, kita sering melupakan tafsirannya.

4 thoughts on “Nahas helikopter dan Al Fatihah di TV3

  1. Mr Hanafi: Betul tu. Amin

    MJ: Itulah. Tengok rekod saving saya kat sana nanti cukup ke tak ke T_T . Masa tengok pengebumian Tan Sri semalam, imam besar cakap, “berpisahlah kita hari ini”—-> itu sedihhhhhh
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge